KUALA LUMPUR, 10 Jan — Dewan Pemuda PAS pusat melahirkan kesediaan untuk menjadi orang tengah menyelesaikan pertikaian mengenai buku teks sastera Interlok yang turut membawa kepada tindakan pihak tertentu membakarnya baru-baru ini.
Sayap PAS itu bercadang mengadakan “pertemuan muhibah” membabitkan pihak-pihak yang terlibat dalam pertikaian bagi mencari jalan penyelesaian.
“Kami bercadang membawa pihak-pihak yang terbabit untuk menghadiri perbincangan bersemuka, yang kami hendak selesaikan secara muhibah... nampaknya kaum India marah pada penulis, jadi berharap kita dalam temukan mereka,” kata Ketua Penerangan Pemuda PAS pusat, Suhaizan Kayat kepada The Malaysian Insider.
“Oleh kerana pelbagai pihak yang mempertikaikan buku ini dan isu ini pula berlarutan, Pemuda PAS pusat fikir isu ini perlu diselesaikan segera,” kata beliau lagi.
Pertemuan itu dijangka diadakan di ibu negara.
“Kami sedang cari tarikh dan tempat yang sesuai untuk mengadakan pertemuan ini,” kata beliau lagi.
“Kami mahu membawa kesemua pihak terbabit ke meja perbincangan untuk mencari jalan penyelesaian,” katanya lagi.
Kelmarin, Persatuan Penulis Nasional (Pena) menegaskan pihaknya tidak tidak akan berkompromi dengan sebarang usaha mahu meminda atau menarik balik buku teks sastera Interlok tulisan Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain, yang menjadi kontroversi setelah 40 tahun digunakan sebagai tulisan sastera.
Malah, Pena bercadang mahu mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran dalam tempoh terdekat bagi membincangkan kontroversi tersebut.
“Kita tetap bertegas dan tidak akan berkompromi terhadap kedua-dua tuntutan ini,” kata Presiden Pena Mohamad Saleeh Rahamad di sini.
Muhyiddin dilapor telah mengarahkan Jawatankuasa Khas Kementerian Pelajaran bagi mengkaji semula penggunaan novel Interlok sebagai buku teks subjek sastera mulai tahun ini.
Menurut Timbalan Menteri Pelajaran Dr Puad Zarkashi, kajian itu perlu dilakukan secara serius supaya penggunaan novel itu tidak mendatangkan pelbagai masalah terutamanya membabitkan keharmonian kaum di negara ini.
Novel Interlok terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka menjadi kontrovesri kerana didakwa mengandungi unsur sensitif yang menyinggung perasaan kaum India pada kandungan muka surat 211 dan 220.
Ada pandangan yang mengatakan aspek kontroversi juga membabitkan kaum-kaum lain.
Interlok memaparkan tema mengenai integrasi tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India seawal tahun 1900-an hingga merdeka.
“Tiada unsur penghinaan dalam karya tersebut sebaliknya isu yang didakwa sesetengah pihak itu adalah mengangkat Malaysia sebagai negara yang bersih daripada pemisahan kasta kaum.
“Novel ini bertujuan menimbulkan rasa kecintaan setiap kaum terhadap negara ini dan menjadi warganegara Malaysia yang mengakui kedaulatan negara dan menjunjung perlembagaan serta budayanya,” kata Mohamad Saleeh sambil berharap supaya isu itu dapat diselesaikan dan ditangani dengan bijak.
Sebelum ini Kementerian Pelajaran digesa menubuhkan sebuah jawatankuasa bebas bagi mengkaji isu berkaitan dengan masyarakat India sebelum ia dijadikan bahan cetakan dan menjadi buku teks sekolah.
Gesaan itu dibuat oleh Parti Pogresif Penduduk, Parti Makkal Sakti dan NGO Persekutuan Pertubuhan India Malaysia (Prima).
Kira-kira 100 penduduk berketurunan India mengadakan demonstrasi sambil membakar novel Interlok di hadapan Dewan Sentosa, Majlis Perbandaran Klang baru-baru ini mendesak kerajaan mengharamkan novel tersebut dan menarik balik keputusan menjadikannya sebagai buku teks sastera.
Sepanjang demonstrasi kira-kira sejam itu, kumpulan itu menaikkan poster antaranya tertulis, ‘Hapuskan Interlok’, ‘Jangan Hina Kami’ dan ‘Fikir Dulu Sebelum Laksanakan’ selain menggantungkan kasut pada replika novel itu sebelum membakarnya.
Bagaimanapun, penulis veteran Dr Ilias Zaidi pula mendakwa terdapat “tangan-tangan halus” berhubung kontroversi membabitkan Interlok.
Ilias percaya kontrovesri itu timbul ekoran perasaan dengki terhadap Abdullah yang telah berkecimpung dalam dunia sastera sejak 40 tahun lalu.
Beliau berkata kejayaan Interlok dipilih untuk kegunaan selama 10 tahun, membolehkannya mendapat honororium yang dianggarkan melebihi RM500,000.
“Dulu novel beliau Konserto Terakhir turut terpilih (sebagai teks) dan menghasilkan duit besar (mereka anggap) hebat orang tua ini, kita pancunglah.
“Ini punca isu, mentaliti orang Melayu ini ada ‘PHD’ (perasaan hasad dengki).
“Sedangkan semangat kekitaan yang terbentuk dalam novel ini ramai yang tidak faham. Ia adalah novel sejarah dan harus dikaji oleh generasi sekarang, kaji Interlok macam kaji sejarah,” katanya.

No comments:
Post a Comment