Tuesday, December 24, 2013

Pengerusi Turun akan disiasat polis pagi ini

Pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) Azan Safar akan akan disiasat polis di bawah seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi jam 10.00 pagi ini.

Akta tersebut dibaca bersama seksyen 124C Kanun Keseksaan.

Azan ditahan reman kira-kira jam 12 tengah malam tadi ketika sedang makan bersama kawan-kawannya di sebuah restoran di Kampung Baru.

Sehubungan itu, sekumpulan anak muda akan bersolidariti untuk Azan di hadapan IPD Dang Wangi bermula jam 9.00 pagi ini.

"Mohon terus bersolidariti berikan sokongan. Perjuangan tida kakan berhenti di sini," katanya melalui mesej pesanan ringkas lewat tengah malam tadi.

Azan sebelum ini melancarkan Turun di hadapan Kompleks Membeli-belah Sogo sewaktu pelancaran Turun.

Turun merancang untuk mengadakan himpunan sewaktu sambutan ambang tahun baru 2014 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur sebagai protes kenakan harga barang dan perkhidmatan.

No comments:

Post a Comment