Friday, August 23, 2013

Detektif Conan: Kes Azilah, Sirul difail ke Mahkamah Persekutuan

Pejabat Peguam Negara akan menfailkan kes Azilah Hadri dan Sirul Azhar ke Makhamah Persekutuan susulan ketidakpuasan hati pihak pendakwa raya berhubung keputusan Makhamah Rayuan hari ini yang membebaskan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) polis itu daripada disabitkan kesalahan membunuh seorang wanita Monggolia, Altantuya Shaariibuu, tujuh tahun lalu.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, walaupun pihak pendakwa raya menghormati keputusan Mahkamah Rayuan namun pihaknya tidak berpuas hati dengan keterangan yang diberi.

“Kita menegaskan bahawa keterangan mereka tidak relevan sama sekali kerana kisah keseluruhan kes pendakwaan telah dibentangkan di dalam perbicaraan.

“Oleh itu, rayuan kepada Mahkamah Persekutuan akan difailkan,” kata Peguam Negara

Kedua-duanya sebelum ini disabitkan bersalah di Mahkamah Tinggi Shah Alam atas tuduhan membunuh Altantuya, 28, di hutan simpan, Shah Alam pada 2006.

Mereka pada ketika itu bertugas di UTK Bukit Aman dan berada dalam pasukan keselamatan di bawah Menteri Pertahanan Datuk Seri Najib Razak

Rayuan mereka telah dibenarkan oleh Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013 di mana sabitan dan hukuman diketepikan.

Mereka berdua telah dibebaskan hari ini.

No comments:

Post a Comment