Bercakap dalam sesi pembukaan Konvensyen Pakatan di Ampang hari ini, Anwar berkongsi pandangan dengan Naib presiden PAS Husam Musa bahawa pemimpin seperti itu hakikatnya membawa suara Umno dalam Pakatan Rakyat.
"Ada di kalangan orang bicarakan, oh, kita lihat ke depan. Saya ingatkan kepada mereka kalau mereka kekal dalam Pakatan, lihat ke depan itu tidak mungkin tanpa memahami kenyataan sejarah, dulu dan sekarang.
"Orang yang membawa bicara, lihat ke depan saja sama dengan dibicarakan Husam, suara itu suara Umno dalam Pakatan dan ini (kita) harus beranikan diri untuk menolak dan menangkis.
"Penderaan terhadap pimpinan rakyat tanpa kecuali diteruskan walaupun kerajaan ini kerajaan minoriti... Tak kiralah apa sistemnya, kita tidak boleh menafikan majoriti rakyat tolak Umno dan BN. Sistem itu benarkan mereka terus berkuasa.
"Tapi jangan kita cepat mengalah. Ini disebutkan dalam politik sebagai syndrome fatigue (sindrom kepenatan). Kepenatan. Sindrom kepenatan, bila menjangkiti kita dalam Pakatan, dia mulalah mencari ruang mengurangkan kepenatan atau menambah pendapatan," katanya. [sumber .]
Petikan di atas adalah sebahagian daripada ucapan Anwar di Konvensyen Pakatan Rakyat kelmarin 23 Jun 2013 di Ampang.
Sinis nampaknya bro Anwar kita......kami akar umbi penyokong PR tertanya-tanya jugak siapa hamba Allah itu?......semacam perli kat Azmin je...ke perlu TG Abdul Hadi Awang?
Jangan perasan hanya kita saja yang mahu perubahan......semua orang dalam PR mahukan perubahan......jangan menidakkan usaha mereka yang mahukan perubahan.....mungkin mereka tidak se'laju' anda....mungkin mereka tidak se'berani' anda.....tapi mereka yang anda sangkakan itu mempunyai cara mereka tersendiri walaupun hajat dan tujuan kita sama.mungkin mereka tidak sehebat 'lakonan' anda seperti gambar-gambar di bawah.....ketika anda sedang menikmati juadah......mereka diluar sana berkorban untuk anda......ada sesetengah sahabat di fb mengeluh...sekurang-kurangnya anda men'jauhi dulu 'sahabat-sahabat lama dalam Umno' dulu sekurang-kurangnya untuk hari ini dimana mereka di luar sana menggadai nyawa untuk anda.
[sumber .]
No comments:
Post a Comment