Saturday, March 8, 2014

Pakatan akan boikot sidang Parlimen pada 11 Mac tanda bantahan terhadap Umno, kata Anwar


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) tiba di Konvensyen Pakatan Rakyat ke-5 di Shah Alam hari ini. Beliau berkata ahli Parlimen PR akan boikot sidang Parlimen pada 11 Mac depan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli.Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) tiba di Konvensyen Pakatan Rakyat ke-5 di Shah Alam hari ini. Beliau berkata ahli Parlimen PR akan boikot sidang Parlimen pada 11 Mac depan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli.Pakatan Rakyat (PR) akan memboikot sidang Parlimen pada 11 Mac depan sebagai tanda solidariti membantah tindakan Mahkamah Rayuan mengenakan hukuman lima tahun penjara terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar, ketika berucap dalam Konvensyen Pakatan Rakyat ke-5 di Shah Alam hari ini, berkata, ahli Parlimen pembangkang itu hanya akan menghadiri sidang bersama Yang di-Pertuan Agong pada 10 Mac.
"Saya sendiri akan utus surat kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa majlis yang jemput ketua pembangkang, santap dengan Agong, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak), saya tidak terima sebagai tanda membantah kehadiran Ketua Hakim Negara (Tan Sri Abdul Gani Patail yang hadir sama.
"Buat apa nak suruh senyum hipokrit buat orang yang zalim dan rakus," katanya.
Pada 11 Mac itu, kata Anwar, ketiga-tiga pimpinan daripada DAP, PAS dan PKR akan diarahkan membantah untuk tidak hadir sidang Parlimen sebagai bantahan terhadap kerakusan kuasa, rasuah, sikap untuk terus memperalatkan institusi kerajaan untuk kepentingan Umno dan Barisan Nasional (BN).
"Mereka akan hadir untuk penamaan calon dan hadir memberi sokongan kepada Pengerusi DAP Karpal Singh di mahkamah," katanya.
Anwar berkata, PR tidak lagi akan mengamalkan dasar berlembut dengan BN, sebaliknya akan mempersiapkan perjuangan yang lebih keras terhadap parti pemerintah itu.

No comments:

Post a Comment