KUALA LUMPUR: Telahan Pakatan Rakyat selama ini mengatakan kenaikan harga barang berlaku kerana sikap boros dan kegagalan kerajaan dalam menguruskan ekonomi negara adalah tepat.
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad berkata, kemarahan rakyat yang membuak-buak hari ini terhadap kenaikan harga barang ternyata telah mencipta sejarah tersendiri pada hari ini.
Malah katanya, seluruh rakyat negara ini diperingkat akar umbi bukan sahaja penyokong Pakatan Rakyat bahkan penyokong Umno BN turut merungut dengan kenaikan harga barang ini.
"Nampaknya Najib Tun Razak tersepit dengan isu ini. Beliau seolah-olah hilang punca sehinggakan hendak turut ke pasar-pasar kononnya hendak melihat harga barang di pasaran," katanya kepada Harakahdaily.
Bagi Idris tindakan Perdana Menteri itu hanyalah bersifat kosmetik sahaja kerana dengan turun padang ianya tidak akan menyelesaikan masalah kenaikan harga barang.
"Sepatutnya selesaikan dari sudut asas iaitu kembalikan semula subsidi yang dipotong iaitu subsidi minyak yang memberi kesan berantai yang melibatkan kenaikan harfa semua jenis barang.
"11 cadangan yang dicadangkan sebelum ini juga bersifat kosmetik . Soal ketirisan dan boros itulah yang patut ditangani dan diselesaikan," katanya.
Justeru katanya, Najib perlu bertindak pro kepada rakyat dan mengambil pendekatan yang bijak antaranya memperbaiki kelemahan sebagaimana yang dilaporkan oleh Laporan Ketua Audit Negara.
Terdahulu, Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin turut membidas kerajaan yang boros dan tidak bijak menguruskan negara menjadi punca berlakunya kenaikan harga barang.
No comments:
Post a Comment