PETALING JAYA: Pemansuhan yuran pendidikan sekolah rendah dan menengah yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2012 bukanlah yang pertama kalinya dalam sejarah kerana perkara itu pernah dimumkan empat tahun lalu.Mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi juga pernah mengumumkan perkara yang sama semasa pembentangan Bajet 2008 dalam usaha menawarkan rakyat pendidikan 100 peratus percuma.
Selain itu, Abdullah pada September 2007 dalam Parlimen turut mengumumkan pemansuhan yuran peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), susulan selepas yuran peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (SPM), dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang dimansuhkan pada tahun sebelumnya.
Namun penghapusan yuran itu tidak sepenuhnya apabila kerajaan kemudiannya mengesahkan pelajar tetap perlu membayar sebanyak RM4.50 bagi sekolah rendah dan RM9 (sekolah menengah) setahun, manakala yuran lain tidak berubah.
Malah sebaliknya ‘yuran tambahan’ dan ‘sumbangan’ diperkenalkan dengan bayaran antara RM23.50 sehingga RM55.50 setahun, bergantung kepada jenis sekolah seperti yang ditetapkan dalam garis panduan Kementerian Pelajaran.
Najib dalam pembentangan Bajet 2012 petang tadi mengumumkan pemansuhan yuran tahunan kokurikulum, kertas ujian dalaman, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia dan Insuran Takaful bagi pelajar sekolah rendah (RM24.50) dan sekolah menengah (RM33.50).
“Buat pertama kalinya dalam sejarah, pendidikan rendah dan menengah disekolah kerajaan adalah disedia dengan percuma. Pemansuhan semua bayaran ini melibatkan peruntukan sebanyak RM150 juta,” katanya yang mendapat tepukan gemuruh oleh ahli Parlimen lain dalam Dewan Rakyat.
Selain itu, Najib turut mengumumkan bantuan persekolahan RM100 kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun 1 sehingga Tingkatan 5 yang berpendapatan rendah dan sederhana.
Peruntukan sebanyak RM530 juta itu membabitkan kira-kira 5.3 juta pelajar seluruh negara dan akan dilaksanakan melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN).
Penyunting novel Rusidah Salim, 41, berkata pemansuhan yuran pendidikan itu mungkin tidak membawa apa-apa erti kerana ibu bapa masih menanggung beban kos lain-lain yuran termasuk yuran kelas dan yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang mencecah sehingga RM80 seorang.
Katanya, mengambil kira peningkatan lain-lain kos yang semakin meningkat termasuk buku latihan beliau terpaksa memperuntukkan sehingga RM400 seorang.
“Biasanya perbelanjaan awal persekolahan mencecah sehingga RM4,000 untuk anak-anak tidak termasuk perbelanjaan untuk pakaian dan peralatan sekolah,” kata ibu kepada lima anak yang masih bersekolah kepada FMT.
Masih kabur
Sementara itu, Naib Pengerusi PIBG Sekolah Rendah Kebangsaan Assunta berkata bantuan RM100 itu masih kabur kerana tidak dijelaskan secara terperinci sama ada ia diberikan secara tahunan, bulanan, atau sebaliknya.
Namun katanya, ia masih menjadi langkah terpuji kerana kerajaan sebelum ini tidak pernah menawarkan apa-apa bantuan dalam bentuk kewangan selain daripada Rancangan Makanan Tambahan (RMT), susu tambahan, suntikan vaksin percuma, dan lain-lain bantuan.
“Ini pastinya dapat meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan,” katanya kepada FMT.
Beliau bagaimanapun berharap agar pemansuhan yuran itu juga dapat dilaksanakan dengan adil terhadap pelajar kurang mampu yang mendapat pendidikan disekolah bantuan modal apabila masih mengharapkan sumbangan orang ramai melalui Lembaga Gereja.



Lepas tu duk sibuk desak orang lain pulak duk laksanakan perintah Allah tapi diri sendiri bagaimana? Kan bahlul namanya tu.
Umno tunjuk hero lagi, konon membela Raja-Raja Melayu. Mereka cuba ambil kesempatan kononnya merekalah mempertahankan Raja-Raja Melayu. Sahlah pemimpin Umno manusia lidah bercabang. Ketika berada keadaan lemas apa sahaja mereka akan lakukan. Jika modal agama boleh dijadikan alat, maka agama akan diperalatkan, jika isu Melayu yang boleh dijadikan modal politik maka mereka akan menggunakan. Sekarang isu kononnya Yang Amat Berhormat Lim Guan Eng mengatakan negeri Johor tidak selamat sehingga Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor murka, maka pemimpin Umno cuba tunjuk hero.
Pemimpin Umno menunggu-nunggu keputusan mesyuarat Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat dengan harapan ini adalah masa untuk melihat ikatan Pakatan Rakyat berkecai. Apabila sidang akhbar yang diumumkan oleh Datuk Seri Anuar Ibrahim, mengenai keputusan perbincangan. Hasilnya amat mengecewakan pimpinan Umno, kerana keputusan yang diharapkan tidak berlaku.
Katanya, ahli MCA mesti mengambil strategi yang sama yang dilakukan oleh DAP dengan merayu kepada masyarakat Cina supaya menolak DAP kerana bersekongkol dengan PAS berhubung cadangan pelaksanaan hukum hudud.
"Musuh-musuh kita bukannya rakan-rakan kita daripada kalangan anggota parti sendiri (komponen BN) sebaliknya, Pakatan Rakyat. Kita harus terus (memberi) fokus kepada objektif kita," katanya sambil berkata MCA akan terus berperanan dalam kerajaan dan menjadi suara masyarakat Cina dalam kerajaan.
"Sebagai pemimpin, kita mestilah sentiasa bersedia untuk mendengar. Anggota politik tidak sepatutnya berpura-pura yang mereka mengetahui segala-galanya.
"Kepimpinan baru MCA juga ingin melihat pendekatan baru ini mendukung sebuah kerajaan yang membina dan berupaya menyatupadukan semua kaum di negara kita. Kita perlu sentiasa meneruskan langkah ke arah jalan tengah yang dapat mendekati generasi muda," katanya.
Mengenai resolusi agar MCA tidak mengambil sebarang pelantikan dalam kerajaan sekiranya prestasi parti tidak memperlihatkan peningkatan berbanding pilihan raya umum 2008, Chua berkata ia semata-mata untuk menghormati suara pengundi iaitu MCA tidak boleh terus menjadi suara kerajaan sekiranya tidak mendapat sokongan daripada rakyat.



"Saya juga menafikan sekeras-kerasnya wanita didalam klip itu adalah diri saya kerana saya adalah satu-satunya staf perempuan yang berkhidmat disini, mingkin kerana ingin mengenakan YB (Yaacob), sekaligus cuba mengaitkan stafnya sekali," katanya dengan nada kesal.


Mengapa Chin Peng (kanan) diwar-warkan tidak sihat? Seorang peguam yang pernah mewakili bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya Chin Peng menafikan bahawa pemimpin pengganas itu dalam keadaan koma.
"Saya rasa kerajaan wajar mengkaji semula dan membenarkan dia kembali kembali ke negara ini dan mematuhi apa yang telah ditetapkan dalam perjanjian itu. Chin Peng adalah seorang lelaki tua yang uzur."










