Noorazilah Baharuddin berkata beliau gembira dengan keputusan mahkamah hari ini, walau tunangnya itu terpaksa mengarungi tempoh yang sukar di penjara.
Katanya, mereka sentiasa berdoa agar Azilah akan dibebaskan dan bersyukur kerana ia berlaku pada hari ini.
Sementara itu, Azilah berkata beliau ingin mengunjungi penjara Kajang untuk mengucapkan terima kasih kepada para warden di situ.
“Saya akan tunaikan fardu Jumaat di sana dan menguruskan beberapa perkara selepas itu,” katanya.
Tertuduh kedua Kpl Sirul Azhar pula bersyukur kerana kesemuanya telah selesai.
“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada peguam, keluarga dan terutama sekali kepada ibu saya yang berdoa agar saya dibebaskan,” kata duda tersebut.
“Saya mahu kembali kepada kehidupan biasa,” katanya.
Sirul dalam keterangan di mahkamah sebelum ini berkata beliau dianiaya dalam kes tersebut dan mendakwa barang kemas milik Altantuya telah diletakkan di pangsapurinya.
Anaknya yang berusia 13 tahun ketika ditemui berkata beliau merindui bapanya dan gembira dengan pembebasan bapanya itu.
No comments:
Post a Comment