Tuesday, December 24, 2013

Macai Gomen 47%: PERKASA akui terima bantuan MKN, BTN, JASA


NGO pendesak PERKASA mengakui bahawa tiga agensi utama kerajaan – Majlis Keselamatan Negara (MKN), Biro Tatanegara (BTN) dan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) menyalurkan bantuan kepada pertubuhan berkenaan bagi menjayakan programnya.

Setiausaha agungnya, Syed Hassan Syed Ali berkata bantuan yang disalurkan oleh agensi kerajaan kepada pertubuhan itu bagaimanapun tidaklah sebanyak mana berbanding dengan usaha yang dijalankan untuk menarik sokongan golongan Melayu kepada BN.

Syed Hassan berkata demikian bagi menjawab kenyataan anggota Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Isa Samad yang tidak yakin dengan kemampuan PERKASA untuk mengantikan Umno dalam membela nasib orang Melayu.

Beliau berkata, Isa membuat kenyataan tidak bertanggungjawab apabila menyatakan bahawa PERKASA sendiri pun banyak menerima bantuan Umno selama ini.

“Perkasa harap Tan Sri Isa dpt senaraikan jumlah bantuan diberi kpd Perkasa utk jayakan program2 selama ini. Berapa banyak? Berjut-jutakah? Berbilion-bilionkah?,” katanya dalam satu kenyataan.

“Begitu juga dakwaannya bahawa agensi-agensi kerajaan bantu PERKASA. Kami tak nafikan ada agensi seperti MKN (Majlis Keselamatan Negara), BTN (Biro Tatanegara) dan JASA (Jabatan Hal Ehwal Khas) bantu PERKASA untuk jayakan beberapa program terpilih yang mana pada PERKASA tidak lebih yg diberi kepada NGO lain termasuk NGO kaum Cina dan India.

“Bantuan seperti pemberian kepada anak kecil itu usahlah diungkit-ungkit. Kalau nak banding apa yang PERKAS dah laksanakan untuk menarik sokongan balik Melayu kepada BN, apalah sangat jumlah bantuan yang agensi itu beri,” katanya.

No comments:

Post a Comment