Thursday, November 28, 2013

Kerajaan belum kemuka rayuan kes Pulau Batu Putih

Kerajaan belum bercadang mengemukakan rayuan berhubung kes tuntutan ke atas Pulau Batu Puteh, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri, semalam. 
   
Beliau berkata walaupun kerajaan tidak menyatakan komitmen untuk membuat rayuan namun kerajaan sentiasa mengumpul bukti agar dapat dibentangkan dengan baik di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda.
   
"Kita sentiasa mencari maklumat dan dokumen yang boleh menyokong kita... untuk membuat rayuan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Persidangan Undang-undang Kebangsaan 2013 di Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (Ilkap) di sini.
    
Nancy mengulas desakan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) agar kerajaan segera membuat rayuan di ICJ berhubung kekalahan kes tuntutan Pulau Batu Puteh kepada Singapura pada 2007. 
   
Dalam perkembangan lain, Nancy  meminta orang ramai supaya lebih beretika dalam berkongsi maklumat di internet dan media sosial menerusi penyebaran gambar dan video yang sensitif.
   
"Kita kena hormat perasaan keluarga mangsa hingga mereka terpaksa merayu kepada orang ramai supaya menghentikan penyebaran gambar dan video ahli keluarga," katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment