Pakatan Rakyat memutuskan untuk tidak menghadiri sidang Parlimen pada 11 Mac ini sebagai tanda bantahan terhadap salah guna badan kehakiman dan solidariti untuk Karpal Singh yang dituduh bawah Akta Hasutan.
Kenyataan bersama dari ketiga-tiga setiausaha agung parti anggota Pakatan, memaklumkan bahawa ahli parlimen Pakatan juga akan bersama calon mereka pada hari penamaan calon pilihan raya kecil DUN Kajang, yang berlangsung pada hari yang sama.
Bagaimanapun, mereka menyatakan ahli Parlimen Pakatan akan menghadiri majlis perasmian sidang Parlimen dan Titah Yang di-Pertuan Agong yang akan berlangsung sehari sebelum itu.
Ketetapan tersebut diputuskan oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat hari ini.
"Tindakan mahkamah mengenakan hukuman penjara lima tahun ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan keputusan yang bakal dikenakan terhadap Karpal Singh di bawah Akta Hasutan merupakan bukti terang bagaimana Umno-Barisan Nasional terus menyalah guna institusi kehakiman.
"Umno-Barisan Nasional tidak pernah belajar daripada hukuman rakyat bermula sejak peristiwa 1998, justeru mereka mengulangi kesilapan tersebut ke atas kedua-dua pemimpin Pakatan Rakyat ini," kata mereka dalam satu kenyataan tersebut.

No comments:
Post a Comment