"Setakat
hari ini belum ada seorang pun perdana menteri Negara kita yang rasa
bimbang dengan penularan fahaman liberal yang sangat berbahaya itu. Akan
tetapi hari ini kita sedia maklum bahawa Datuk Seri Mohd Najib Razak
perdana menteri Malaysia ke 6 menyatakan rasa bimbang yang amat sangat
dengan penularan fahaman tersebut.
Apa pun fahaman liberal ini bukan baru sahaja menular di Malaysia ini, malah sudah sekian lama, akan tetapi tidak ada seorang perdana menteri pun yang rasa bimbang dengan penularan tersebut.
Apa pun fahaman liberal ini bukan baru sahaja menular di Malaysia ini, malah sudah sekian lama, akan tetapi tidak ada seorang perdana menteri pun yang rasa bimbang dengan penularan tersebut.
Yang ada perasaan bimbang hanya dihati kalangan ulamak yang baik sahaja, manakala ulamak jahat berdiam diri bak syaitan bisu.
Yang
paling sedih lagi ada ulamak yang mengatakan “tak apa” pinjaman
berfaedah (bunga) pada bank, termasuk bank bukan islam sebagai bukan
“riba”.kerana sudah diperbankan Islam dengan panel syariatnya. Malah,
kata mereka, ia bertepatan dengan “syariah”.
Mereka
ini terdiri daripada yang ada ijazah PHD bidang agama Islam luar dan
dalam negeri dan sangat menggalakkan rakyat meminjam untuk membeli rumah
dan kenderaan kerana tak apa.
Apa pun fahaman
liberal dalam hukum hakam ini sudah sekian lama menular sehingaga pihak
kerajaan semasa diterajui Tunku Abdul Rahman Al Haj menghalalkan judi
loteri kebajikan.
Pendek kata sehingga ini judi
telah di lesenkan di Malaysia dengan katanya dan beralasan bahawa
kerajaan tidak menghalalkan” judi”, walaupun telah dilesenkan.Judi
tetap haram bagi orang orang Islam.
Memang ada lojik juga kerana rakyat Negara ini terdiri daripada pelbagai kaum dan anutan agama yang berbeza satu sama lain.
Akan
tetapi bagaimana pula dengan anggapan dan pernah diucapkan beberapa
orang menteri kabenit bahawa “agama sama sahaja”, sedangkan mereka yang
menyamakan agama itu sama sahaja boleh jadi kafir “mutlak”.
Fahaman
liberal menetapkan tidak boleh mengatakan orang kafir sebagai kafir
atas alasan bahawa boleh “mengancam keterteraman awam” dan seolah olah
kita telah mengajak orang kafir berperang.
Bukan
setakat itu sahaja, malahan sudah ada Negara orang islam yang
mengharamkan perkataan “jihad” dan sekaligus tidak membenarkan mata
pelajaran tersebut diajar sekolah sekolah dan university university
negaranya.
Di Malaysia mata pelajaran
pengetahuan Islam sudah ditukar kepada mata pelajaran “moral” kerana ada
kalangan yang bimbang dengan fahaman Islam yang diajar oleh Rasulullah
SAW bertapak kukuh.
Kita sedia maklum bahawa 83
peratus rakyat yang mendakwa dirinya orang Islam tidak solat lima waktu
sehari semalam, sedang tinggal solat dengan sengaja itu hukumnya jadi
kafir (hadis).
Ulamak yang berfahaman liberal
tetap mengatakan tinggal solat dengan sengaja tidak jadi kafir atas
alasan mereka itu tidak menafikan hukum wajib solat.
Alasan
yang dibuat ini jelas ianya berfahaman liberal dalam agama sepertimana
yang pernah diucapkan oleh bijak pandai Islam liberal di Indonesia
bahawa “tutup aurat” hanya dalam “solat” dan ketika mengerjakan umrah
dan haji sahaja.
Fahaman ini sudah lama menular
ke Malaysia, sedangkan tidak “ menutup aurat” itu tak bau cium syurga
atau dengan katakana mereka yang terlanjang itu masuk neraka.
Yang
paling sedih lagi ada salah seorang yang ada PHD mengatakan belum tentu
mereka yang tak aurat ini masuk neraka. Memang betul jika mereka sempat
bertaubat dan diterima taubatnya, kerana Allah maha pengampun.
Bagaimana
pula dengan hadis yang bermaksud: “Barang siapa (perempuan) yang tak
tutup aurat tak bau cium syurga” Apakah boleh kita sanggah mengatakan
belum tentu mereka masuk neraka, sedangkan Rasulullah SAW telah
dimaklumkan oleh Allah masuk neraka.
Kesimpulannya
fahaman liberal mengenai Islam di Malaysia sudah berakar umbi sekian
lama sehingga 83 peratus rakyat orang islam tak solat lima waktu yang
membabitkan “rosak akidah” dek sikap para pemimpin Negara yang menganut
fahaman tersebut.
No comments:
Post a Comment