Saturday, March 8, 2014

MH370 Mas ‘Go Team’ Selamat Tiba Di Beijing


BeritaKELUARGA PENUMPANG PESAWAT MH370

Sepasukan ‘Go Team’ Malaysia Airlines terdiri daripada sukarelawan tiba di Beijing bagi memberikan sokongan emosi dan bantuan kepada anggota keluarga penumpang pesawat MH370 yang dilapor hilang awal pagi semalam. 

Pasukan itu yang berlepas dari Lapangan Terbang ntarabangsa Kuala Lumpur  (KLIA) pada 4.30 petang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing 10.45  malam Sabtu, jurucakap MAS Ignatius Ong memberitahu satu sidang akhbar di sini  1.30 pagi Ahad.
“Kami memantau perkembangan di Beijing kerana kebanyakan penumpang pesawat  adalah warga China,” katanya.
Ong berkata MAS masih tidak menemui sebarang bangkai pesawat setakat ini tetapi usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan.
Beliau berkata pada masa ini MAS bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Malaysia, Vietnam, Singapura dan tentera laut Amerika Syarikat dan China dalam usaha mencari dan menyelamat.
Ong berkata MAS akan menerbangkan anggota keluarga terdekat penumpang ke  lokasi apabila pesawat itu ditemui dan semua perbelanjaan akan ditanggung  syarikat penerbangan itu.

Pesawat MH370 itu hilang daripada radar setelah berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi semalam menuju ke Beijing, China. Ia sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi waktu tempatan.

Sumber link

No comments:

Post a Comment