Thursday, November 28, 2013

Ucapan Dasar Presiden Sempena Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-59

Mukaddimah
Yang dihormati Dato' Pengerusi Tetap, YB Tuan Guru Datuk Bentara Setia Mursyidul 'Am, Sohibul Fadhilah Dato' Timbalan Mursyidul 'Am, Ashab al Fadhilah Ahli Majlis Syura Ulama, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Dato' Setiausaha Agung, Ketua-Ketua Dewan Ulama – Pemuda - Muslimat dan Dewan Himpunan Penyokong PAS,  seluruh Anggota Dewan Harian, Ahli-ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Pesuruhjaya-Pesuruhjaya PAS Negeri dan Wilayah Persekutuan, Pengarah Muktamar dan ahli Jawatan kuasanya, sahabat-sahabat pimpinan dari Pakatan Rakyat, pimpinan NGO, Wakil-wakil Kedutaan Asing, semua para jemputan, para perwakilan, muslimin dan muslimat yang dikasihi sekalian.
Selamat datang (Ahlan wa sahlan wa Marhaban bikum) kepada semua rakan taulan seperjuangan dan para tetamu jauh dan dekat,  serta para pemerhati yang sudi memeriahkan Muktamar PAS kali ke 59 ini.
Pertamanya marilah sama-sama kita mengucapkan puji dan syukur ke hadrat Allah SWT yang telah mengurniakan kepada kita anugerah Islam yang sempurna  yang kita imani,  menjadi penyelamat kita untuk bertemu Tuhan Rabbul Jalil di hari yang tidak ada naungan melainkan naungan rahmat Allah SWT. Dengan Iman dan Islam inilah kita mesti beristiqamah di atas jalan perjuangan yang dirintis oleh para Nabi dan Rasul A.S. sejak zaman berzaman, berdepan dengan cabaran dan dugaan yang menguji iman kita sehinggalah kita bertemu dengan Allah SWT nanti. Marilah kita sama-sama menghayati firman Allah SWT :
Maksudnya :
"Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar ternyata yang Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu; dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ehwalmu." [Muhammad :31]

SRIKANDI BIDAS IDEA DANGKAL KETUA PUTERI UMNO MALAYSIA



Srikandi KEADILAN hari ini membidas kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ketua Puteri UMNO Malaysia Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang menyarankan agar Kerajaan yang ada membina Sekolah Pelajar Hamil peringkat Kebangsaan yang mana saranan itu telah diutarakan oleh Ketua Menteri Melaka Dato Seri Ali Rustam baru-baru ini.


Saya merasakan itu sebagai satu bentuk tindakan yang tidak membantu namun akan membuatkan gejala seperti penzinaan dan pergaulan bebas anak remaja semakin berleluasa.Saya tidak menolak bahawa remaja-remaja ini harus diberi peluang kedua namun sepatutnya sebagai salah seorang pemimpin generasi muda kita harus memikirkan sesuatu mekanisma pencegahan dan bukan satu bentuk habuan yang akhirnya akan mengakibatkan ia menjadi semakin sukar dibendung.


Srikandi juga turut mengatakan kekesalan diatas idea atau cadangan yang dianggap tidak masuk akal dan menghina generasi muda khususnya wanita.Kita mahukan satu generasi yang lebih baik kerana mereka merupakan generasi yang akan mewarisi masa depan,namun dengan keluarnya idea dan pendekatan ini saya merasakan ia sesuatu yang cukup dikesali.


Isunya ialah pembendungan dan pencegahan masalah pergaulan bebas yang akan membawa kemudaratan ini bukan memikirkan mahu menghabiskan wang rakyat untuk sesuatu yang tidak langsung membantu.Jika benar kerajaan yang ada mahu membantu generasi ini maka pencegahan dan peranan institusi agama itu harus diperhebatkan bukan berdiam diri dan akhirnya ia tidak membawa apa-apa.


Membina bangunan bertingkat dan juga prasarana seperti itu bukan jawapan yang tepat.Sudah berapa banyak rumah-rumah perlindungan diwujudkan dan badan-badan khas seperti jabatan kebajikan masyarakat dan juga badan-badan ngo ditubuhkan untuk isu ini namun masih menemui jalan buntu.Jadi saya rasakan bahawa pembinaan sekolah “Hamil” bukan jawapanya melainkan gerak kerja dan tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh Kerajaan sendiri.


Untuk itu saya boleh nyatakan bahawa ini menunjukan bahawa Kerajaan yang ada gagal untuk menjamin masa depan generasi muda masa kini dan untuk itu satu bentuk perubahan kerajaan yang baru harus berlaku agar ia lebih menjamin masa depan mereka.

Terkini!! Presiden Perkasa Tak Cukup 'Homework' Bila Tempelak Gaji ADUN Selangor, Cuba Dia Semak Gaji KM Sarawak, BUKTI YANG NYATA!!.. Jom Terjah!!


Ibrahim Ali: Kenaikan gaji ADUN Selangor boleh masuk rekod dunia

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali menempelak kenaikan gaji Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Selangor termasuk Menteri Besar, Exco, Speaker dan Timbalan Speaker menyifatkan ia boleh tersenarai dalam rekod dunia.

Ibrahim menyifatkan kenaikan 373.3 peratus yang diluluskan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) itu sebagai luar biasa dan tidak terkandung dalam Buku Jingga.


Katanya, wakil rakyat di Selangor perlu berkorban demi rakyat dan bukannya menggunakan dana kerajaan negeri bagi menanggung perbelanjaan mereka.

“Hebat dan luar biasa kenaikan gaji ADUN, menteri besar, speaker dan timbalan speaker dengan kenaikan 373.3%. Inilah yang dikatakan kerajaan berjiwa rakyat.

“Apakah ini salah satu janji dalam buku jingga? Saya semak, tidak ada pun. Gaji untuk wakil rakyat boleh dinaikkan tetapi peratusan kenaikan kali ini luar biasa. Boleh masuk dalam buku rekod perniagaan dunia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ibrahim berkata, alasan bebanan tugas semata-mata tidak boleh diterima dan dengan kenaikan sebanyak itu, orang kelainan upaya (OKU) pun mahu menjadi wakil rakyat.

“Bukankah wakil rakyat perlu berkorban? Malah harta sendiri juga perlu dikorbankan untuk rakyat. Kalau gaji besar,bergantung pula pada peruntukan kerajaan, sesiapa pun boleh jadi wakil rakyat.

“Orang pekak, bisu dan buta pun boleh jadi wakil rakyat. Kalau kerajaan Barisan Nasional (BN) yang naikkan gaji seumpama ini, riuh-rendah mereka serang,” katanya.

Ibrahim mendesak rakyat Selangor membantah kenaikan itu termasuk kakitangan kerajaan supaya mereka mendapat kenaikan gaji sama.

“Mereka juga ada beban tugas lebih daripada wakil rakyat. Inilah yang dikatakan ‘harapkan pagar, pagar makan padi,” katanya.

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Rabu meluluskan kenaikan gaji untuk semua 56 ADUN berkuatkuasa 1 Januari depan, dengan timbalan speaker DUN mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3%.

Rang undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji menteri besar Selangor, speaker DUN dan barisan exco kerajaan negeri.

Gaji menteri besar dinaikan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250; anggota exco kerajaan negeri daripada RM6,109.29 kepada RM20,250; speaker DUN  (RM6,109.29 kepada RM22,500); timbalan speaker (RM3,327.50 kepada RM15,750) dan Adun (RM6,000 kepada RM11,250).

Khalid, ketikamembentangkan rang undang-undang itu berkata, mesyuarat exco pada 22 November bersetuju menaikkan kadar gaji itu berdasarkan formula 75 peratus daripada elaun dan gaji yang diterima ADUN dan anggota pentadbiran Sarawak.

Ia juga, menurutnya, dibuat berdasarkan kepada bebanan tugas yang dipikul tanpa mengira waktu oleh wakil rakyat.

 -AA

Berita terdahulu (pada WEDNESDAY, MAY 22, 2013)

Semua wakil rakyat di Sarawak mendapat nafas baharu untuk berkhidmat dengan lebih dedikasi apabila mereka bakal menerima kenaikan gaji bulanan tiga kali ganda antara RM9,000 hingga RM26,000 sebulan berkuat kuasa 1 Januari 2012.

Mereka mendapat durian runtuh itu apabila Rang Undang-Undang (Gaji, Pencen dan Gratuiti) 2013 diluluskan pada Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-17 di Kuching semalam.

Rang undang-undang yang meliputi pelarasan gaji, pencen dan ganjaran itu diluluskan sebulat suara selepas bacaan kali ketiga dilakukan oleh Menteri Kewangan II negeri, Datuk Seri Wong Soon Koh.

Soon Koh berkata, wakil rakyat termasuk Setiausaha Politik, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Menteri Muda, Menteri, Menteri Kanan, Timbalan Ketua Menteri dan Ketua Menteri akan menerima kenaikan sekurang-kurangnya tiga kali ganda atau 200 peratus. 


Beliau berkata, kali terakhir DUN Sarawak membuat pelarasan gaji wakil rakyatnya ialah 21 tahun lalu iaitu pada tahun 1992.

“Pelarasan gaji ini mengambil kira faktor seperti peningkatan kos semasa, tanggungjawab dan cabaran ketika berkhidmat di wilayah yang besar,” katanya.

Mengulas lanjut, Soon Koh memberitahu, gaji Setiausaha Politik akan dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM9,000, ADUN (RM4,500 kepada RM15,000), Menteri Muda (RM7,000 kepada RM21,000) serta Menteri (9,000 kepada 27,000).

“Gaji Menteri Kanan pula dinaikkan daripada RM9,000 kepada RM30,000, Timbalan Ketua Menteri (RM11,000 kepada RM35,000) serta Ketua Menteri (RM13,000 kepada RM39,000),” katanya.

Pada masa sama, Soon Koh menjelaskan, pelarasan berkenaan akan mengambil kira tunggakan gaji bermula 1 Januari 2012 dengan melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM17 juta.

Adil ke, isteri tak tutup lengan, suami masuk neraka?


"Sebelum kita jawab soalan di atas, kenapa tidak ada yang bertanya, terutamanya orang Melayu, adil ke PDRM saman ibu bapa jika anak mereka menunggang motosikal tanpa lesen?

ALLAH itu Maha Adil, Dia beri kita mata, mulut, otak dan tak terkira lagi nikmatnya. Dengan nikmat yang terlalu banyak Dia berikan, takkan kita tak boleh ikut arahanNya untuk menutup aurat demi kebaikan kita suami isteri?

Takkan semua suami-suami yang berfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak boleh menggesa atau menasihati isteri masing-masing menutup aurat dengan sempurna.
Tak kesian ke para-para isteri yang berfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah, jika lengan didedahkan pun boleh sebabkan suami-suami masuk neraka, apatah lagi mendedahkan rambut?
ANAK TIADA LESEN, IBU BAPA KENA SAMAN
KUALA TERENGGANU: Polis mengeluarkan saman terhadap 68 ibu bapa dan penjaga kerana membiarkan anak mereka yang tidak mempunyai lesen menunggang motosikal.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin, berkata saman berkenaan dikeluarkan sepanjang Ops Lumba Haram dan Motosikal yang dilaksanakan polis trafik daerah Kuala Terengganu yang diketuai Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik daerah, Asisten Superintendan Mohd Faudzi Muhammad, selama dua hari mulai Jumaat lalu.
Sumber: Berita Harian, 11 Februari 2009
“Ada dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku (Nabi Muhammad SAW) melihatnya, iaitu; kaum lelaki memegang cemeti seperti ekor sapi yang mereka gunakan untuk memukul orang lain, dan wanita–wanita yang berpakaian tetapi mereka (sebenarnya) bertelanjang (pakaian tiada menutup aurat kepala dan badan sebagaimana yang diperintahkan oleh agama), yang berjalan melagak menggoyangkan bahu, kepala mereka seperti bonggol unta yang condong. Mereka tidak boleh masuk syurga, bahkan tidak boleh menghidu baunya, padahal bau syurga itu sebenarnya dapat dihidu dari jarak sekian, sekian (yang cukup jauh).” (Hadits riwayat Muslim)
"

Bolehkah Kita Tersenyum Lagi?


Semalam Najib menyatakan bahawa mereka yang mengelak daripada membayar cukai adalah dianggap telah melakukan pengkhianatan kepada negara. Ini kerana, menurut tafsiran Perdana Menteri, membayar cukai adalah sebahagian daripada ciri semangat patriotisme kepada negara.

Dalam bahasa yang mudah ialah mereka yang tidak membayar cukai tidak ada semangat patriotisme dan adalah pengkhianat negara.

Hujah Perdana Menteri ini lantas menimbulkan perdebatan banyak pihak, tetapi lebih ramai yang tidak bersetuju berbanding menyetujui cakap Najib itu. Bahkan, ramai menyerang balas Najib dengan menyatakan bersikap boros dan membelanjakan wang pembayar cukai secara sesuka hati juga merupakan pengkhianatan kepada negara.

Ada pula yang berkata, gelaran pengkhianat kepada yang tidak membayar cukai itu sebagai keterlaluan dan agak melampau. Tidak wajar seorang Perdana Menteri mengucapkan perkataan demikian. Ia sama seperti tidak wajarnya Najib mengucapkan perkataan "haram jadah" kepada peneroka Felda suatu ketika dahulu.

Hari ini pula, Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan memberitahu Parlimen bahawa hutang negara sehingga Oktober 2013 adalah berjumlah RM529.6 bilion atau 53.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar atau KDNK. Had hutang yang dibenarkan ialah 55 peratus daripada KDNK.

Tetapi Ahmad Maslan juga memberitahu, keadaan sebenarnya masih lagi terkawal.

Sudah tentu ramai yang tidak bersetuju dengan Ahmad Maslan kerana setelah hampir tergelincir ke dalam lubang yang dalam pun, beliau masih lagi berkata, hutang negara dalam keadaan terkawal.

Dengan hutang yang kian meningkat ini, ramai yang berkata, "patutlah Najib begitu terdesak mahu rakyat membayar cukai sehingga melabelkan pengkhianat kepada yang cuba mengelaknya."

Semuanya saling kait-mengait sebenarnya. Jika usaha menakutkan rakyat supaya membayar cukai ini berjaya, maka bertambahlah pendapatan negara untuk tahun depan. Mungkin itu sebabnya Ahmad Maslan kata hutang negara masih boleh dikawal.

Namun demikian kebimbangan tentang hutang di zaman Najib memang ada asasnya. Rakyat wajar berasa bimbang dengan hutang yang sudah mencecah 53.6 peratus daripada KDNK sedangkan had yang dibenarkan cuma 55 peratus. Bagaimana pula kedudukan hutang negara pada tahun depan atau lima tahun akan datang?

Apa jadi jika hutang negara nanti melebihi had yang dibenarkan itu? Adakah negara akan bankrap? Adakah kita akan menuruti jejak negara Greece yang terbeban dengan kemelut hutang yang berpanjangan?

Bagaimana pula nasib rakyat? Bagaimana dengan kos hidup dan peluang pekerjaan? Sudah tentu deretan persoalan panjang akan bermain di fikiran setiap rakyat, ditambah dengan keceluparan Najib menggelarkan pengkhianat, resah dan bimbang juga turut bertambah jadinya.

Ketika Najib mengambil alih teraju pemerintahan negara pada 2009, hutang negara cuma RM362.4 bilion. Hanya dalam tempoh hampir lima tahun, hutang negara sudah mencanak hampir sekali ganda kepada RM529.6 biliion. Lagi banyak transformasi, lagi banyak hutang rupanya.

Dalam tempoh lima tahun juga, bayaran kepada konsultan saja berjumlah RM7.2 biliion. Bil letrik Seri Perdana pula berjumlah RM2.2 juta walaupun Najib mendakwa beliau hanya menumpang tinggal di kediaman milik rakyat itu. Apakah itu cara menumpang namanya?

Jika dikira kos lawatan Najib ke luar negara antara 2008 hingga 2013 yang berjumlah RM44 juta, kos jamuan rumah terbuka Aidil Fitri hampir RM3 juta serta lain-lain dan isterinya juga turut menggunakan wang pembayar cukai untuk perjalanan ke luar negara, jumlahnya tentulah lebih besar lagi.

Dalam tempoh setahun atau lima tahun akan datang, belum ternampak tanda-tanda Najib mahu berjimat cermat dalam perbelanjaannya. Begitu juga isterinya, selepas menyatakan beliau langsung tidak terganggu dengan pelbagai kritikan terhadapnya, jadual Rosmah ke luar negara dan tempahan jet eksekutif juga barangkali sudah siap menanti dengan lebih banyak lagi.

Dengan semua keadaan ini, rakyat sudah tidak mampu tersenyum lagi sebenarnya dalam memikirkan nasib masa depan negara ini. Kalau pun ada yang masih tersenyum, hanyalah senyum pahit dan terpaksa saja. (SH 25/11/2013)

SHAHBUDIN HUSIN

http://shahbudindotcom.blogspot.com 

Bil Elektrik Atas RM70.00 Akan Dikenakan GST!!!!

Levi ada. GST pun ada. So elektrik pun ada cukai. Telefon pun ada cukai. Internet pun ada cukai. Prepaid pun ada cukai. Semua benda pun ada cukai. Apa lagi kerajaan yang mahu kenakan cukai? Bagaimana dengan udara? 

Setakat neh kerajaan belum pula berniat nak mencukaikan udara, kenapa? Kalau di fikirkan2 setiap manusia yang bernyawa di dunia neh perlu menghirup udara untuk terus bernafas kan? Apa kata kerajaan kenakan cukai terhadap udara pula. Insya-Allah kerajaan pasti dapat buat collection cukai yang amat2 tinggi jika menswastakan udara di negara ini. Cuba la. Aku ikhlas bagi idea neh.

Rujuk gambar ;


Bil elektrik bawah rm70 takde cukai katanya. Buat ayat macam la kebanyakkan orang guna bil elektrik bawah rm70. Cuba fikir permainan dorang kat sini. Plan pertama dorang naikkan tarif. Bila tarif dinaikkan ini bermaksud apa? Ini bermaksud lebih banyak orang akan terpaksa membayar lebih dari rm70 setiap bulan. Sebab apa? Sebab plan pertama tadi, naikkan tarif.

Dalam hotak dorang ;

Plan A naikkan tarif.

Plan B lebih banyak pengguna akan masuk dalam kategori kena bayar rm70 ke atas

Plan C lebih banyak kutipan cukai akan diraih

Plan D lebih banyak duit yang kerajaan dapat, lebih enjoy kita sebagai pemimpin negara. Yeahhh..

Nampak tak disitu?

Belum apa2 lagi dah buat hal nak kenakan orang. Belum lagi GST dilaksanakan secara total. Plan2 nak menganiaya orang depa dah mula fikirkan satu persatu. Plan2 memperbodohkan dan menyusahkan orang depa dah mula buat satu persatu.

Jangan ingat orang yang guna elektrik banyak itu bermaksud dia orang kaya beb. Kadang2 dalam satu family tue anak dia ramai. Bila anak dia ramai, kena masak air yang lebih banyak kalau guna cerek elektrik. Kena guna seterika dengan kerap untuk gosok baju anak2. Kena guna kipas yang lebih banyak sebab anak2 semua nak berkipas.. tak masuk tv, tak masuk bab cas hp, tak masuk bab lampu, tak masuk bab komputer bila anak2 nak buat kerja sekolah ke apa. So nampak tak betapa bodohnya konsep sesiapa yang bawah rm20.00 tue dapat percuma? Aku dah kondem idea tue di thread yang lepas2. Dah malas nak repeat kenapa aku kondem idea bodoh tue. 

Sekarang neh kita tak perlu bergaji besar untuk bayar cukai. Walaupun semakin ramai dari kita sudah terlepas dari keperluan untuk membayar cukai pendapatan, kita tidak terlepas untuk membayar pelbagai cukai2 lain yang sedia ada dan yang sedia menanti untuk ada. Di negara ini kita tidak perlu menjadi kaya untuk menbayar cukai. Cukup kita perlu membeli barang, melanggan perkhidmatan waima beli prepaid sekalipun, dan bayar bil elektrik maka kita sudah pun memainkan peranan kita disitu untuk membantu kerajaan bagi memajukan negara ini.  Dan dengan semua yang telah kita beri, dengan semua bentuk kerjasama yang telah kita tunjukkan, apakah kita masih lagi layak digelar rakyat yang tidak tahu bersyukur dan berterima kasih? Apa lagi yang kerajaan mahukan? Tidak cukup2 lagi ke saluran kutipan cukai yang sedia ada?

Bekas pengarah CID dedah sogokan wang dalam kes Pulau Batu Puteh



Bekas Pengarah Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim hari ini mendedahkan wujud sogokan wang yang menyebabkan kekalahan Malaysia dalam kes Pulau Batu Puteh pada tahun 2007.

Pendedahan tersebut telah dilakukan dalam bentuk Akuan Bersumpah (SD) setebal 31 muka surat, yang telah juga dihantar Pejabat Perdana Menteri 9 Oktober lalu.

"Dalam surat iringan kepada Perdana Menteri, saya merayu beliau untuk memfokuskan perhatian kepada perenggan 54 (e),(f) dan (g) SD tersebut, yang melibatkan maklumat mustahak, berkaitan salahlaku Peguam Negara,Tan Sri Abdul Gani Patail, ketika mengendalikan kes Pulau Batu Puteh.

"Turut dimuatkan ialah maklumat menyatakan bahawa terdapat wang dalam amaun yang besar, telah bertukar tangan dan dipindahkan kedalam sebuah akaun di-Hong Kong," kata Mat Zain dalam satu kenyataan yang ditandatanganinya hari ini.
Beliau mempertahankan dakwaannya sebelum ini ke atas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, menuduhnya menjadi punca kepada kekalahan Malaysia dalam perbicaraan di Mahkamah Antarabangsa (ICJ) pada tahun 2007 tersebut, yang menyebabkan pulau itu terpaksa diserahkan kepada Singapura.
"Dalam perenggan penting ini,telah dirakamkan maklumat menyatakan bahawa Gani Patail telah dengan sengaja,  menyebabkan kekalahan kes Pulau Batu Puteh kepada Singapura,ketika prosiding di-Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang berlangsung dalam tahun 2007," katanya lagi.
Mat Zain mengulangi tuduhannya ke atas Gani dengan mengatakan beliau meletak gambar salah ketika perbicaraan tersebut.
"Untuk membuat penilaian mengenai kebenaran maklumat ini,ianya hendaklah dibaca bersama dengan nota prosiding ICJ berkaitan perbalahan Pulau Batu Puteh yang diumumkan pada 23.5.2008.
"Kajian menunjukkan memang benar terdapat perbuatan memasukkan satu keping 'gambar kontroversi' beberapa hari sebelum prosiding bermula, yang boleh dilihat sebagai percubaan untuk memperdayakan Panel ICJ.
"Bagi membuat appraisal yang lebih tepat,maklumat mustahak ini juga hendaklah dibaca bersama dengan apa apa perbuatan memalsukan keterangan dan termasuk gambar yang dikemukakan sebagai keterangan dalam sesuatu prosiding kehakiman yang lampau dan melibatkan Gani Patail jika ada," tambahnya lagi.
Sebelum ini, Putrajaya telah menafikan tuduhan tersebut menerusi jawapan di Dewan Rakyat, dengan berkata tuduhan tersebut tidak berasas dan dilakukan tanpa menyemak terlebih dahulu.
"AG tidak mengetuai kes tersebut dan mempunyai kata putus dalam mengendalikan kes tersebut.
"Jadi tuduhan bahawa AG menunjukkan gambar salah seperti didakwa oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berasas dan dibuat tanpa semakan," jawab Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri selepas isu tersebut dibangkitkan di Dewan Rakyat.
Menurut Mat Zain, sekiranya pendedahan awal dibuat sebelum pemilihan Umno yang berakhir baru-baru ini, ia pasti memberikan impak kepada perwakilan dari Sabah yang bertanding memandangkan pertalian yang wujud antara Gani dengan ahli politik negeri tersebut.
Sementara itu, Mat Zain menggesa supaya Putrajaya menimbangkan untuk membuat rayuan di ICJ dalam kes Pulau Batu Puteh demi maruah negara.
"Kita masih mempunyai empat setengah tahun lagi,untuk mengemukakan rayuan kepada ICJ sekiranya mempunyai bukti kukuh untuk berbuat demikian.
"Walau sekecil mana pun peluang yang kita ada,kita tidak boleh membiarkannya begitu sahaja," tegasnya lagi.
Media sebelum ini mendedahkan pertemuan Mat Zain dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membincangkan salah laku Gani. Pertemuan itu dikatakan turut dihadiri peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan  bekas setiausaha politik kepada Dr Mahathir, Matthias Chang.
Selain kes Batu Puteh, mereka juga dikatakan berbincang mengenai kes mata lebam Anwar.
Selepas pertemuan itu, Mat Zain pada 7 Oktober membuat satu akuan bersumpah yang antara lain mendakwa salah laku Gani dalam kes mata lebam Anwar.
Akuan bersumpah itu kemudiannya dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dengan salinan kepada Peguamcara Negara Datuk Idrus Harun, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan juga dikatakan diterima oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin. – 26 November, 2013.

Keluarga Siti Aishah yang menjadi hamba di London dedahkan kisahnya

Kamar Mautum semasa ditemui media selepas mendapat berita mengenai penghambaan wanita itu adalah Aishah, adiknya yang telah lama menghilangkan diri. Gambar ihsan The Telegraph, UK.Sebuah keluarga  dari Jelebu, Negeri Sembilan telah mengesahkan bahawa wanita yang didakwa menjadi hamba selama 30 tahun di London adalah ahli keluarga mereka yang hilang sejak 30 tahun lalu selepas menyertai kumpulan Maoist di sana.
Guru pencen Kamar Mautum Abdul Wahab (gambar) berkata, beliau yakin kakaknya yang berumur 69 tahun, Siti Aishah Abdul Wahab adalah wanita Malaysia yang yang ditahan oleh pemimpin kumpulan Komunis Mao sejak 30 tahun lalu.

Katanya, kehilangan Aishah telah menyebabkan kesedihan kepada keluarganya.


Kamar Mautum semasa ditemui media selepas mendapat berita mengenai penghambaan wanita itu adalah Aishah, adiknya yang telah lama menghilangkan diri. Gambar ihsan The Telegraph, UK.Kamar Mautum semasa ditemui media selepas mendapat berita mengenai penghambaan wanita itu adalah Aishah, adiknya yang telah lama menghilangkan diri. Gambar ihsan The Telegraph, UK.
Kamar berkata, ibunya memberikan wasiat agar menjejaki apa yang berlaku kepada anak perempuannya yang tidak pernah pulang itu, lapor The Daily Telegraph.
"Saya sangat sedih tanpa dia di sini tahun demi tahun. Dia sangat berbakat, dia juga menjadi buah hati pada emak saya. Emak menyebut namanya sebelum menutup matanya.
"Bila emak saya meninggal, dia (Aishah) tidak mahu bercakap dengan kami dan saya tidak boleh berbuat apa-apa," katanya kepada akhbar British itu.
Gambar Aishah sewaktu muda yang disimpan ahli keluarganya. Gambar ihsan The Telegraph, UK.Gambar Aishah sewaktu muda yang disimpan ahli keluarganya. Gambar ihsan The Telegraph, UK.Aishah belajar di sekolah yang paling elit di Malaysia dan mendapat anugerah biasiswa Komanwell untuk belajar dalam bidang Juruukur Bahan di London.
Dia berlepas ke Britain pada tahun 1968 bersama tunangnya dan berhasrat untuk mencapai cita-cita untuk keluarga tetapi kemudiannya terlibat dengan kegiatan politik melampau yang menyebabkan dia melupakan segala-galanya untuk mengikut ajaran Maoist.
Dia terpengaruh dengan Aravindan Balakrishnan dan rakannya, Chanda, yang telah ditangkap minggu lalu atas dakwaan menahan tiga wanita tanpa kerelaannya melebihi tiga dekad di London.
The Malaysian Insider awal hari ini mendedahkan wanita misteri warga Malaysia berumur 69 tahun yang dijadikan hamba selama 30 tahun di London berkemungkinan adalah Siti Aishah.
Dia adalah salah seorang daripada tiga wanita yang dibebaskan pada 25 Oktober di London selepas salah seorang daripada mereka menghubungi pertubuhan kebajikan. Dua lagi wanita adalah warga Ireland berumur 57 tahun dan warga Britian berumur 30 tahun.
Aktivis, Hishamuddin Rais yang hidup dalam buangan di London pada lewat 1970-an berkata kepada The Malaysian Insider, Siti Aishah aktif dengan kumpulan mahasiswa Malaysia berhaluan kiri yang menggelarkan diri mereka "New Malayan Youth" di ibu kota Britian pada ketika itu.
"Abang dia ada cari saya pada 1991 minta tolong carikan Aishah yang dikatakan hilang kerana kami berasal dari daerah sama," katanya ketika ditemui awal pagi ini.
"Saya juga menetap di Brixton, London, di mana lokasi wanita itu ditemui," kata bekas aktivis mahasiswa yang menggendalikan blog “TukarTiub” itu.
Hishamuddin berkata, Siti Aishah adalah pengikut kepada fahaman Marxist-Leninist dan pemikiran bekas pemimpin besar China Mao Tse Tung.
Difahamkan, "New Malayan Youth" adalah pertubuhan mahasiswa yang menggabungkan pelajar berhaluan kiri dari Malaysia dan Singapura pada 1970-an.
Hishamuddin yang pulang ke Malaysia pada 1994 selepas bertahun hidup dalam buangan berkata, Siti Aishah adalah bekas penuntut Kolej Tunku Kursiah (TKC), Seremban dan kemudiannya melanjutkan pelajaran dalam bidang Juruukur Bahan (QS) di London di bawah biasiswa "Colombo Plan".
Bekas aktivis mahasiswa itu mendakwa, beliau berasal dari daerah yang sama dengan Siti Aishah iaitu di Jelebu, Negeri Sembilan dan kakak kepada wanita itu adalah gurunya di sekolah menengah.
Hishamuddin menetap di London selama 15 tahun dan menuntut ilmu Asas Seni di Brixton College sebelum melanjutkan pelajaran Ijazah Sarjana Muda Kajian Filem dan Video di University of Westminster, London.  Alamat terakhir beliau di London adalah di Coldhabour Lane, Brixton.
Akhbar Britian melaporkan pasangan yang ditahan ialah Aravindan Balakrishnan, juga dikenali sebagai “Comrade Bala” dan isterinya Chanda dari Tanzania, tetapi Hishamuddin berkata, lelaki itu turut dikenali sebagai “Chairman Ara” dan berasal dari Singapura.
Polis Britian mengesahkan pasangan itu pernah ditahan pada 1970-an tetapi tidak menyatakan sebabnya.
Polis juga enggan mengesahkan identiti pasangan itu yang dibebaskan dengan ikat jamin sehingga tarikh perbicaraan pada Januari depan tetapi mengatakan ketiga-tiga wanita itu tidak kelihatan seperti didera secara seksual.
Polis tidak menolak dakwaan wanita itu dipukul.
Turut difahamkan, wanita Malaysia itu berada dalam keadaan yang 'sangat trauma' dan ditempatkan di satu lokasi selamat tetapi alamat rumah lokasi di mana jenayah tersebut berlaku tidak didedahkan.
Menurut kenyataan polis, kedua-dua suspek bukan warganegara Britain.
Ketiga-tiga mangsa bebas daripada “perhambaan” selepas salah seorang daripada mereka menghubungi badan kebajikan Freedom Charity pada 18 Oktober.
Menurut laporan media Britain, Pengasas Freedom Charity, Aneeta Prem bertemu dengan ketiga-tiga wanita berkenaan Khamis lalu.
Laporan media juga menyebut mangsa didera secara fizikal dan dikawal emosi dalam kes perhambaan yang disifatkan sebagai "rumit dan menyayat hati".

Polis dipetik sebagai berkata, mereka masih menyiasat apakah "gari tidak nampak" yang digunakan untuk memanipulasi ketiga-tiga mangsa.


MOHD FARHAN DARWIS
MalaysianInsider

Swasta tiada cuti haji


Kita ni manja sangat, banyak sangat cuti. Macamana tok nenek kita dulu pergi haji, berbulan-bulan naik kapal. Tok nenek kita bukan kakitangan kerajaan, cuma penoreh getah, pesawah padi, nelayan, mereka tiada cuti haji atau cuti tahunan atau cuti sakit berbayar. Mereka yakin rezeki ALLAH beri. Kita korban cuti, wang untuk pergi haji hanya mengharapkan redhaNya.

Ramai yang tak sedar dan terkejut bila diberitahu pihak swasta tiada cuti haji, pekerja swasta tak bising pun. Malahan gaji pekerja swasta tersebut tak setinggi gaji sesetengah pegawai kerajaan lain. Pekerja swasta yang pergi haji perlu ambil cuti tahunan, tak cukup cuti tahunan kenalah ambil cuti tanpa gaji.
Kalau 45 hari pergi haji, kenalah hampir sebulan ambil cuti tanpa gaji. Yakinlah, rezeki itu dari ALLAH, manusia dan kerajaan hanya menguruskannya.

Kerajaan tidak bercadang lanjut tempoh cuti haji

Kerajaan tidak bercadang untuk melanjutkan tempoh cuti haji daripada 40 hari kepada maksimum 50 hari kerana jumlah peruntukan cuti sedia ada sudah memadai buat penjawat awam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.
"Cuti haji sedia ada untuk penjawat awam adalah memadai dan dasar sekarang dikekalkan," katanya ketika menjawab soalan asal Mohd Rafizi Ramli (PKR-Pandan) pada sesi soal jawab pada Persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Mohd Rafizi bertanyakan mengapa cuti ibadah haji untuk penjawat awam dihadkan kepada 40 hari sedangkan tempoh masa menunaikan haji di bawah kelolaan Lembaga Tabung Haji mencecah 45 hari.
Kepada soalan tambahan Normala Abdul Samad (BN-Pasir Gudang), Shahidan menjelaskan kerajaan menyokong dan menggalakkan swasta memberi cuti haji kepada pekerja swasta tapi mereka perlu faham bahawa cuti haji tidak perlu sehingga 40 hari.

2 calon SPM, seorang PMR ditahan terlibat aktiviti jenayah siber

Dua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan seorang calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) ditahan Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) kerana terlibat dengan aktiviti jenayah siber.
Pengarah Penguat Kuasa KPDNKK, Mohd. Roslan Mahayudin berkata, ketiga-tiga suspek berumur antara 15 dan 18 tahun itu ditahan kerana mengoperasikan laman web untuk memuat turun dan menayangkan filem-filem tempatan tanpa kebenaran pemilik hak cipta.


Beliau berkata, mereka ditahan di rumah masing-masing dalam serbuan Ops Spyglass yang dijalankan pada 29 Oktober dan 8 November lalu di Selangor serta Pulau Pinang.
"Serbuan dilakukan setelah kami menerima aduan daripada pemilik hak cipta dan orang ramai tentang aktiviti jenayah siber yang melibatkan filem tempatan seperti KL Gangster 2, KL Zombie dan Tanda Putera.
"Laman web tersebut adalah www.allinoneattheremovies.blogspot.com yang beroperasi di Selangor dan www.pjsenter.com serta www.piratebytez.com yang beroperasi di Pulau Pinang," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Serbuan yang disertai 10 penguat kuasa itu turut mendapat kerjasama daripada pegawai Cybersecurity Malaysia (Cybersecurity) yang memberikan bantuan teknikal semasa pemeriksaan.
Mohd. Roslan berkata, dalam serbuan itu, pihaknya merampas tiga komputer riba, masing-masing dua router dan modem serta satu unit jalur lebar yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM12,000.
Beliau berkata, ketiga-tiga suspek kini diletakkan di bawah jaminan polis dan tindakan akan diambil setelah urusan peperiksaan persekolahan mereka selesai.
"Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 41 1(G) Akta Hak Cipta 1987.
"Sekiranya disabit kesalahan, hukuman denda boleh dikenakan sekurang-kurangnya RM2,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, berdasarkan soal siasat, suspek memaklumkan filem-filem yang disediakan diperoleh daripada laman web lain.
"Antaranya www.ganool.com yang beroperasi di Jawa Timur dan http://pencurimovie.sx/serta http://moviepecah. blogspot.com/ dipercayai beroperasi di Eropah.
"Pihak penguat kuasa akan mengenal pasti pemilik laman web berkenaan dan mengambil tindakan kepada mereka, buat masa ini notis halangan akses dikeluarkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut," katanya.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan ibu bapa memantau aktiviti siber anak-anak masing-masing supaya mereka tidak melakukan sebarang perkara menyalahi undang-undang.

Yang tidak pandai pun boleh berjasa dan berbudi kepada rakyat


Najib dan seluruh kabinet Malaysia perlu berterus terang, dari mengelak-mengelak dari isu sebenar di ketahui ramai. Kita hendak tahu bagaimana kedudukan kewangan negara sekarang ini dan kita hendak melihat apa yang akan dilakukan beliau dan kabinet keseluruhannya untuk menyelesaikan masalah besar yang kita sedang hadapi kini. Jangan bermain dengan silap mata lagi dan jangan menafikan yang anda dan seluruh ahli kabinet telah gagal mendapatkan penyelesaiannya.

Jika kedudukan kewangan negara sudah tenat mengaku sahaja ia tenat. Kita sudah letih mendengar seorang ahli kabinet kata yang ekonomi kita masih kukuh dan seorang lagi kata sedang menghadapi masalah kewangan.  Kerajaan ingin mencukai rakyat dengan berbagai cara bagi menambah kuatkan kedudukan kewangan kita. . PM Najib tidak perlu takut dan menerima keadaan buruk ini dengan menunjukkan jiwa mereka yang besar dengan mengaku sahaja yang keadaan kewangan kita sedang dalam ketenatan.

Untuk menunjukkan jiwa besar ahli-ahli jemaah kabinet pula keseluruhan kabinet perlu diajak bersama-sama meletakkan jawatan dan berundur kerana ‘accountability’ ini wajar di pikul oleh semua ahli kabinet secara bersama (collective). Kepada Najib dan seluruh kabinet dan Majlis Tertinggi UMNO serta BN, kita ingin menyakinkan anda semua, negara yang anda semua tadbir ini adalah sebuah negara kepunyaan rakyat yang demokratik.

Sesungguhnya masalah yang berlaku sekarang ini bukannya untuk melonggokkan semua kesalahan kepada Najib dan Rosmah semata-mata malahan ia sepatutnya menjadi tanggungan semua ahli kabinet lantikan Najib itu. Lebih awal mengaku lebih baik untuk rakyat dan Najib serta kabinet sekalian boleh menumpang hasil kebaikan dari tindakan mereka mengundurkan diri dari mentabir itu.

Bukannya orang pandai dan bijaksana sahaja yang boleh berbudi kepada negara.  Yang tidak pandai pun boleh membantu menyelamatkan negara ini. Jika yang bijak pandai menggunakan kebijaksanaan mereka membina negara secara betul, yang tidak pandai pula boleh meninggalkan nama dan budi serta jasa mereka dengan meletakkan jawatan dan berundur untuk menyelamatkan negara dari jatuh tersungkur.

Banyak pendapat memberikan pandangan yang kabinet pimpinan Najib ini merupakan kumpulan yang kedua tadi, iaitu yang tidak pandai seperti saya dan ramai lagi di bawah ini. Maka mengundurkan diri dari memegang amanah rakyat itu merupakan budi dan jasa yang amat besar kepada negara dengan tidak terus menjahanamkan negara kita lagi. Pendeknya mereka boleh membuktikan yang mereka juga adalah rakyat yang sangat patriotik dan sanggup berhenti dan bersara demi kepentingan negara.

Jangan jadi pelepah mati kelapa yang tergantung yang hanya menunggu waktu untuk jatuh kebumi. Masalahnya sekarang ini pemimpin tidak mahu mengakui kelemahan mereka sedangkan mereka tahu negara akan bankrap jika mereka masih mentadbir dan memimpin negara ini.

Jadi sekarang ini tindakan semua ahli kabinet bersara dan berundur itu adalah satu-satunya cara bagi mereka hendak melakukan ‘redemption’ terhadap kesalahan dan kelemahan mereka di sisi rakyat, lebih-lebih lagi di sisi agama dan Tuhan kita. Najib selalu berkata beliau mahukan peluang untuk berjasa dan menabur budi kepada rakyat.

Sekarang peluang beliau dan ahli-ahli kabinet untuk menyempurnakan niat untuk menabur jasa itu sudah sampai pada masanya. Beliau dan kabinet lantikan beliau perlu bersara secara 'en block'. Tentu rakyat akan ber'GUMBIRA' menerima khabar berita ini.


Pemimpin yang gagal mentadbir dan tidak pula mahu mengakui kelemahan mereka, adalah selemah-lemah pemimpin dan akan menjadi ingatan buat selama-lamanya bagi rakyat serta generasi yang akan datang.

ASPAN ALIAS
http://aspanaliasnet.blogspot.com

Hidup Putera, Musnah Bumi!

Bumi-Putera. Putera dihadapan, bumi dibelakang. yang kaya dan kuat dan gemilang lagi terbilang ialah putera2 bangsawan, putera pemimpin atasan, putera Melayu terpilih. Putera pemimpin UMNO dan yang bersekongkol dengan mereka. Golongan bumi ketinggalan dibelakang dipaksa menerima keadaan mereka sedmikian sebagai ketentuan. 

Kalau UMNO sudah hebat menjalankan dasar diskriminasii positif nya, mengapa kedudukuan ekonomi orang Melayu masih ketinggalan? Bumiputera Sabah dan Sarawak masih yang tercorot. Sabah dan Sarawak negeri yang termiskin sedangkan negeri2 ini kaya dengan sumber pertumbuhan ekonomi dan rakyat nya sudah ramai yang cerdik?Dasar UMNO yang memiskinkan mereka.

UMNO mengaplikasi kuasa nya keatas rentak ekonomi mulai 1970. 43 tahun selepas nya, kita , terutama UMNO menjerit sana dan sini Melayu ketinggalan dibelakang? Kenapa jadi begini sedangkan pengendali dan pengemudi dasar2 nya ialah UMNO sendiri? 
95% peratus pegawai kerajaan adalah Melayu- KSU2 nya hampir semua Melayu, ketua polis daerah dan negeri hampir semua Melayu. Setiausaha2 kerajaan negeri tidak ada yang bukan Melayu. MB2 nya kecuali Pulau Pinang adalah Melayu dan Bumiputera. Raja2 nya tentulah 100% Melayu jati kecuali satu dua nanti yang akan jadi raja tidak 100% Melayu. Hampir semua lapisan pimpinan dan pembuat keputusan adalah Melayu tapi pendapatan Melayu setakat ini secara purata ialah 4457 sebulan? Cina RM6366, India RM5233 dan Bumiputera lain RM 3843.

Apa hal begini?

UMNO menerangkan jurang begini sebab Cina dan India ambil kekayaan orang Melayu. INi kerja UMNO- menyembunyikan tangan kotor mereka dengan melaga lagakan rakyat Malaysia. Cina dan India boleh ambil kekayaan Melayu hanya jika Melayu UMNO yang bersekongkol dan membenarkan nya. jika tidak, golongan ini menjadi kaya berkat usaha mereka sendiri. Melayakkan diri mereka mendapat ganjaran yang lebih melalui memiliki kepakaran, kebolehan dan rajin berkerja. Sebahagian mereka menjadi super kaya kerana UMNO membenarkan mereka jadi demikian.

Bagaimana UMNO benarkan? Melalui melaksanakan dasar2 ekonomi yang menguntungkan golongan 5% . 5% keseluruhan yang menguasai 49-50% kekayaan negara. Dan segelintir Melayu jadi superkaya kerana UMNO membenarkan mereka jadi demikian bahkan UMNO menumpang bersama mereka mengayakan diri.

Kita jemu mendengar pemimpin UMNO menjustifikasikan pemberian lesen, monopoli, kontrak jangka panjang, keistimewaan2 ekonomi kepada segelintir Melayu yang terpilih atas nama pemerkasaan ekonomi Bumiputera. UMNO melindungi pencurian, pemonopolian, ketidakcekapan atas nama mengayakan orang Melayu. Setelah mendidik orang Melayu, kenapa mesti UMNO yang menjadi orang tengah mengayakan orang Melayu bagi pihak orang Melayu? Mengapa tidak meletakkan sumber pengkayaan dan sumber penjana pendapatan tinggi dalam tangan orang Melayu yang layak secara lansung dan direct? Kenapa mesti diorang-tengahkan terutama melalui UMNO?
Yang kaya ialah orang tengah tersebut- individu maupun insitutusi yang diperkayakan bukan Melayu teramai.

Dasar yang pemimpin UMNO jalankan sejak tahun 1970 menghasilkan jurang pendapatan yang ketara. Kumpulan 20% Melayu teratas menguasai 52% pendapatan manakala 40% Melayu terbawah berkongsi 12% pendapatan. Dan dalam kumpulan 20% Melayu teratas tersebut, 80% pendapatan dikuasai oleh 5% Melayu terpilih sahaja- yakni golongan yang diberi konsesi, monopoli, lessen ekslusif, kontrak, dan seumpamanya. Ertinya, 5% Melayu tertaas menguasai 80% pendapatan 52% itu atau 5% Melayu tertaas menguasai 42% pendapatan Melayu.

Kenapa jurang ini semenjak tahun 1970 tetap demikian juga? Kalau kita salahkan system ekonomi pasaran bebas, bagaimana kita menerangkan yang 5% Melayu tetap menguasai 42% kekayaan Melayu? Mereka menguasai tahap kekayaan tersebut walaupun system ekonomi pasaran tidak baik seperti yang didakwa oleh UMNO.

Jawapan nya ialah dasar2 yang UMNO laksanakan ialah dasar golongan 5% oleh 5% dan untuk yang 5%. Itu yang menerangkan kenapa walaupun meluas kemajuan dan kebaikan dilaksnakan, yang golongan 5% ini tetap memonopoli kekayaan Melayu. Dan bila di sanggah, UMNO akan melindungi golongan 5% ini kerana, mereka mewakili orang Melayu.Hidup Melayu!

SAKMONGKOL AK47

http://sakmongkol.blogspot.com 

Hudud antara agenda pertemuan PM, MB Kelantan


Exco Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Negeri Kelantan, Dr Mohd Fadzli Hassan berkata isu hudud antara agenda muzakarah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob.

Bercakap kepada Malaysiakini semalam, Mohd Fadzil berharap pertemuan yang bakal diadakan dalam "masa terdekat" itu, akan menjadi titik tolak merealisasikan perlaksanaan undang-undang jenayah Islam di negeri itu melalui ketetapan perlembagaan.

NONE"Perlaksanaan hukum hudud bergantung kepada kelulusan (kerajaan) pusat, sebab ini dah ditetapkan perlembagaan, jadi kita kita sangat-sangat sambut baik sekiranya kerajaan Pusat membenarkan hukum hudud di Kelantan.

"Setakat ini yang kita tahu (muzakarah) dalam masa terdekat, tapi belum ada tarikhnya (tarikh untuk muzakarah)," kata Mohd Fadzli yang juga ADUN Temangan.

Kelmarin Najib dilapor menyatakan kesediaannyabertemu dengan Ahmad bagi membincangkan cadangan muzakarah antara kedua-dua pihak. Beliau bagaimanapun meminta PAS menghuraikan lanjut berhubung muzakarah itu.

Sementara akhbar News Straits Times semalam melapor Ahmad sebagai berkata kerajaan negeri itu bercadang membangkitkan mengenai pelaksanaan hukum hudud dengan Najib, sekiranya presiden Umno bersedia untuk menerima pertemuan tersebut.

59th pas muktamar 2013 2Muktamar PAS minggu lalu pula menerima sebulat suara usulmendesak kerajaan memindaperlembagaan negara untuk membolehkan pelaksanaan undang-undang Jenayah Islam selepas dibahas perwakilan dalam persidangan tahunan parti itu.

Pada 1993 kerajaan Kelantan meluluskan enakmen hudud tetapi pelaksanaannya ditangguhkan kerana penguatkuasaan dianggap memerlukan pindaan perlembagaan.

Kanun keseksaan Islam itu meliputi hudud, qisas (pembalasan), takzir (budi bicara) dan diyyat (ganti rugi).

Makna air mata pemimpin Pas

Makna air mata pemimpin Pas

ADA 
babak air mata di Stadium Malawati, Shah Alam petang Ahad lalu. Husam Musa sebak ketika berucap. Salahuddin Ayub turut mengesat air mata di tempat duduknya.


Tuan Ibrahim yang kembali semula ke kerusi yang pernah diduduki, pun juga melantun nada syahdu dalam ucapan penangguhan. Semuanya menangisi tersingkirnya Mahfuz Omar dari kerusi Naib Presiden Pas yang mereka masing-masing menangi!
     
Bagi Husam, kerana dialah Mahfuz tersingkir. "Datuk Mahfuz pemimpin yang lebih baik daripada saya tetapi kerana saya dapat lebih 16 undi daripada dia, dia tidak lagi jadi Naib Presiden kita," katanya dalam nada yang tersekat-sekat.

Jangan! Janganlah sesiapa mengatakan Husam berpura-pura atau buat-buat. Inilah semangat setiakawan yang ada dalam Pas. Walaupun dalam perkara lain Pas sudah banyak berubah, semangat setiakawan sesama pemimpinnya masih tidak berubah. Kalau parti lain, bersaing rebut jawatan bukan hanya mencetuskan dendam bermusim malah mungkin dibawa ke liang lahad!

Mahfuz hanya ketawa, menepuk-nepuk belakang rakan-rakannya yang menang ketika mereka datang memeluknya selepas menyampaikan ucapan. Rasanya semua yang ada dalam Stadium Malawati petang itu benar-benar mengkagumi dan menyanjung tinggi Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Namun langit tidak selalu cerah. Esoknya, ketika hadir di Dewan Rakyat untuk membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 bagi Kementerian Pertahanan, kekalahan Mahfuz jadi bahan usikan penyokong kerajaan.
Bagi Mahfuz sendiri, barang kali pada masa itu baru dia terasa azab kekalahan, membalas usikan mereka dengan berkata: "Walaupun tak ada jawatan (dalam parti), saya mai (datang) awai (awal) untuk lawan Umno!"
Berangin sungguh Pesuruhjaya Pas Kedah itu sepanjang perbahasan hingga ada yang mengatakan dia melepas geram kalah dalam pemilihan Pas di Dewan Rakyat.

Di luar, ramai yang mengatakan Mahfuz tidak seharusnya kalah mengambil kira kejayaan Pas Kedah mempertahankan kerusi Dun Sungai Limau pada PRK baru-baru ini.

Benarkah begitu?

Seorang pemerhati politik Pas ketika diminta komen mengenai perkara itu berkata, kejayaan mempertahankan Dun Sungai Limau tidak boleh dianggap kayu ukur kepimpinan Mahfuz.

"Ini kerana Sungai Limau sejak lama dulu memang kerusi Pas. Ustaz Azizan sendiri pegang lima penggal. Sebelum itu, Pak Ya Junid dan Ustaz Azahari Razak pun lama. Kita percaya, siapa juga pun yang jadi Pesuruhjaya Pas Kedah, kerusi Dun Sungai Limau akan kekal di tangan Pas. Tetapi kalau terlepas, itu dikira teruk sangatlah ...," katanya.  

Menurut pemerhati itu lagi, lebih munasabah jika dikira bahawa imej dan kredibiliti Mahfuz sudah tercemar ekoran perbuatan memalsukan gambar wartawan dalam profil calon Pas pada pilihan raya itu.

"Ini kerana dia adalah ketua jentera pilihan raya. Sebagai ketua, dia yang seharusnya bertanggungjawab," katanya. Mahfuz adalah Pengarah Jawatankuasa Induk PRK Sungai Limau.

"Kalau nak dikira, ini paling memalukan Pas. Tak pernah sebelum ini Pas terkantoi menipu, apa lagi dalam pilihan raya dan inilah kali pertama. Mungkin juga ini yang bermain dalam psikologi perwakilan kerana daripada 11 calon Pas Kedah dalam pemilihan ini, hanya tiga menang, itu pun untuk jawatankuasa biasa saja. Yang lain kalah, termasuk Mahfuz sendiri," katanya lagi.

Jika komen ini diambil kira, apakah mungkin air mata tiga Naib Presiden yang menang di Stadium Malawati petang Ahad lalu tidak dikongsi bersama dengan kesemua 1,086 perwakilan, terutama mereka yang tidak mengundi Mahfuz?

Sebelum pemilihan, ramai meramal Husam yang akan tersingkir. Apa lagi sejak tidak dilantik semula sebagai Exco Kelantan, dia begitu lantang menghentam Kerajaan Negeri hingga ada yang menganggap kelantangannya itu telah menjejaskan imej Pas, lebih daripada apa yang dilakukan oleh wakil rakyat BN sendiri.

Jika dilihat perbezaan undi pun, Husam jauh ke bawah berbanding Tuan Ibrahim yang menduduki tangga kedua. Tuan Ibrahim mendapat 849 undi manakala Husam, 520. Mahfuz sebagai penyandang dua penggal pula hanya mendapat 504 undi.

Dalam konteks ini, perwakilan dilihat cenderung untuk memilih pemimpin yang bersikap sederhana dan tidak semestinya yang lantang bersuara asal sahaja mempunyai kredibiliti dan ciri-ciri kepimpinan yang mantap.

Salahuddin yang mendapat 917 undi, amat dikenali dengan kesederhanaannya menjadikan dia antara pemimpin Pas yang paling dihormati kawan dan lawan. Demikian juga Tuan Ibrahim. Ini menunjukkan bahawa ahli Pas di peringkat akar umbi juga tidak memilih title YB untuk mengangkat seseorang pemimpin ke kedudukan yang tinggi dalam parti.

Sudah nasib Salahuddin dan Tuan Ibrahim berpangkalan di negeri dominasi BN!

Tuan Ibrahim telah menunjukkan ciri-ciri ulama sejati dan tidak mengejar jawatan dalam karier politiknya. Umum mengetahui bahawa selain Husam dan Mohd Amar Nik Abdullah, dia juga mendapat pencalonan daripada Pas kawasan untuk mencabar Mat Sabu bagi jawatan Timbalan Presiden.

Ketika itu, timbul keraguan bagi golongan pro ulama dalam Pas bahawa apabila kedua-dua Mohd Amar dan Tuan Ibrahim sama-sama bertanding, ia hanya akan memecah undi pro ulama yang sekali gus menjadi advantage bagi sama ada Mat Sabu atau Husam (Husam juga mendapat banyak pencalonan untuk kerusi Timbalan Presiden).

Akhirnya, Tuan Ibrahim memutuskan untuk tidak bertanding kerusi No 2 itu meskipun tidak dinyatakan sama ada keputusan itu untuk memberi laluan kepada Mohd Amar.

Ini menunjukkan sikap sebenarnya meskipun ada yang mengatakan, jika Tuan Ibrahim yang berlawan straight fight dengan Mat Sabu tempoh hari, peluangnya untuk menang lebih cerah.

Ini kerana Tuan Ibrahim lebih dilihat sebagai pemimpin nasional berbanding imej Mohd Amar yang lebih menjurus sebagai 'pemimpin Pas Kelantan'.

Apa pun, ini tahun kembali bagi Tuan Ibrahim dan mungkin peluangnya untuk bertanding dan menang kerusi No 2 pada 2015 lebih cerah malah mungkin jika Tok Guru Hadi membuat keputusan untuk berundur pada masa itu, Tuan Ibrahim juga layak diangkat ke kerusi No 1. Untuk Mahfuz, perkemaskan jentera Pas Kedah. Enta masih berpeluang cerah untuk dilantik semula sebagai Ketua Penerangan.

MUHAMAD MAT YAKIM
SINAR HARIAN
 

Ustazah Zawiyah tegur kos kahwin Zain, Che Ta

KETIKA negara heboh memperkatakan tentang "Wedding of The Year" pasangan Zain Saidin dan Rozita Che Wan yang menerima tajaan keseluruhan berjumlah RM13 juta, seorang pendakwah bebas memberikan peringatan ini.

“Di mana keberkatannya sesebuah perkahwinan itu kalau sebelum kahwin, kita sudah membuat perkara yang dilarang ALLAH termasuk dalam hal membabitkan pembaziran dan bermegah-megah ketika mengadakan majlis," ujar Ustazah Zawiyah Hassan.


Nasihat itu dilontarkan Ustazah Zawiyah menerusi Harian Metro.

“Itu belum lagi dalam perkara yang seolah-olah menjadi trend sekarang bagi pasangan sebelum berkahwin untuk kononnya bergambar pra-perkahwinan sambil berpelukan dan berpegangan tangan,” katanya lagi.

Tegasnya, perkahwinan merupakan suatu ibadat, namun jika majlis meraikannya dibuat secara besar-besaran sehingga berlaku pembaziran, bagaimana hendak mendapatkan keberkatan ALLAH.

“Kalau nak kata buat majlis besar sebab kepuasan diri, memang manusia ini selalunya tidak pernah puas, cuma kalau boleh dielak, elaklah. Kita berkahwin sebab nak dapat reda ALLAH, bukan pandangan orang sekeliling terhadap majlis yang akan dilaksanakan,” katanya.

Jelas Ustazah Zawiyah, hukum sebenar kenduri kahwin hanya sunat sebagaimana sabda Rasulullah iaitu mengadakan kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing.

Namun apa yang membimbangkan kini katanya, majlis perkahwinan secara besar-besaran sehingga berlaku pembaziran seolah-oleh sudah menjadi trend walaupun pada masa yang sama terdapat ramai orang memerlukan.

Zawiyah yang juga bekas Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkata, sebaik-baik perkahwinan itu sederhana belanjanya supaya mendapat rahmat dan keberkatan.

Rozita atau lebih mesra dipanggil Che Ta pada hari bahagianya akan menggayakan set barangan kemas tajaan Habib Jewel bernilai RM10 juta.

Pada majlis pernikahan yang akan berlangsung di Gazebo Pusat Konvensyen Bandar Setia, Setia Alam, itu nanti, Che Ta bakal menerima wang hantaran RM23,200, mas kahwin bernilai RM9,300 serta sebentuk cincin perkahwinan dianggarkan berharga RM93,000.

Majlis berinai Che Ta akan diadakan pada 10 Disember ini dan seterusnya, majlis resepsi pasangan pengantin berlangsung pada 13 Disember 2013 di Grand Ballroom, Pusat Konvensyen Bandar Setia, Setia Alam, jam 8.30 malam.

Ini bukti idea penyatuan PAS/UMNO hanya TIPU DAYA UMNO


Diharap dengan menonton video bertajuk "Nak berpadu sangat... Ambikkau!! " di bawah dapatlah semua ahli PAS yang menyokong penyatuan umno / PAS untuk berfikir semula.

Nilai keikhlasan mereka.

Menyedari tak semua suka tonton video, admin ambil inisiatif menulis semua isi penting yang menjadi hujah pemimpin PAS dalam video tersebut. YB Ustaz Dato' Dr Mohamed Fadzli Hassan

Inilah hujah bernas beliau,

"Penyelesaian penyatuan umno dengan PAS ini sentiasa datang apabila umno berada dalam keadaan tersepit. Apabila umno berada dalam keadaan tenang, mereka menindas kerajaan PAS, mereka menindas orang melayu, mereka menindas umat islam. Bagaimana umat Islam, orang melayu......................................

" Tuan puan yang dihormati sekelian, sya nak bagi tahu.... apabila nak disatukan dengan umno, sentiasa menuding jari kepada pas. Kononnya pas tidak mahu bersatu.

"Saya nak bagi tahu kepada hadirin hadirat bahawa, yang menyebabkan melayu berpecah ........................... Dan juga cuba lihat sejarah. Sejarah menyebut bahawa setiap sepuluh tahun sekali, umno akan menyebabkan pepecahan melayu.

"Dan sebelum daripada kemerdekaan lagi, umat islam bersatu, orang melayu bersatu menentang penjajahan. Parti Kebangsaan Melayu Malaya bersatu dengan Hizbul Muslimin, bersatu dengan umno untuk memperjuangkan kemerdekaan.

"Tetapi, umno dengan tiba-tiba menjadi tali barut kepada British. Mengkhianati perjuangan umat Islam, mengkhianati perjuangan melayu. Mengkhianati perjuangan umat Islam dalam Hizbul Muslimin dan mengkhianati perjuangan melayu dalam Parti Kebangsaan Melayu Malaya sehingga pimpinan-pimpinan tertangkap.

"Dr. Burhanudin Helmi kena tangkap, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir kena tangkap. Tengok-tengok dia yang naik jadi Perdana Menteri. Pengkhianatan pertama umno kepada orang melayu dan juga kepada umat Islam sebelum kemerdekaan.

Gerombolan Jumpa TGNA (19 okt) Merayu Ajak Bersatu

Jika saya tidak dapat berjumpa dengannya, saya tidak akan pulang ke Malaysia - Kakak Siti Aisah

Rombongan dari Malaysia ke London dalam misi mencari Siti Aishah Abdul Wahab, wanita yang dikatakan menjadi tahanan selama tiga dekad tiba di London selepas 14 jam penerbangan daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 12.20 pagi tadi, lapor Hishamuddin Rais melalui blognya.

Hishamuddin melalui blog; tukartiub.blogspot.com berkata, waktu ketibaan beliau di London adalah jam 5.30 pagi dan ketibaan rombongan berkenaan yang turut disertai kakak kepada Siti Aishah, Kamar Mahtum Abdul Wahab.

"Maaf, nama hotel tidak dapat diberitahu takut wartawan akan berkampung. Jangan marah," kata Hishamuddin dalam blognya.

Beliau turut berkata, rombongan berkenaan turut diserbu wartawan di London sejurus keluar dari lapangan terbang.

"Cikgu Kamar menunggu Dean untuk pergi minum pagi dan berbincang apa yang perlu kami lakukan," katanya lagi.

Kamar yang berlepas ke Britian malam tadi berkata, walaupun masih belum pasti 100% Siti Aishah adalah adiknya, tetapi naluri hatinya tetap teguh dengan kepercayaan itu.

"Jika saya tidak dapat berjumpa dengannya, saya tidak akan pulang ke Malaysia," katanya kepada The Malaysian Insider di KLIA malam tadi.

Siti Aishah adalah salah seorang daripada tiga wanita yang dibebaskan pada 25 Oktober di London selepas salah seorang daripada mereka menghubungi pertubuhan kebajikan.

Dua lagi wanita terbabit ialah warga Ireland berumur 57 tahun dan warga Britian, 30 tahun.

Akhbar Daily Mail semalam mendedahkan nama wanita termuda di antara ketiga-tiga tahanan itu bernama Rosie Davis.

"Jika dia adalah adik saya, saya gembira. Tetapi, apakah beliau gembira bila berjumpa saya?" kata Kamar, seorang pesara guru.

"Adik saya mungkin berubah, tetapi saya ada firasat. Allah bagi kita ‘the sixth sense.’ Saya akan tetap tahu dia adik saya jika dia benar-benar adik saya. - 27 November, 2013.-tmi 

Parlimen Malaysia Terpalit Noda – Semuanya Kerana Ahli Parlimen BN

Dua kejadian di Dewan Rakyat pada hari Khamis, 14 November 2013, yang lalu membuatkan Parlimen Malaysia terpalit noda – semuanya kerana Ahli Parlimen Barisan Nasional.

Kejadian pertama berlaku dalam sesi pagi apabila Barisan Nasional dengan tidak mempedulikan Peraturan Mesyuarat dan kelaziman telah menggunakan kelebihan kerusinya di Parlimen untuk meluluskan usul luar biasa, tidak wajar, dan “haram” untuk menggantung Ahli Parlimen Padang Serai N. Surendran selama enam bulan kerana memperjuangkan kuil Sri Muneswarar Kaliyamman di Kuala Lumpur yang telah berusia 101 tahun.

Usul untuk menggantung Surendran itu melanggar Peraturan Mesyuarat dan kelaziman Parlimen sekurang-kurangnya menurut empat asas.

Peraturan Mesyuarat 27 (3) menyebut: “Kecuali sebagaimana yang disyaratkan dalam Peraturan Mesyuarat 43 dan perenggan (5) dalam Peraturan Mesyuarat 86 dan 26(1), apa-apa usul hendaklah dikeluarkan pemberitahu tidak kurang daripada empat belas hari terlebih dahulu tetapi jika usul itu dengan nama Menteri, maka memadailah dengan dikeluarkan pemberitahu tujuh hari sahaja terlebih dahulu, dan pula jika Tuan Yang di-Pertua puas hati setelah diterangkan kepadanya oleh seseorang Menteri iaitu bagi faedah orang ramai sesuatu usul itu mustahak dibahaskan dengan seberapa segeranya maka memadailah dikeluarkan pemberitahu itu satu hari sahaja terlebih dahulu.”

Memandangkan kekecualian yang disebutkan dalam Peraturan Mesyuarat 43, 86, dan 26 terpakai untuk kes ini, usul menteri untuk menggantung Surendran memerlukan “tujuh hari sahaja terlebih dahulu, dan pula jika Tuan Yang di-Pertua puas hati setelah diterangkan kepadanya oleh seseorang Menteri iaitu bagi faedah orang ramai sesuatu usul itu mustahak dibahaskan dengan seberapa segeranya maka memadailah dikeluarkan pemberitahu itu satu hari sahaja terlebih dahulu.”

Penggantungan Surendran selama enam bulan itu bertentangan dengan Peraturan Mesyuarat dan kelaziman parlimen menurut empat asas berikut:

  1. Ia tidak mematuhi peraturan yang menetapkan “pemberitahu satu hari” untuk usul menteri, kerana jika “satu hari” ditafsirkan sebagai “24 jam” maka usul terbabit hanya boleh dibahaskan selepas jam 6 petang hari Khamis, memandangkan notis telah diberikan kepada Ahli-ahli Parlimen selepas jam 6 petang hari Rabu.

  2. Tiada “kepentingan umum” yang mengharuskan usul itu dibahaskan selepas notis satu hari diberikan dan bukannya selepas notis tujuh hari. Malah, sehingga sekarang tiada menteri mampu menjelaskan “faedah orang ramai” yang bagaimana memestikan perbahasan dan keputusan dibuat dengan segera tanpa mematuhi peraturan berkenaan “pemberitahu tujuh hari” – apatahlagi untuk memutuskannya tanpa mematuhi notis satu hari.

  3. Pertembungan kepentingan yang jelas kerana Tuan Yang di Pertua yang telah membenarkan usul menteri berkenaan dibahaskan tanpa notis tujuh hari terbabit dalam persoalan yang dipertikaikan, memandangkan usul tersebut mendakwa Surendran “menghina” Speaker.

  4. Prosedur yang sepatutnya diikuti dalam kes ini ialah merujuk Surendran kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan kerana ia membabitkan “kuasa serta hak dan keistimewaan Dewan”, dan Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan perlu menyiasat dan mengemukakan laporan kepada Dewan berkenaan dakwaan yang dibuat terhadap Surendran.
Kenyataan oleh Pengerusi bahawa mana-mana Ahli Parlimen yang tidak berpuas hati dengan perintah Speaker boleh menggunakan Peraturan Mesyuarat 43 untuk mengusulkan supaya keputusan terbabit disemak semula menerusi notis tidak lebih dua hari sama sekali tidak bermakna kerana dalam sejarah Parlimen Malaysia usul sedemikian tidak pernah dibenarkan untuk dibahaskan dalam Dewan. Peraturan tersebut tidak lebih seperti “abjad-abjad mati” yang tidak lagi diamalkan.

Kerana itulah tiada seorang pun Ahli Parlimen Pakatan Rakyat peduli untuk memanfaatkan Peraturan Mesyuarat 43 ketika di waktu pagi hari berkenaan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia secara tidak benar telah mengarahkan Surendran untuk keluar dari Dewan atas alasan beliau masih digantung.

Ini bertentangan dengan Peraturan Mesyuarat 44 (2) yang dengan jelas menyebut bahawa apabila Speaker belum menentukan tempoh penggantungan seseorang Ahli Parlimen, “tempoh tersebut hendaklah disifatkan sebagai selama dua hari termasuk hari kejadian berkenaan.”

Penggantungan Surendran dibuat pada pagi Selasa, 12 November 2013, dan Speaker tidak menyebut tempoh penggantungan, maka tempoh penggantungannya adalah selama dua hari bermula pada hari Selasa – iaitu “hari kejadian berkenaan” – dan Rabu serta tidak lagi berkuatkuasa pada hari Khamis itu! Bermakna, tindakan Speaker mengusir Surendran keluar dewan pada pagi Khamis itu adalah salah dan bertentangan dengan Peraturan Mesyuarat.

Sebuah akhbar (New Straits Times) mendakwa Ahli Parlimen DAP/PR bagi Puchong, Gobind Singh Deo, dan saya telah menghalau Pandikar Amin dari Dewan kerana kami telah turut menuntut penjelasan atas tindakan mengarahkan Surendran keluar dari Dewan pada pagi itu.

Laporan itu sama sekali tidak berasas dan tidak lebih daripada khayalan wartawan terbabit, dan ia menunjukkan betapa rendahnya piawaian profesional dalam negara ini dalam pelbagai bidang kerjaya – termasuk media massa – walaupun telah lebih setengah kurun negara kita merdeka.

Saya bersama-sama beberapa pemimpin PR yang lain – termasuk Azmin Ali (PKR/PR Gombak) dan Mahfuz Omar (PAS/PR Pokok Sena) telah menyarankan kepada Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee agar menangguhkan persidangan untuk membolehkan kedua-dua pihak mencari penyelesaian yang saksama bagi merungkai kebuntuan dan mententeramkan Dewan, sama ada dalam bentuk pemberian notis tujuh hari untuk usul terbabit, atau merujuk Surendran kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan, atau membenarkan usul menurut Peraturan Mesyuarat 43 untuk menyemak semula keputusan Pengerusi dibahaskan .

Tetapi berlawanan dengan kelaziman parlimen, Timbalan Speaker telah enggan menangguhkan persidangan untuk memberikan “tempoh bertenang” bagi membolehkan kesepakatan dibuat oleh kedua-dua pihak dalam Dewan bagi mengatasi kebuntuan.

Sebaliknya Dewan dan negara telah disajikan dengan adegan lawak jenaka apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukry telah membacakan ucapan usul terbabit walaupun tiada siapa dapat mendengar walau pun sepatah kata daripada beliau, memandangkan ucapannya telah tenggelam sepenuhnya dalam kegamatan Dewan.

Adegan itu disambung dengan sesi undian yang juga merupakan lawak jenaka kerana tiada Ahli Parlimen, sama ada dari BN atau PR, dapat mendengar apa yang telah diusulkan oleh menteri itu.

Kerana itulah Ahli-ahli Parlimen PR enggan mengambil bahagian dalam pengundian, kerana bagi mereka usul tersebut bukan saja luar biasa dan tidak wajar, malah ia juga adalah “usul haram”.

Dalam keadaan keadilan telah dinafikan serta prosedur dan kelaziman parlimen telah diabaikan inilah beberapa Ahli Parlimen PR telah melepaskan rasa marah dan kecewa mereka secara beremosi dengan mengoyakkan kertas usul berwarna hijau itu.

Pimpinan PR di Parlimen tidak menyetujui tindakan mengoyak kertas usul itu kerana ia berlaku secara mendadak justeru Ahli-ahli Parlimen PR merasa kecewa apabila keadilan dinafikan serta peraturan mesyuarat dan kelaziman parlimen pula diabaikan dalam meluluskan usul untuk menggantung Surendran selama enam bulan. Cara penggantungan ini dibuat menjadikan Parlimen Malaysia sebagai mahkamah kanggaru dan bahan jenaka dunia.

Kejadian kedua yang memalit noda pada Parlimen Malaysia berlaku pada tengahari Khamis apabila persidangan parlimen disabotaj menerusi tindakan membalas dendam berikutan apa yang terjadi di pagi itu. Tindakan balas ini tiada kena mengena dengan keadilan, integriti prosedur parlimen atau hak rakyat.

Ahli-ahli Parlimen BN, diketuai oleh Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Mokhtar Radin, telah menjalankan konspirasi untuk menimbulkan kekecohan, membawa kepada perbuatan mengoyak usul Ahli Parlimen PKR/PR Kuantan Fuziah Salleh untuk memotong gaji lima penasihat khas Jabatan Perdana Menteri, iaitu Rais Yatim, Noh Omar, Shahrizat Abdul Jalil, Johari Baharom, dan Hasbi Habibollah, kerana mereka mendakwa usul beliau adalah “usul haram” berikutan satu kesilapan fakta dalam ucapan beliau.

Jika Ahli Parlimen BN menganggap usul Fuziah adalah “usul haram”, mereka sepatutnya mencontohi tindakan Ahli-ahli Parlimen PR di sebelah pagi yang telah menolak untuk mengambil bahagian dalam pengundian – dan membenarkan Ahli-ahli Parlimen PR menyokong usul itu.

Tetapi tujuan mereka berlainan, iaitu untuk mensabotaj persidangan parlimen dengan tidak membenarkan usul Fuziah dibahaskan.

Atas sebab itulah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim selepas waktu makan tengahari telah mengemukakan usul supaya Dewan bersurai lebih awal, iaitu sebaik saja usul Fuziah diketepikan, dan bukannya pada jam 5.30 petang seperti kebiasaan – ini adalah bukti jelas bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu telah mengetahui dan membenarkan tindakan sabotaj ke atas usul Fuziah.

Dua kejadian yang berpunca daripada Ahli-ahli Parlimen BN dalam Parlimen Malaysia ini menunjukkan sikap kebudak-budakan mereka yang sanggup mengambil tindakan kasar untuk membalas dendam terhadap Ahli-ahli Parlimen PR tanpa mempedulikan soal salah atau benar sesuatu isu dan tanpa memikirkan kepentingan rakyat dan negara.

Jelas bahawa ini bukan langkah ke arah membentuk sebuah Parlimen bertaraf dunia!

blog.limkitsiang.com