KENINGAU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman menasihatkan orang ramai supaya tidak cemas dan panik dengan kejadian tembakan di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu lewat malam tadi yang memecahkan kaca beberapa premis.
Musa yang juga Pengerusi Majlis Keselamatan Negeri berkata orang ramai perlu bertenang kerana polis sedang menyiasat dengan teliti dan memantau keadaan itu.
"Sekarang ini pihak polis sedang membuat siasatan lanjut. Yang penting orang ramai jangan panik tetapi mesti bertenang. Kita menaruh keyakinan terhadap kemampuan pasukan keselamatan untuk menangani masalah itu," katanya.
Musa bercakap kepada pemberita selepas membuat tinjauan terhadap pembinaan jambatan di Kampung Bandukan, Bingkor, di sini hari ini.
Turut hadir pada lawatan berkenaan ialah Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Jauteh Dikun dalam sidang akhbarnya berkata berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati tembakan menggunakan senapang angin berpeluru guli itu dilakukan kumpulan enam remaja nakal bermula jam 11.45 malam.
Jauteh berkata kumpulan remaja yang menaiki tiga buah kereta itu menyasarkan premis bank, hotel, pusat kecantikan, pusat hiburan, pejabat dan restoran makanan ringan sehingga menyebabkan 27 premis di sekitar bandaraya rosak termasuk cermin pecah.
Musa meminta pasukan keselamatan supaya meningkatkan lagi pemantauan mereka di kawasan-kawasan yang dikenal pasti sebagai bermasalah namun yakin anggota keselamatan dapat menyelesaikan masalah berkenaan dengan baik.
"Pihak polis tadi sudah membuat kenyataan (berkenaan kejadian itu). Jadi kita perlu dengar apa yang dikatakan pihak polis.
"Jangan dengar khabar angin atau cerita yang kadang-kadang dilebih-lebihkan. Polis akan membuat kenyataan dari semasa ke semasa," katanya. - Bernama

No comments:
Post a Comment