Beliau memberitahu pemberita lega Mahkamah Rayuan bersetuju dengan percanggahan yang dibangkitkan oleh peguam.
Hazman dibantu oleh J Kuldeep Kumar, mewakili Azilah dari mula perbicaraan kes pembunuhan itu sehingga proses rayuan.
“Kami berterima kasih kepada Mahkamah Rayuan mendengar hujah kami
tentang notis alibi, senarai panggilan yang tidak konsisten, diari balai
polis dan testimoni saksi polis dalam menuduh anak guam saya berada di
lokasi jenayah,” katanya.
“Ini adalah asas utama dan mahkamah menerima rayuan kami berdasarkan asas ini.”
Sementara peguam Sirul Azhar Umar, Kamarul Hisham Kamaruddin, Hasnal Redzuan Merican dan Ahmad Zaidi Zainal turut tersenyum.
Kamarul mengatakan mahkamah menerima kesemua hujah pembelaan yang dibangkitkan semasa rayuan.
“Hakim menerima alasan tidak memanggil Timbalan Supritendan Musa Safri
(bekas aide-de-camp perdana menteri) menyebabkan terdapat lompong besar
dalam kes pendakwaan,” katanya.
“Dari rekod pihak pendakwaan, Musa memainkan peranan penting dan boleh membantu menjelaskan banyak perkara seperti motif.
“Ini penting untuk kes pendakwaan.”
Kamarul menambah beliau tidak mahu bercakap lebih banyak oleh kerana
pihak pendakwaan akan membuat rayuan berhubung keputusan ini.
“Akan tetapi, kami berpuas hati dengan keputusan hari ini,” katanya.
No comments:
Post a Comment