NGO
hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) hari ini berkata,
mereka terkejut dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan dua
anggota polis atas tuduhan membunuh warganegara Mongolia Altantuya
Shaariibuu.
Pengarahnya Cynthia Gabriel (kanan) berkata, keputusan terhadap kes pembunuhan pada 2006 itu menimbulkan persoalan siapa yang membunuh wanita itu.
"Ia juga melontarkan soalan bagaimana dia dibunuh. Bagaimana letupan C4 diperoleh? C4 bukan boleh dibeli di kedai 7-Eleven," katanya.
Mahkamah Rayuanmembebaskan anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, daripada pertuduhan membunuh Altantuya.
Ini berikutan mahkamah dalam keputusan sebulat suara membenarkan rayuan pasangan itu.
Bagaimanapun, pihak pendakwa akan mempunyai peluang untuk merayu di Mahkamah Persekutuan - mahkamah tertinggi di negara ini.

No comments:
Post a Comment