"Dalam
diam tak diam rupanya masih ada sekolah pondok yang tidak mempunyai
dinding dan atap. Murid-murid hanya sekadar berteduh pada beberapa
pokok besar ketika menimba ilmu agama dari tenaga guru yang sama-sama
berkorban dalam mengembangkan lagi ilmu agama.
Bukan tiada bangunan tetapi belajar di dalam bangunan hampir sama belajar di bawah-bawah pokok juga memandangkan bangunan yang ada sekadar konkrit yang perjalanan siapnya hanya separuh dan terbengkalai agak lama.
Semakin hari semakin bertambah anak murid dan semakin banyaklah pula pokok-pokok dijadikan tempat berteduh untuk menimba ilmu. Begitulah terjadinya di Madrasah Islamiyah An-nur di Pulau Kok Klang, Thailand.
Di atas kprihatinan yang sangat mendalam dan wakil yang lebih dikenali sebagai Ustaz Khairul Hafiz bersama rombangan yang lain telah ke sana dan didapati perlunya sumbangan di sebelah sini untuk membantu mereka.
Sehubungan dengan itu atas nama ARC SELANGOR telah berjaya menghimpunkan puluhan abang-abang motor kita bersama motor-motor berkuasa 650 cc keatas untuk berkonvoi pada 10 hingga 13 November 2012 secara Riadah Ukhuwah Dakwah untuk menyalurkan sumbangan orang ramai yang berjaya dihimpun atas kempen RIDE 4 CHARITY Malaysia - Thailand yang baru beberapa jam sahaja dirasmikan oleh YB Dr. Shafie Abu Bakar Adun Bangi yang juga merupakan Pengerusi Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor.
Dengan perasmian ini juga telah mencerminkan bahawa Pakatan Rakyat Negeri Selangor sentiasa memberi kerjasama dan sokongan kepada anak-anak muda serta sangat peka kepada permasalahan dalaman dan luaran.

No comments:
Post a Comment