Thursday, November 28, 2013

Mesyuarat pertama Dewan Ulamak PAS Pusat 30 Nov

Saf kepimpinan baru Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) sesi 2013-2015 akan mengadakan mesyuarat pertama mereka pada 30 November ini.

Naib Ketuanya, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, mesyuarat tersebut akan melantik jawatan-jawatan rasmi Dewan Harian iaitu Setiausaha, Penolong-penolong Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan dan Pengarah Pilihan Raya.

"Kita akan bermesyuarat pada Sabtu, 30 November ini di Pejabat Agung PAS, jam 9 malam untuk lantik jawatan-jawatan termasuk pengerusi-pengerusi lajnah," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Pada pemilihan sempena Muktamar PAS kali ini, semua pemimpin utama DUPP menang tanpa bertanding dengan mengekalkan penyandangnya, Datuk Harun Taib.

No comments:

Post a Comment