Antara lain kain rentang itu berbunyi “Say Yes To Ketuanan Rakyat Say No To Royal” yang didakwa sengaja diletakkan pihak tertentu bagi memberi gambaran buruk terhadap Pakatan Rakyat.
Satu lagi kain rentang berbunyi “AMK Selangor menolak campurtangan istana dalam pemilihan SUK: Lawan tetap Lawan”
Laporan itu dibuat kira-kira pukul 2.30 petang tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Seksyen 11, Shah Alam.
Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua yang turut hadir ketika laporan polis itu dibuat berkata pimpinan Pakatan Rakyat mengutuk sekeras-kerasnya tindakan menggantung kain rentang palsu itu.
“Kita mengesyaki ia dilakukan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang mahu memburukkan nama Pakatan Rakyat di Selangor,” kata Tian.
Mereka yang berbuat begitu, kata Tian Chua, adalah pengecut yang tidak berani berdepan dengan KEADILAN dan cuba melaga-lagakan pimpinan Pakatan Rakyat di Selangor dengan pihak istana.
Tian Chua menggesa pihak polis segera menyiasat dan bertindak secara adil menyelesaikan kes kain rentang palsu itu secepat mungkin.
Pakatan Rakyat Selangor awal hari ini menafikan sekeras-kerasnya tindakan menggantung kain rentang itu yang didakwa menolak campurtangan sultan dalam pentadbiran kerajaan negeri, terutama dalam isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ketika bercakap dalam sidang media hari ini berkata terdapat sekurangnya tiga kain rentang yang ditemui di sekitar seksyen 13 Shah Alam.
Salah satunya berbunyi “Di mana keadilan Sultan, dalam isu pelantikan SUK siapa lebih berhak?”.
Kain rentang yang terdapat lambang bendera ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat turut tertera perkataan ‘Biro Penerangan Selangor.
No comments:
Post a Comment