Saturday, January 25, 2014

Kristian Sabah mahu Najib kekang pelampau Islam


"Najib perlu bertindak sebagai perdana menteri untuk semua rakyat Malaysia dan bukannya untuk sesetengah pihak tertentu sahaja. - Gambar The Malaysian Insider.

Penganut Kristian di Sabah hari ini mencabar perdana menteri untuk menjadi pemimpin semua rakyat Malaysia dan bukan kepada orang Islam sahaja serta bertindak terhadap usaha-usaha campur tangan dalam hal agama dan juga etnik mereka.

Menggesa Datuk Seri Najib Razak bertindak terhadap "politik Islam", penganut Kristian daripada sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Perpaduan Anak Negeri (PAN) Sabah berkata, ancaman kepada mereka datang daripada usaha pengislaman terhadap mereka oleh "ekstremis dari Semenanjung dan elemen sesat di Putrajaya".

PAN berkata berikutan ancaman politik Islam, terdapat peningkatan membimbangkan dalam penukaran agama di kalangan "anak negeri" yang kebanyakannya terdiri daripada Kristian Bumiputera, melalui ugutan, ancaman, penipuan dan sumbangan.

PAN mendakwa dalam keadaan tertentu mereka turut dijanjikan tanah.

Perjumpaan di Ranau pagi ini adalah untuk "mamangkis" hak mereka, kumpulan itu berkata, "Kami tidak melihat orang Islam, dan mereka yang menjadi Muslim secara sukarela sebagai musuh kami.

"Kami sentiasa menganggap mereka sebagai saudara kami tetapi sejak 50 tahun lalu kita menghadapi ancaman daripada pihak pelampau  politik Islam. Beberapa pihak mengelarkannya sebagai genoside (penghapusan bangsa)," kata PAN dalam kenyataannya.

“Mamangkis” adalah seruan kepada masyarakat lama Kadazan Dusun Murut yang digunakan oleh nenek moyang mereka bagi memanggil perhimpunan pasukan pahlawan untuk berperang.  Ia kini digunakan sebagai satu seruan kebangkitan kepada penganut Kristian.

Bagi menyokong dakwaan terdapatnya kadar yang tinggi terhadap usaha penukaran agama itu, PAN berkata pada tahun 2009 Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Ahmadshah Abdullah mendedahkan pada tahun 1970 sehingga 2009, Majlis Agama Islam Sabah (Muis) mencatatkan kemasukan seramai  117,579 orang saudara baru.

Sambil menyifatkan politik Islam sebagai "satu strategi jangka panjang untuk Islam menguasai ", PAN mendakwa ini adalah sebab berlakunya kemasukan Islam secara besar-besaran pada hari tahun baru apabila 36 penduduk kampung di daerah Pitas yang terletak di kawasan pedalaman utara Sabah memeluk Islam tanpa kerelaan mereka.

Penduduk kampung mendakwa mereka diperdaya dengan diberikan wang sebanyak RM100 sebagai tarikan.

"Muslihat ini dengan bangganya diakui oleh sekumpulan Muslim di Selangor yang dikenali sebagai 'Islam & Melayu '," kata PAN.

"Portalnya, www.Islamweb.net berkata penukaran itu dilakukan bersama oleh Yayasan Ikhlas dan Jabatan Hal Ehwal Islam Sabah.

"Sejarah mengajar kita bahawa pembentukan Malaysia adalah idea hebat daripada Perdana Menteri pertama kita, Tunku Abdul Rahman.

"Sejarah juga memberitahu kita bahawa Tunku telah memberikan restu kepada (ketika itu Ketua Menteri Sabah ketiga) Tun Mustapha Harun terhadap penukaran agama anak negeri tidak lama selepas pembentukan Malaysia."

PAN mendakwa dasar penukaran agama  Bumiputera Kristian yang menggunakan bahasa Melayu tetap diteruskan tanpa henti.

PAN juga kecewa dengan sikap berdiam diri Najib mengenai isu-isu agama dan berkata: "Sehingga hari ini, beliau masih mengabaikan rayuan kami untuk tindakan dan keadilan dalam menghadapi pelampau.

"Sikap berdiam diri beliau sudah dianggap sebagai sokongan kepada puak pelampau yang ingin meneruskan politik Islam melalui cara menindas.

PAN juga mempersoalkan sikap berdiam diri Najib mengenai tuntutan mereka bahawa Putrajaya, melalui Jabatan Pendaftaran Negara ( JPN) mempunyai dasar untuk mengklasifikasikan semula penganut Kristian anak negeri yang mempunyai  “bin” atau “binti” pada nama sebagai orang Islam dalam MyKad mereka.

"JPN hanya akan membetulkan data itu jika orang-orang Kristian terbabit boleh membuktikan kepada Mahkamah Tinggi Syariah bahawa mereka bukanlah Islam sebelumnya, " katanya.

PAN berkata, Sidang Injil Borneo (SIB) Sabah  menyenaraikan 162 kes seumpamanya dan peguam mereka telah menyerahkannya kepada JPN untuk tindakan pembetulan empat tahun lalu.

PAN mendakwa jawapan JPN adalah,"kesemua 162 fail hilang dalam pejabat mereka ".

Kata PAN, sehingga fail ditemui, 162 Kristian Bumiputera berkenaan secara rasminya adalah orang Islam.

Memetik satu lagi contoh yang dilakukan pihak pelampau politik Islam, PAN berkata Majlis Gereja Sabah dan juga Gereja Roman Katolik Sabah mengadu kepada Kementerian Pendidikaan tahun lepas berhubung rancangan rahsia untuk menukar agama pelajar Kristian bawah umur di kediaman Kolej Matrikulasi Labuan kepada Islam.

"Sehingga kini tidak ada tindakan yang diambil ke atas aduan tersebut. Kami sudah mengemukakan fakta-fakta tetapi  apa yang kami dapat adalah sikap berdiam diri perdana menteri .

"Kami tidak menyerang beliau secara peribadi tetapi kita mempersoalkan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia.

"Najib mesti membuat pendirian dan diam bukan pilihan. Najib mesti memimpin untuk meyakinkan kami bahawa beliau bukan sahaja perdana menteri untuk orang Melayu tetapi untuk semua rakyat Malaysia.

"Semua mesti dilayan dengan adil dan mempunyai kebebasan untuk mengamalkan kepercayaan  pilihan mereka.

"Kami mengakui Islam adalah agama persekutuan  tetapi  bukan pengamal pelampau politik Islam, yang pastinya tidak dibayangkan pihak yang merangka Perlembagaan Persekutuan."

sumber"

No comments:

Post a Comment