Jelasnya, segala permohonan untuk menyertai briged ini dibuat di Pusat Perkhidmatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Dun) atau Penyelaras KADUN.
Wanita berumur 18 tahun serta bermestautin di negeri ini digalakkan menyertai briged ini.
"Sekarang ini kita baru ada 314 orang yang berdaftar sebagai Briged Wanita di hari perasmiannya. Saya yakin ianya akan bertambah secara berperingkat-peringkat sehingga mencapai sasaran kita iaitu 10,000 orang, " tegasnya dalam sidang media selepas merasmikan Briged Wanita di Auditorium A, KOMTAR semalam.
Kata beliau, selain dari membantu secara turun ke kampung- kampung mencari warga emas, ibu tunggal, anak emas dan seumpamanya mereka juga dapat bertanya khabar golongan wanita yang masih belum didekati.
Briged Wanita juga akan memfokuskan kepada satu lagi tugasan baru iaitu mendaftar wanita yang berumur 35 tahun ke atas untuk tujuan 'Ibu Emas' yang menjadi surirumaah sepenuh masa berumur 60 tahun ke bawah.
Perkhidmatan percuma itu adalah sebagai satu langkah penghargaan dan mengiktiraf sumbangan wanita yanag bekerja dalam rumah secara tidak formal, kepada kesejahteraan dan kemakmuran sosio ekonomi Pulau Pinang.
Menurut Lim lagi, ia adalah program sulung bagi pengiktirafan golongan terlibat dengan menumpukan pendaftaran kepada mereka yang menjalankan perniagaan kecil kecilan untuk menerima mikrokredit kerajaan negeri dibawah Projek Titian Saksama Rakyat (PTSP) PDC.
"Melalui kaedah ini Briged Wanita lebih berpeluang menerangkan kepada golongan terbabit tentang dasar dan program kerajaan negeri yang telah dan akan dilakukan.
"Tidak dinafikan golongan sasaran tidak terdedah dengan perkembangan semasa tambahan lagi wanita lebih tahu apa yang diperlukan oleh wanita, " kata beliau.
Briged Wanita juga jelas Lim, akan didedahkan dengan corak kepimpinan serta menggalakan wanita tampil ke depan berurusan sebagai pendedahan untuk membina kekuatan 'network' wanita lain dalam komuniti bagi melahirkan lebih ramai kepimpinan wanita yang lebih berkalibar.
Hadir sama dalam program berkenaan ialah , Timbalan Ketua Menteri 1, Haji Abdul Rashid Hasnun, Exco Belia dan Sukan, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Komuniti Negeri, Chong Eng dan Pengerusi Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Agama, Datuk Haji Abdul Malik Kasim.
No comments:
Post a Comment