By Shen Yee Aun
1.0 Pemimpin
Pakatan Rakyat memerlukan pemimpin yang berpengaruh dan mampu memberi kesan kepada landskap politik dan juga mampu menjadi faktor pemangking dan perangsang kepada semangat jentera Pakatan Rakyat di Selangor.
Dicadangkan Dato Seri Anwar Ibrahim memilih kawasan Parlimen di Selangor yang selamat untuk bertanding. Jika tidak maka sekurang-kurangnya perlambangan Anwar diganti oleh isterinya Datin Seri Wan Azizah.
Keadaan ini akan memberi semangat kepada rakan-rakan, pemimpin, penyokong, golongan neutral dan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat.
Kita perlu ingat semangat jentera Barisan Nasional dan juga kesan psikologi kepada rakyat apabila Najib sebagai Perdana Menteri sendiri menjadi Ketua UMNO/BN di Selangor. Keadaan ini membuktikkan kepada kita bagaimana Najib amat mementingkan Selangor.
Jika pahlawan DAP dari Melaka iaitu saudara Lim Kit Siang boleh terjun mengetuai pasukan menentang BN di Pulau Pinang maka PKR amat memerlukan seorang pemimpin yang kuat di Selangor untuk menjadi faktor perangsang dan inspirasi serta motivasi.
Selangor merupakan satu-satunya kawasan kuasaan PKR. Sekirannya Selangor jatuh ke tangan BN maka PKR akan kehilangan kubu pertahanan dan akhirnnya akan memberi kesan negatif kepada tempat lain.
Selangor memerlukan political reinforcement setelah BN berjaya untuk mengeksplotasi beberapa isu di Selangor yang sedikit sebanyak mencederakan Pakatan Rakyat.
2.0 Fokus Pada Pengundi Melayu
Pakatan Rakyat perlu memperjuangkan isu-isu Melayu di Selangor. Bantuan PAS amat diperlukan dalam menjayakan aspek ini. Kita tidak mampu untuk kehilangan 10-30% sokongan Melayu di Selangor. Jika tidak Selangor akan ditawan oleh Barisan Nasional dengan mudah.
Selangor memerlukan satu pelan dan rancangan yang besar kepada masyarakat Melayu di Selangor. Pelan dan kempen ini perlu dilancarken dengan segera supaya mendapat publisiti yang meluas.
Fokus menyerang Barisan Nasional berkaitan dengan isu-isu Melayu.
Sesiapa yang dapat memenangi hati Melayu di Selangor akan memiliki kelebihan untuk menang. Situasi politik yang dinamik sememangnya berubah mengikut peredaran masa. Dahulu sokongan bukan Melayu yang menjadi penentunya tetapi kini pula faktor Melayu yang akan menjadi faktor penentunya.
3.0 Serang Individu Penting Di Selangor
Selepas Khir Toyo menjadi kambing korban BN di Selangor kini tinggal sahaja Noh Omar sahaja di Selangor yang perlu diberi lebih banyak perhatian.
Kalau kita analisis dengan baik Noh Omar merupakan pemimpin yang jauh lebih mudah didepani berbanding Khir Toyo. Pertama, Noh Omar kurang beraura dan berkarisma. Kedua, jika kita bijak menyerang golongan Melayu yang berpendidikan dan golongan bukan Melayu akan menolak kepimpinan Noh Omar yang dianggap sebagai golongan Melayu ekstrem. Ketiga, Noh Omar sendiri tidak berkuasa sepenuhnya dalam politik dalaman UMNO di Selangor. Keempat, banyak isu dan masalah serta kelemahan peribadi lama Noh Omar yang boleh dijadikan sebagai aset Pakatan Rakyat untuk menyerangnya. Lemahkan Noh Omar dan UMNO akan memiliki masalah besar dalam pilihanraya 13 di Selangor.
4.0 Fokus Lawan UMNO
MCA, GERAKAN dan MIC bukan lagi fokus utama dalam PR 13 kerana buat masa terdekat kesemua parti ini masih belum dapat memulih keyakinan masyarakat terhadap mereka. Lagipun sokongan bukan Melayu dan kekuatan DAP di Selangor masih kuat.
Tinggal UMNO sahaja yang perlu kita kalahkan. Kejatuhan UMNO juga akan memungkin penafian 2/3 BN di Selangor jika UMNO mampu dicederakan dengan parah.
5.0 Kempen Mengekalkan Mandat Rakyat Selangor
Kempen ini perlu dilaksanakan dengan segera. Kekuatan di Selangor mampu dijadikan sebagai contoh negeri pemerintahan dan pentadbiran untuk meluaskan pengaruh, kuasa dan sokongan kepada negeri lain yang belum lagi ditawan. Selangor sepatutnya dijadikan model pentadbiran Pakatan Rakyat dan khususnya PKR di Selangor.
PKR adalah jambatan Pakatan Rakyat. Kekuatan PKR adalah kekuatan kepada Pakatan Rakyat.
Kempen menjelajah Selangor perlu dilaksanakan dengan segera. Hal ini juga disebabkan nanti apabila PR 13 nanti jentera dan kekuatan Pakatan Rakyat akan berbelah bahagi di merata-rata tempat di seluruh Malaysia.
Sebelum Pakatan Rakyat mampu keluar menyerang dan menawan kawasan lain kawasan kekuasaan perlu diperkuatkan pertahanan terlebih dahulu.
6.0 Minta Bantuan Pahlawan PAS
Pahlawan PAS perlu turun di Selangor untuk menembusi sokongan dan undi pengundi Melayu di Selangor.
Pemimpin PAS memiliki kuasa, aura dan pengaruh yang amat besar dalam kalangan masyarakat Melayu tidak kira di mana sahaja.
Buat masa ini hanya faktor PAS dan Islam yang mampu menentang UMNO.
Pemimpin terkenal PAS dari Terengganu, Kedah dan Kelantan perlu turun sebelum dan semasa PR 13.
7.0 Bijak Memilih Isu Sebagai Senjata Serangan
Tidak perlu menyerang dan menembak membabi buta tanpa arah. Hanya memilih beberapa isu yang penting dan berkualiti dan serang BN dengan isu yang telah dipilih.
Dahulu sebelum MAC 2008, hanya beberapa isu sahaja seperti isu minyak, kenaikan harga barang, Khir Toyo dan Zakaria sudah cukup untuk kita menawan BN.
Salah satu isu yang penting kali ini adalah pembunuhan pelbagai bangsa oleh kerajaan, polis dan sebagainya. Antara yang terkenal adalah Teoh Beng Hock dan mangsa India dan Melayu yang mati di tangan polis.
Isu kenaikan harga minyak dan harga barang.
Beberapa lagi isu lain yang berkualiti boleh dipilih untuk dijadikan peluru menembak BN.
8.0 Jangan Bermusuh Dengan Kuasa Ketiga
Dalam peperangan dahulu perkara yang paling hendak dielakkan adalah 2 pihak bergabung bersatu menentang 1 pihak. Jangan sesekali menjadikan posisi Pakatan Rakyat perlu berdepan dengan 2 pihak.
Tidak kira kuasa ketiga pengaruhnya sekecil mana namun tetap akan memberi kesan yang parah apabila 2 pihak bergabung melawan satu.
Jadikan kuasa ketiga sebagai lawan melawan BN.
Situasi yang saya analisis terkini menggambarkan BN lebih mesra kepada kuasa ketiga dan Pakatan Rakyat terlalu yakin, bongkak dan ego memulakan serangan terhadap kuasa ketiga.
Biarkan dahulu kuasa ketiga itu muncul. Jadi sahabat dahulu jika ada peluang. Jangan sesekali menghadapi musuh dari 2 arah.
Strategis dahulu akan meluaskan dan menguatkan pasukan mereka dahulu. Setelah benar-benar stabil dan konkrit baharu makan kuasa yang lain.
Kalahkan BN dahulu baharu fokus pada penghapusan kuasa ketiga.
No comments:
Post a Comment