Tunang
Azilah, yang mesra disapa Lala ditemubual wartawan di luar mahkamah.
Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 23 Ogos, 2013.Wanita
yang tidak ketinggalan ke mahkamah sepanjang tujuh tahun lalu untuk
memberi sokongan kepada Azilah Hadri yang terpenjara di Penjara Kajang,
menangis mendengar keputusan Mahkamah Rayuan hari ini.
Tunang Azilah yang mempunyai nama sama dengannya, Nor Azilah Baharuddin,
35, dan lebih dikenali sebagai ‘Lala’ memberitahu beliau sering melawat
tunangnya di penjara.
“Dia (Azilah) sangat optimis dan agak yakin akan dibebaskan,” katanya kepada pemberita selepas prosiding mahkamah hari ini.
“Ia adalah tujuh tahun yang sukar dan kami sudah lama menunggu untuk hari ini.
“Sudah banyak yang kami lalui. Tetapi dia sangat positif. Sebab itu saya
percaya cakapnya yang dia akan bebas dan saya menunggunya,” katanya
sambil menangis.
Lala adalah wajah yang biasa dilihat di Mahkamah Tinggi.
Azilah bagaimanapun kelihatan tenang semasa keputusan dibacakan.
Seorang lagi tertuduh, Sirul Azhar Umar bagaimanapun menjeritkan “terima kasih”.
Azilah dan Sirul kemudiannya dibawa keluar oleh warden penjara dan
dibawa semula ke penjara untuk urusan pentadbiran sebelum dibebaskan.
Azilah ditahan di Penjara Kajang sementara Sirul pula di Penjara Tapah.
No comments:
Post a Comment