Sunday, January 12, 2014

Najib jadikan negara kalut, rakyat marhaen ikat perut

KUALA LUMPUR: Selepas pilihanraya dan dengan kedudukan yang kekal rapuh di sisi rakyat, tindakan kerajaan menaikkan harga minyak, menghapuskan subsidi gula, membenarkan kenaikan tarif elektrik dan sebagainya telah menyebabkan berlakunya rantaian peningkatan dalam banyak harga barang, sekaligus menyebabkan kos sara hidup menjadi semakin mahal.

Dalam masa yang sama, kemewahan dan pemborosan pemimpin, terutamanya Perdana Menteri tidak pernah berubah, tulis Shahbudin Husin.

Katanya, kecintaan kepada gaya hidup mewah, memiliki barang-barang mahal, jamuan dan perjalanan dengan kos yang tinggi, terus juga bermaharajalela.

Baginya, seruan berjimat, mengikat perut dan berubah hanyalah ditujukan kepada rakyat marhaen tetapi tidak kepada diri mereka sendiri.

Secara nyatanya, menurut beliau kelemahan kerajaan sekarang adalah berpunca daripada kelemahan yang ada pada Najib sebagai Perdana Menteri.

“Beliau telah gagal melonjakkan ekonomi dan menambah pendapatan negara sehingga yang terfikir di kepalanya untuk mengelakkan kewangan negara terus merudum ialah dengan menaikkan cukai, menghapuskan subsidi dan mengambil lebih banyak wang daripada poket rakyat,” tulisnnya lagi di dalam blognya, semalam.

Tambahnya, tetapi oleh kerana pendapatan negara tidak diseimbangkan dengan kemewahan dan pemborosan, dalam masa yang sama hutang negara terus juga meningkat.

Menurutnya, ketika Najib mengambil alih kepimpinan pada 2009, hutang negara hanyalah RM362 bilion tetapi kini telah meningkat sekali ganda menghampiri RM600 bilion.

Di samping kedudukan ekonomi makin merudum dan gagal dipertingkatkan, kelemahan kepimpinan Najib juga telah menyumbang kepada munculnya pelbagai isu dan kekalutan dalam negara.

No comments:

Post a Comment