Thursday, November 28, 2013

Datuk Fauzi Shaari Bekas Calon PAS Larut Masih Di Wad ICU

 

Sebelum ini Orangni ada update mengenai kisah Datuk Fauzi Shaari dirawat di hospital Selayang, tingkat 9B. Nampaknya bekas calon PAS Larut dalam PRU-13 ini masih terlantar diwad ICU dihospital tersebut hingga sekarang.

Datuk Haji Fauzi Shaari (lahir 25 September 1950) adalah bekas anggota polis dengan jawatan terakhir sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia (PDRM). Beliau pernah menjadi Ketua Balai Polis Dang Wangi dan Ketua Polis Selangor.

Setelah bersara dari PDRM Dato Haji Fauzi Shaari telah menyertai PAS dan menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, di satu majlis di Perak pada 20 Mei 2012.

Pada PRU13 yang lalu Dato Fauzi telah bertanding mewakili PAS di Parlimen Larut,bagaimanapun beliau tewas ditangan calon BN.

Marilah kita semua mendoakan semoga Dato Fauzi kembali sembuh dari segala penyakit yang dihidapinya...amin..

orangni.blogspot.com 

No comments:

Post a Comment