Saturday, January 25, 2014

Kalah PRU14 ubat paling mujarab untuk pulihkan Umno


KUALA LUMPUR: Generasi muda dalam parti itu pula merasakan kekalahan pada PRU14 akan datang adalah ubat paling mujarab untuk memulihkan Umno daripada segala penyakit yang sudah sekian lama bersarang di dalamnya.

Demikian tulis blogger politik, Shahbudin Husin di dalam blognya semalam.

Ini ekoran ketika ini semakin ramai yang melahirkan kebimbangan mengenai kelemahan kepimpinan Najib bakal menyebabkan Umno dan BN tewas dalam PRU14 nanti. 

Menurutnya, bagi mereka, kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen, gagal meraih undi popular dan hilang beberapa negeri, ternyata tidak mampu mengubah sikap dan perangai pemimpin Umno untuk menjadi lebih baik dan disenangi rakyat, bahkan majoriti pemimpin yang mempunyai kuasa masih tidak banyak berbeza antara sekarang dengan era 80-an atau 90-an dahulu.

Paling ketara, katanya ialah perubahan yang diharapkan juga tidak berlaku dalam diri Perdana Menteri dan pemimpin kanan parti dan kerajaan. 

Menurutnya lagi, mereka masih menampilkan sikap boros, suka berbelanja mewah, mudah melupakan janji yang dibuat ketika mahu mendapatkan sokongan dan hanya menjadikan rakyat penting ketika sebelum pilihanraya sahaja.

Baca lagi

No comments:

Post a Comment