Penyertaan Malaysia serta negara-negara umat Islam seperti Indonesia dan Brunei dalam Sukan Sea ke-27, boleh disalah tafsir sebagai pengiktirafan masyarakat dunia bahawa penindasan ke atas masyarakat Rohingya itu telah berakhir, demikian menurut NGO Forum Kesedaran Rakyat (Fikir).
Koordinator Fikir Yamin Yahya berkata, sukan tidak seharusnya dicampur aduk dengan isu-isu lain tetapi penindasan yang berterusan terhadap penduduk Islam Rohingya oleh pemerintah Myanmar tidak wajar dilupakan.
Malah katanya, maklum balas yang diterima daripada wakil masyarakat tersebut di negara ini menceritakan kejadian-kejadian yang amat mendukacitakan antaranya, masyarakat Rohingya dihalau keluar dari kampung halaman mereka, tidak boleh memiliki tanah, dinafikan pendidikan bahasa, budaya dan agama mereka sendiri.
"Bahkan pemerintah Myanmar gagal memberi perlindungan keselamatan kepada mereka sehingga berlaku pembunuhan beramai-ramai serta ramai dari mereka yang menjadi mangsa rogol dan penyiksaan," katanya.
Beliau menyerahkan memorandum kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor Iskandar Samad yang akan membawa perkara itu kepada perhatian Menteri Besar negeri itu hari ini di lobi Dewan Setiausaha Kerajaan Negeri, Shah Alam.
Iskandar secara peribadi turut berpandangan Malaysia patut boikot Sukan Sea di Myanmar kerana pernah memboikot Sukan Olimpik di Moscow sebelum ini.
Sukan Sea Ke-27 akan berlangsung di Myanmar pada 11 hingga 22 Disember ini, seperti biasa negara Malaysia akan menghantar satu kontinjen ke sukan tersebut.
Oleh itu katanya, Kerajaan Malaysia serta negara-negara seperti Indonesia dan Brunei hendaklah menggunakan peluang sempena Sukan Sea ini untuk mengingatkan pemerintah negara berkenaan agar membuat perubahan dalam cara mereka melayan masyarakat Rohingya itu.
"Mereka mestilah secara aktif membangkitkan isu ini dan mendesak pemerintah Myanmar agar pemerintah itu berjanji sebelum bermulanya Sukan Sea akan melakukan perubahan tersebut.
"Tindakan-tindakan positif oleh pemerintah mestilah dapat dilihat sebelum berlangsungnya sukan itu," katanya.
Justeru katanya, terdapat puluhan ribu pelarian Rohingya di Malaysia dan sekiranya keselamatan mereka terjamin dan mereka diberikan hak sebagai warganegara maka tidak mustahil mereka akan kembali ke Myanmar.
Tambahnya, kehadiran mereka di Malaysia telah menimbulkan masalah bukan sahaja kepada masyarakat tersebut tetapi kepada masyarakat tempatan.

No comments:
Post a Comment