Saturday, March 8, 2014

Dua Berita Mengejutkan Rakyat Malaysia & Negara-Negara Terlibat

Dua berita selang sehari mengejutkan rakyat Malaysia, iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim Ketua Pembangkang, Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Penasihat PKR dijatuhkan hukuman `bersalah` oleh Mahkamah Rayuan pada 6 Mac kerana dikatakan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan enam tahun lepas. Beliau dihukum lima tahun penjara. Keputusan adalah sebulat suara oleh 3 panel Hakim yang diketuai Datuk Balia Yusuf. Dengan keputusan mahkamah Rayuan itu membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi sebelumnya yang membebaskan Anwar dari tuduhan liwat berkenaan dengan menganggap keputusan Mahkamah Tinggi dahulu sebagai khilaf - bahawa sample DNA itu sebagai tercemar.

Keputusan memberi implikasi, menurut Karpal Singh Peguam Anwar, bahawa Anwar Tidak layak mengemukakan borang pencalonan PRK Dun Kajang. Mahkamah menangguh perlaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan dengan jaminan RM10,000 dan hendaklah dibayar sebelum jam 11.00 Isnin hampir. Kedudukan Anwar sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh ditentukan selepas rayuannya di Mahkamah Persekutuan

Sementara itu semangat dan sokongan ahli-ahli PR terganggu seketika apabila mengetahui yang Dato` Seri Anwar tidak dapat bertanding, namun jentera terus berjalan. Berikutan itu segera timbul spekulasi tentang siapakah pula akan mengambil tempat sebagai calon Kajang. Penentuan calon pengganti secara segera lebih mencabar, sejauhmanakan popularnya dan dapat diterima oleh masyarakat dan pengundi di Kajang dan adakah calon baru ini dapat mengatasi populariti calon MCA – Mei Fun ! Sudah tentulah kempen membawa fasa baru dalam memenangi hati pengundi di Kajang.

Satu lagi berita menggemparkan ialah kehilangan pesawat Mas 370 Malaysia dari radar-apabila dimaklumkan melalui berbagai media pada pagi ini, bahawa kapal terbang yang bertolak dari KLIA jam 12.00 malam tadi membawa seramai 239 orang penumpang ke Beijing itu hilang dari radar kawalan jam  2.45 dan sepatutnya sampai di Beijing 6.30 pagi ini. Tetapi tidak sampai.

Pesawat membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal. Penumpang terdiri dari 15 negara – teramai dari Negara Cina 152 orang, Malaysia 38, Australia 7, India 5, Perancis 3 dan beberapa Negara lain antara 2 hingga 1 orang (termasuk Ukrine 2 dan Rusia 1). Malaysia telah menggerakkan asset dari kapalterbang, kapal laut dengan dibantu oleh Vietnam, Amerika, Filipina dan Singapura. Perdana Menteri Dato` Seri Najib Tun Razak dan Pemangku Menteri Pengangkutan Dato` Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn telah membuat sidang akhbar. Setakat ini setelah 24 jam kehilangan kapal terbang yang nahas itu belum diketemui lokasi kemalangan.

Menurut Jurucakap Mas Sofyan Ibrahim, mistri kehilangan pesawat MH 370 Mas itu mengundang beberapa spekulasi yang berkemungkinan berlaku kerosakan alat komunikasi, kerosakan teknikal dan faktor keganasan. Walau bagaimana kita perlu menunggu maklumat dari pihak yang berautoriti tentang sebab kemalangan sebenar.
Mas yang sejarah penerbangannya bermula April 1947 adalah antara syarikat yang mempunyai rekod yang baik. Sebelum ini pernah berlaku kemalangan akibat rampasan pesawat pada 1977 yang terhempas di Kulai Johor  yang mengorban jiwa seramai 100 orang dan di Tawau pada September 1995 akibat terbabas yang mengorbakan jiwa seramai 34 orang. Pemandu Pesawat ke Cina yang mengalami nahas iaitu Keptan Zahari Ahmad Shah (37) adalah pemandu berpengalaman yang mempunyai rekod penerbangan yang baik.

Semua pihak, terutama waris-waris penumpang sama ada di Cina , di Malaysia dan dari mana mereka yang terlibat tentulah sedang menunggu perkembangan lanjut dan kita turut mendoa dan mengharapkan keselamatan dan ketenteraman, khususnya kepada mereka yang terlibat dan yang mempunyai pertalian dengan mangsa-mangsa kemalangan.

Sekian. 

No comments:

Post a Comment