GRO mengenakan pakaian seksi untuk menarik pelanggan yang datang mengunjungi pusat terbabit.
Dalam serbuan jam 7.10 malam itu, empat remaja berusia 16 dan 17 tahun itu ditemui bersama 89 lagi pelayan pelanggan (GRO) warga asing di dalam bilik khas dipercayai sedang menunggu dilanggan lelaki hidung belang yang mengunjungi pusat berkenaan.
Ketua Operasi Deputi Superintendan Mohd Ishak Yaakob berkata, operasi dilakukan Bahagian Kongsi Gelap/ Perjudian/ Maksiat (D7) Bukit Aman dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras dengan kekuatan tujuh pegawai dan 28 anggota berdasarkan kepada maklumat risikan polis.
Katanya, keempat-empat remaja itu dipercayai diperdaya oleh satu sindiket pemerdagangan manusia yang membawa masuk gadis daripada negara jiran untuk aktiviti tidak bermoral di negara ini.
“Selain daripada empat gadis bawah umur ini, kita juga berjaya menahan 89 GRO membabitkan 71 warga Vietnam, 17 warga China dan tiga warga Kemboja serta dua daripada Thailand berusia lingkungan 16 sehingga 30 tahun. (myMetro)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Malaysia sudah jadi negara umat Islam tempat perdagangan manusia untuk tujuan pelacuran dan sejenis dengannya. As-taghfirullah! Pemimpinnya pekak lagi ke?
No comments:
Post a Comment