Ketuanya, Zuraida Kamaruddin berkata jika benar Najib ikhlas memperjuangkan agenda ‘Rakyat Didahulukan’ yang diperkenalkannya, beliau perlu menyambut cabaran itu.
“Malahan, saya juga mencabar agar pemimpin Umno-BN lain termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk berani ke hadapan bersama menyahut cabaran ini dan bersedia untuk debatkan perkara ini secara terbuka dan biar rakyat yang menentukan mana yang terbaik,” kata Zuraida.
Mengulas tindakan Najib yang membidas program Pakatan rakyat itu ketika berucap kepada penjawat awam di Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya semalam, Zuraida menyifatkan kenyataan itu memperlihatkan kelemahan Najib umpama ‘ayam jantan tiada bertaji’.
“Saya juga menyelar tindakan PM Najib sendiri yang telah membuat kenyataan biadap tersebut di hadapan kakitangan awam kerajaan, yang membuktikan bahawa PM Najib sendiri tidak bersikap professional dan tidak menghormati hak kebebasan memilih dan membuat penilaian setiap rakyat,” kata Zuraida yang menyifatkan tindakan itu sebagai ‘hina’ dan mengaibkan’.
Menurut Zuraida, ketika ini kerajaan berterusan membazirkan wang rakyat dengan pembayaran RM5.1 juta kepada Pengerusi Syabas, RM65 juta untuk memperbaiki ‘tandas’ di Sri Perdana, RM5 bilion untuk Menara Warisan, RM40 bilion untuk MRT, RM26 bilion untuk pembinaan KLIFD dan pembaziran lain.
“Untuk rekod, gaji Pengerusi Syabas adalah lebih tinggi berbanding gaji CEO Industrial and Commercial Bank of China (ICBC) bank terbesar di dunia, yang hanya dibayar RM1 juta setahun,” kata Zuraida.
Malahan, bukan sahaja Pengerusi Syabas, kebanyakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) lain di Malaysia menerima gaji yang amat lumayan dan tidak selayak dengan kemampuan, kelayakan dan pencapaian mereka.
“Jika Najib tidak mahu negara bankrap, segera kaji kembali semua kedudukan, kelayakan, pencapaian dan pemberian gaji serta faedah yang lumayan, melampau dan membazirkan kepada CEO-CEO ini,” kata beliau.
No comments:
Post a Comment