Saturday, March 8, 2014

Benarkah Nizar menghina dalam tweetnya?

  Kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 awal hari ini menimbulkan tanda tanya kepada pakar penerbangan sehingga menimbulkan spekulasi bencana seperti letupan atau kehilangan pintu fret yang menyebabkan kehilangan pesawat, lapor Sydney Morning Herald.Baca di sini  

  Oleh kerana pesawat tersebut dikatakan yang paling canggih peralatan yang ada padanya dan paling selamat di dunia, malapetaka serta-merta itu hanya boleh berlaku jika sesuatu yang luar biasa berlaku.

  Sehinggakan pakar mengandaikan berlaku 'letupan atau kehilangan pintu fret' , maka tidak hairanlah kalau yang 'bukan pakar' ada yang membuat pelbagai andaian.... 

  Tapi bukanlah andaian bodoh atau lucu sebagaimana yang ditohmahkan oleh kalangan tertentu terhadap tweet Nizar.Ingat, bahawa kecanggihan pesawat tersebut begitu mengujakan sekali hingga mereka menyakini sangat-sangat bahawa malapetaka secara mengejut hanya boleh berlaku jika sesuatu yang luar biasa berlaku.

  Nizar memberi responnya terhadap tweet Piers Morgan yang menyatakan, "Luarbiasa dalam dunia moden begini, sebuah pesawat besar berteknologi tinggi boleh hilang begitu sahaja.Doakan keajaiban kepada 239 penumpangnya."

  Apa peliknya bila Nizar dalam tweet balasnya menyatakan kemungkinan kehilangan pesawat canggih itu yang dianggap agak luarbiasa , dikaitkan dengan teori luar biasa Bermuda Triangle? Dimanakah lucu dan yang dikatakan memalukan seperti laporan disini?
 

  Aku tak tahu samada Nizar pernah baca buku diatas ini. Mungkinkah ? Aku cuma google dan dapat sedikit sinopsisnya berikut :

Klik di sini

  Perhatikan ayat yang bergaris itu dan cuba pula bandingkan dengan laporan mengenai penumpang pesawat yang hilang itu.Saya yakin pelukis-pelukis dan pelukis Khat terkenal dari China itu ada membawa bersama mereka masterpis masing-masing...kejadian aneh atau kebetulan?

  Walau apa pun semua kita yang waras pemikirannya percaya Tweet Nizar itu bukan bertujuan menghina sesiapa pun.Ini jelas boleh dilihat pada tweet beliau yang sebelumnya: 

No comments:

Post a Comment