Dalam ceramahnya di Sungai Chua di Kajang malam tadi, Anwar bagaimanapun memberi amaran kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) supaya tidak menarik nafas lega dengan keputusan tersebut.
"Sekarang apa jadi? Dengan keputusan mahkamah, saya tidak boleh tanding. Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac ini, ekoran keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan beliau bersalah meliwat bekas pembantunya pada Jumaat.
Anwar juga menggesa penduduk Kajang supaya memilih calon penggantinya.
"Kita kena bagi mesej clear. 11 Mac minta kawan datang masa penamaan calon. 23 Mac saya minta anda semua ajar orang sombong dan korup.
"Anda semua beri sokongan kuat kepada Pakatan Rakyat (PR)," katanya lagi disambut dengan sorakan.
No comments:
Post a Comment