Peguam Karpal Singh (gambar), yang menjadi peguam pemerhati bagi pihak
Setev, berkata beliau akan mendesak tuntutan itu didengar tidak lama
lagi.
Setev memfailkan tuntutan sivil RM100 juta terhadap Abdul Razak Baginda,
Azilah Hadri, Sirul Azhar Umar dan kerajaan Malaysia pada Jun 2007.
Tuntutan itu ditangguhkan berikutanmemberi laluan terlebih dahulu kepada
rayuan yang difailkan Azilah dan Sirul. Kedua-dua anggota polis itu
dibebaskan hari ini sementara Razak yang dituduh bersubahat dengan
kedua-duanya itu dibebaskan pada Oktober 2008.
“Kita kini akan memanggil perdana menteri dan Musa. Musa tidak boleh bertindak sendiri,” katanya di Shah Alam, hari ini.
Karpal berkata, di sebalik pembebasan Azilah dan Sirul, Setev masih mempunyai jalan menerusi tuntutan sivil.
“Ini akan menjadi peluang membuktikan salah di atas keseimbangan kemungkinan.
“Saya akan mengaktifkan tuntutan itu untuk kes itu ditetapkan bagi pengurusan kes,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, ada kemungkinan tuntutan kes itu kekal ditangguh
berikutan rayuan yang mungkin difailkan Pejabat Peguam Negara berikutan
keputusan mahkamah hari ini.
Ketika ditanya sama ada pembebasan itu akan dibawa kepada tuntutan sivil, Karpal berkata,`ya’.
“Kita masih boleh menggunakan ini untuk menghukum mereka. Kes pemain
bola Amerika, OJ Simpson contohnya. Dia dibebaskan atas tuduhan membunuh
isterinya, tetapi kemudian didapati boleh dihukum menerusi tuntutan
sivil atas kematian isterinya dan diperintah membayar kemusnahan,”
katanya.
“Perkara ini (merujuk kepada kes Altantuya) adalah perkara serius.
Seseorang datang ke negara kita, diletupkan dan akhirnya tidak ada
sesiapa bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku.”
Karpal juga mengkritik pasukan pendakwaan yang mengendalikan kes itu.
“Mereka patut dipertanggungjawabkan atas kecacatan yang berlaku,”
katanya merujuk kepada beberapa perkara yang dibangkitkan panel Mahkamah
Rayuan dalam penghakiman mereka pagi ini.
“Ia menunjukkan mereka tidak melakukan tugas sebaiknya,” katanya.
No comments:
Post a Comment