Friday, August 23, 2013

Sirul, Azilah bebas tuduhan bunuh Altantuya, siapa pembunuh sebenar?

altantuyaTimbul persoalan besar siapa pembunuh sebenar Altantuya Shaariibuu apabila Mahkamah Rayuan pagi ini membebaskan anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, daripada pertuduhan membunuh penterjemah Mongolia itu.
Mengikut laporan media, panel tiga hakim – Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat membuat keputusan sebulat suara membenarkan permohonan rayuan mereka.
Kedua-duanya sebelum ini disabitkan bersalah di Mahkamah Tinggi Shah Alam atas tuduhan membunuh model dan penterjemah, Altantuya, 28, di hutan simpan di Shah Alam pada 2006.
Sebelum ini, bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, yang juga rakan baik Perdana Menteri sekarang yang dituduh bersubahat dengan mereka, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Oktober 2008 selepas pihak pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie terhadapnya.

No comments:

Post a Comment