Tuesday, January 11, 2011

Sistem demokrasi berparlimen memerlukan keikhlasan

Oleh Abu Firdaus
Ketika Perikatan Umno-MCA-MIC merundingkan bagi pihak rakyat Malaya untuk negara ini mencapai kemerdekaan, ia dapat berbuat demikian atas mandat yang diperoleh melalui pilihan raya tahun 1955 di mana rakyat secara penuh mengundi menyokong parti itu.
Dalam Perlembagaan Persekutuan Malaya dinyatakan bahawa sitem negara ini adalah berbentuk demokrasi berparlimen. Setiap parti yang memerintah perlu bersedia menyerahkan kuasanya apabila penggal berakhir.


Mereka hanya bertindak secara kerajaan sementara dan tidak boleh menggunakan jentera kerajaan untuk bertanding. Ketika itu semua parti adalah setaraf dan setelah pilihan raya, maka kerajaan perlu dibentuk daripada parti yang menang. Secara terhormat parti yang kalah perlu berundur.
Maka sepanjang penggal pentadbirannya, kehendak rakyat mesti dihormati di mana kerajaan baru tidak wajar disabotaj. Apa yang boleh dilakukan adalah dibangkang tetapi tidak disabotaj atau dirasuah dan dibeli untuk melompat parti.
Sememangnya permulaan penubuhan negara ini pun tidak benar-benar demokratik. Pada tahun 1955, ketika mana Perikatan memperoleh mandat, seolah-olah tidak ada pencabar. . Pada masa itu Darurat. Maka pilihan raya diadakan ketikan darurat atau sebenarnya Perang Saudara antara pihak yang dipimpin oleh komunis dengan kerajaan pimpinan British. Parti ayng bercanggah dengan kepentingan British telah diharamkan atau pemimpin-pemimpinnya ditahan. Antaranya ialah Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan Hizbul Muslimin.
Pada masa itu, seseorang boleh menjadi ahli kedua-dua pertubuhan iaitu PAS dan Umno. PAS bermula dengan nama Persatuan Islam Se Tanah Melayu. Hanya apabila diumumkan bahawa pilihan raya akan diadakan pada tahun itu, maka tergesa-gesa PAS mendaftar diri sebagai Parti Islam Se-Tanah Melayu (PMIP). Lambang awal ialah tangan terbuka berwarna merah.
Dalam keadaan ini, PAS tidak dapat memberi tentangan yang sewajarnya.dan ia hanya menang satu kerusi iaitu di Krian, Perak sementara Perikatan menyapu bersih. Atas mandat inilah Perikatan berunding untuk kemerdekaan. Sebelum berunding dengan British, mereka bermesyuarat dengan Parti Komunis Malaya (PKM). Walaupun parti itu diharamkan tetapi ia dilihat sebagai benar-benar wujud dan patut dihadapi untuk rundingan.
Tetapi rundingan itu gagal. Kerajaan tidak mahu terima PKM didaftar sebagai politik sah dari segi undang-undang, maka perang diteruskan. Justeru semasa pilihan raya tahun 1959, engara masih dalam peperangan, dan ketakutan. Tetapi kali ini dua negeri yang ditadbir Perikatan jatuh ke tangan PAS: Kelantan dan Terengganu. Sukar bagi Perikatan untuk menerimanya, maka akhirnya seorang ADUN PAS lompat dan jatuhlah kerajaan PAS Terengganu.
Selepas merdeka, Darurat pun tamat pada tahun 1960. Hujah PKM memperjuangkan kemerdekaan dapat ditumpulkan. Tetapi British masih mempunyai kuasa yang kuat. Keadaan kuasa British ini membawa hingga kepada peletakan jawatan menteri pertanian, Aziz Ishak yang keluar Umno dan menubuhkan Parti Konvensyen Kebangsaan (NCP).
Atas dorongan British, menurut Said Zahari, Utusan Melayu dikuasai oleh Umno. Itupun berlaku pada tahun 1960.
Walaupun PKM sudah lemah di Malaya tetapi ia bertambah kuat di Singapura. Ini membimbangkan British. Baginya untuk mengalahkan PKM di Singapura ialah dengan memasukkannya ke dalam Malaya. Tuinku Abdul Rahman kena tekanan teruk. Dia tdiak ada pilihan dalam menghadapi tekanan British. Hujah British bahawa SIngapura jadi komunis akan menyusahkan Malaya ada benarnya. Tetapi jika ia menerima Singapura masuk, Perikatan akan kalah. Orang Melayu yang bimbang dengan bilangan orang Cina Singapura akan menolak Umno.
Justeru British mencadangkan supaya Sarawak, Brunei dan Sabah turut dimasukkan ke dalam Malaya, iaitu untuk menyelamatkan Umno. Maka timbullah gagasan Malaysia. Kepentingan Umno dapat diselearaskan dengan kepentingan British. Semua parti pembangkang termasuk PAS pimpinan Burhanuddin AL-Hilmy dan NCP pimpinan Aziz Ishak menolaknya. NCP beserta Parti Buruh pimpinan Pak Sako dan Parti Rakyat pimpinan Ahmad Boestamam menubuhkan Front Sosialis.
Sukarno pula melancarkan Konfrontasi kerana menganggap gagasan Malaysia ini sebagai projek Amerika Styarikat dan Britih mengepung Indonesia. Dia menganggap projek Malaysia sebagai provokasi terhadap Indonesia. Maka mudahlah kerajaan Malaysia menahan Burhanuddin, Boestamam, Pak Sako dan Aziz Ishak. Semuanya dianggap sebagai berbahaya kepada negara.
Selepas Malaysia ditubuhkan dan pilihan raya tahun 1964 diadakan, maka Perikatan pun menang besar. Dalam keadaan itupun Kelantan gagal diambil oleh Umno. Tetapi Umno tidak selesa dengan Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah Singapura. Maka apabila PAP turut serta dalam pilihan raya di Malaya pada tahunj 1964, ia sebagai tanda bahawa Singapura akhirnya dikeluarkan daripada Malaysia, tanpa persetujuan British..
Begitu juga dengan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP). Tidak ada parti selain daripada Perikatan yang diizinkan secara rela mentadbir negeri. Tetapi keadaan ini benar-benar berlaku dalam pilihan raya tahun 1969. Pulau Pinang jatuh pada Gerakan dan Selangor hampir jatuh kepada DAP. .
Maka penubuhan Barisan Nasional membolehkan Perikatan menguasai semula bukan saja Pulau Pinang tetapi juga Kelantan melalui kerjasama dengan Gerakan dan PAS. Untuk Selangor, diwujudkan Wilayah Persekutuan supaya Kuala Lumpur dikeluaerkan daripada negeri itu bagi membolehkan ia terus diperintah oleh Umno.
Apabila USNO bertindak bebas di Sabah, maka dianjurkan penubuhan Parti Berjaya. Apabila Berjaya berpecah dan melahirkan Parti Bersatu Sabah (PBS), BN tidak boleh menerima parti yang bukan sekutunya, maka UMNO dibawa masuk ke Sabah yang akhirnya menang pilihan raya di situ.
Apabila PAS menang Kelantan pada tahun 1990, pelbagai usaha menjatuhkan kerajaan negeri. Ia tidak jatuh. Tetapi apabila Terengganu jatuh pada PAS, dengan manfikan royalty minyak dan usaha lain, kerajaan PAS Terengganu tidak dapat bertahan dalam pilihan raya umum tahun 2004.
Setelah kalah di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Perak dan Selangor, maka kerajaan-kerajaan negeri Pakatan rakyat tidak pernah diizinkan secvara ikhlas untuk mentadbir secara sendiri. Pelbagai tekanan dilakukan yang akhirnya menyakiskan Perak dahulu jatuh. Maka tidak hairanlah Selangor menjadi sasaran selanjutnya.

No comments:

Post a Comment