Saturday, March 8, 2014

Isnin ini kemungkinan Karpal Singh pula kena – Kok Wai


Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Tan Kok Wai mengecam tindakan jahat Umno BN memperalat institusi kehakiman untuk mengheret Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke penjara sekali lagi.

Beliau berkata, tindakan itu sememangnya telah dirancang kerana takutkan prestasi PR dan mahu membantutkan usaha ke arah perubahan, laporRoketkini.

“Semalam, kerana tamak kuasa, sejarah lama berulang kembali apabila bakal Perdana Menteri PR, Anwar sekali dihukum penjara selama 5 tahun.

“Isnin ini, berkemungkinan Pengerusi DAP, Karpal Singh pula akan dikenakan hukuman. Ini semua adalah agenda hanya kerana mahu terus merompak harta negara.

“Namun mereka perlu ingat satu perkara iaitu seorang rakyat gugur, beribu akan bangun dan bangkit tumbangkan mereka, bila-bila masa saja,” katanya dalam ucapan perasmian Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke 5 di Setia Alam Convention Centre, di sini hari ini.

Ahli Parlimen Cheras itu turut menegaskan, pimpinan PR tidak boleh leka dan lemas dengan segala ancaman Umno BN, tapi sentiasa bersedia serta meneruskan khidmat memberi bantuan kepada rakyat.

Tambahnya, satu lagi usaha yang perlu dilakukan PR adalah menolak sepenuhnya politik perkauman yang menjadi amalan Umno BN.

“Kita perlu terus menyatu dan menanam iltizam menghapuskan politik berasaskan kaum yang menjadi amalan survival politik pemerintah.

“Perkauman bukan cara kita, cara kita adalah dengan urus tadbir yang baik, tidak mengamalkan rasuah, memperjuang hak dan kepentingan rakyat. Berapa susah sekali pun, kita perlu teruskannya,” tegasnya.

No comments:

Post a Comment