KUALA LUMPUR: Selangor telah memutuskan untuk membekukan kenaikan gaji untuk menteri besar, exco, speaker dan timbalan speaker.
Keputusan itu dibuat selepas tercetus kontroversi ekoran kenaikan gaji yang diumumkan November lepas.
Keputusan itu dibuat dalam Dewan Undangan Negeri, yang meluluskan kenaikan gaji daripada 87 peratus kepada 373 peratus.
Menurut China Press, pembekuan itu berkuatkuasa sehingga penilaian semula kenaikan gaji itu selesai dibuat.
Bagaimanapun beberapa pemimpin kerajaan negeri yang dihubungi enggan mengulas butiran terperinci keputusan itu.
Sehingga kini tiada sebarang pengumuman rasmi dibuat Pejabat Menteri Besar berhubung perkara tesebut.
No comments:
Post a Comment