Tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung permit penerbitan akhbar mingguan berbahasa Inggeris The Heat sangat tidak wajar, kata tokoh akademik dari Amerika Syarikat.
Janet E. Steele, Profesor dari School of Media and Public Affairs, George Washington University berkata, tindakan penggantungan itu suatu tindakan yang memeranjatkan dan mengundang pelbagai persepsi negatif masyarakat khususnya pengamal media sendiri.
"Ini satu tindakan yang amat mengejutkan dan bagi saya, tindakan ini sangat tidak wajar kerana akhbar The Heat baru sahaja beberapa bulan beroperasi," kata beliau ketika ditemui di pejabat editorial Harakah, dekat sini hari ini.
The Heat sebelum ini dilaporkan mendapat surat tunjuk sebab bertarikh 2 Disember, dipercayai selepas menyiarkan artikel bertajuk “All Eyes On Big Spending PM Najib” di muka depan akhbar itu.
Bagaimanapun, KDN menafikan penggantungan itu ada kaitan dengan artikel yang dimaksudkan sebaliknya berkata, permit penerbitannya digantung kerana mereka melanggar syarat-syarat yang ditetapkan.
Prof Janet juga menjangkakan penggantungan permit akhbar tersebut akan mengundang kemarahan pengamal media khususnya wartawan muda yang sangat aktif dalam perbincangan di media sosial seperti laman Facebook dan Twitter.
Minggu lalu, sekumpulan wartawan portal-portal berita utama bersama sokongan beberapa aktivis masyarakat menubuhkan kumpulan tidak rasmi bagi membantah tindakan kerajaan menggantung permit penerbitan akhbar tersebut.
Gerakan yang diberi nama Gerakan Media Marah (Geramm) menyeru semua pengamal media termasuk penulis sambilan dan penulis kolum serta kakitangan-kakitangan syarikat-syarikat media agar menyertai kempen mereka bermula 21 Disember bagi membangkitkan isu pencabulan serius kebebasan media di negara ini.
"Ya, saya mengikuti perkembangan GERAMM dan saya rasa kempen ini akan mendapat sambutan dari teman-teman wartawan khususnya mereka yang sentiasa mengikuti laman sosial Facebook dan sebagainya," katanya yang selalu diundang memberikan ceramah berhubung kewartawanan naratif di universiti dan organisasi media tempatan.
GERAMM turut menyeru segenap lapisan masyarakat khususnya penulis-penulis blog, aktivis-aktivis mahasiswa, pengguna media sosial dan ahli-ahli politik, termasuk pemimpin-pemimpin Barisan Nasional agar terus menyuarakan bantahan mereka kepada KDN agar menarik balik tindakan penggantungan tersebut.
Sebagai memulakan kempen bantahan ini, GERAMM menganjurkan kempen selama sejam di lama sosial Facebook dan Twitter, pada 9.30 malam bermula Isnin dengan memakai hashtag #theheat.
Mereka juga menyeru agar pengamal media memakai pakaian merah setiap hari Jumaat sebagai simbol solidariti.
Selain menganjurkan forum, GERAMM juga akan menjalankan kempen untuk menghantar petisyen kepada KDN selama dua minggu bagi mendesak kerajaan mengembalikan hak penerbitan kepada The Heat seperti biasa.
Sementara itu, dalam pertemuan yang sama, Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman berkata, KDN tidak akan memberikan alasan spesifik yang boleh menimbulkan polemik berpanjangan, apatah lagi untuk mengaitkannya dengan laporan yang boleh 'menikamnya' balik.
"Itulah juga yang saya alami apabila KDN mengharamkan penerbitan majalah Detik dan Wasilah pada tahun 2000, selain memberi amaran keras kepada akhbar mingguan Cabaran. Alasannya, kami tidak mengikut mock-up penerbitan semasa mengemukakan permohonan permit dahulu.
"Walhal, yang 'digeruni' ialah paparan wajah jelik dan hodoh elit penguasa Umno-BN, yang tamak kuasa, takbur, membazir, korup, merompak khazanah negara, menghanguskan wang pembayar cukai," katanya.

No comments:
Post a Comment