Sepanjang tujuh tahun, tidak ada sesiapa yang
bertanggungjawab terhadap kematian Altantuya Shaariibuu. Dan tidak ada
siapa pun tahu mengapa si cantik warga Mongolia itu dibunuh pada Oktober
2006.
Keputusan Mahkamah Rayuan hari ini tidak berjaya menutup fail pembunuhan misterinya.
Malahan, keputusan membebaskan bekas ketua
inspektor Azilah Hadri dan bekas korperal Sirul Azhar Umar membangkitkan
lebih banyak soalan.
Siapa bunuh dia? Mengapa?
Dia ditembak mati dan bahan letupan C-4
dikatakan digunakan untuk meletupkan mayatnya hingga berkecai, tetapi
kedua-dua komando polis itu berkata mereka tidak ada akses terhadap
bahan letupan itu. Jadi, apa yang berlaku? Adakah orang lain terbabit?
Dia datang ke negara ini, tetapi tidak akan
rekod imigresen dengan namanya. Adakah dia menggunakan pasport lain?
Bolehkah pihak berkuasa menjelaskan perkara ini?
Semua persoalan ini mungkin boleh terjawab jika saksi seperti DSP Musa Safri dipanggil memberi keterangan.
Pihak pendakwaan tidak memanggilnya dan
mahkamah rayuan hari ini membenarkan rayuan itu kerana saksi material
tidak dipanggil untuk memberi keterangan, termasuk Musa.
Musa mungkin boleh memberi keterangan apa
yang membantu penganalisis politik, Abdul Razak yang memintanya supaya
dapat mengelak diri daripada Altantuya.
Penterjemah itu pernah menjadi kekasih Abdul
Razak tetapi kemudian memburunya dan menyebabkan Abdul Razak terpaksa
mendapatkan perkhidmatan penyiasat persendirian P Balasubramaniam untuk
memerhatikan Altantuya. Apabila Altantuya muncul pada malam malang 18
Oktober 2006 itu, polis menangkapnya dan itu adalah kali terakhir wanita
itu dilihat hidup.
Seterusnya yang berlaku menggemparkan politik
Malaysia. Abdul Razak ditahan kerana ada kaitan dengan pembunuhan itu
dan kedua-dua polis komando Azilah dan Sirul kemudian didakwa atas
pembunuhan Altantuya.
Kaitan antara mereka ialah Musa, yang ketika
itu pegawai khas kepada timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan,
Datuk Seri Najib Razak.
Kini perdana menteri, Najib menafikan
sebarang kaitan terhadap kes itu walaupun Abdul Razak adalah seseorang
yang rapat dengannya. Adakah keputusan hari ini memberikan penutup
kepadanya juga?
Adakah ia juga memberikan penutup kepada
Abdul Razak, yang terlebih dahulu dibebaskan dalam tuduhan bersubahat
membunuh Altantuya. Beliau mengaku mengelak dan mengusir wanita itu,
tetapi tidak minta kematiannya.
Menariknya, pihak pendakwa tidak pernah memfailkan rayuan terhadap pembebasan Abdul Razak.
Tetapi, hari ini pihak pendakwaan berkata,
mereka akan memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah membebaskan
Azilah dan Sirul, kedua-dua tertuduh yang `disembunyikan’ daripada
masyarakat awam sepanjang 159 hari perbicaraan kes itu.
Itu juga sekali lagi menimbulkan lebih banyak persoalan. Dan `endless possibilities’.
No comments:
Post a Comment