Saya berharap artikel ini dapat membuka mata kesemua pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat. Kita perlu ada fokus dan pengkhususan dalam menghadapi pilihan raya 13 supaya jangan terperangkap dengan strategi tersirat Barisan Nasional.
Saya tahu Pakatan Rakyat berpegang pada laungan menawan Putrajaya namun dalam mana - mana pertempuran dan peperangan kemenangan hanya dapat diukur melalui masa dan bukannya melalui 1 pertempuran sahaja. Kita tidak patut terlalu tergesa - gesa dan tidak sabar untuk menawan Putrajaya. Jangan sesekali jadikan Pilihan Raya ke 13 sebagai kayu ukur untuk mengukur sesuatu kemenangan dan kekalahan. Kita sepatutnya melihat dan merangka satu pelan strategi jangka panjang.
Selemah - lemahnya Barisan Nasional juga tidak dapat dikalahkan dalam sekelip mata. Mereka sudah bertapak lebih daripada 50 tahun dengan aset , senjata , kekuatan dan kelebihan yang tidak dapat dikalahkan dalam sekelip mata.
Jangan nanti pula Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. Saya tahu kita sedang berusaha untuk meluaskan pengaruh kita di kawasan sasaran seperti negeri tulang belakang Barisan Nasional di Sabah dan Sarawak. Namun realitinya kita mesti sedar situasi dan perkembangan di Sabah dan Sarawak walaupun ada cahaya tetapi cahaya itu belum bersinar dengan sepenuhnya buat masa kini. Masyarakat di sana belum lagi boleh terpengaruh sepenuhnya dengan arus perubahan dan tsunami Pakatan Rakyat. Namun cahaya ini mampu menyinar jika kita memiliki pelan jangka panjang tetapi bukan pada pilihan raya 13.
Saya juga sedar bahawa kita sedang cuba menawan negeri yang memiliki potensi yang amat cerah dan tinggi seperti Perak , Negeri Sembilan dan juga Johor namun apa yang lebih penting dalam peperangan ialah 'base' . Kita perlu memperkuatkan 'base' yang kita pegang terlebih dahulu. Jangan pula nanti dikejar tak dapat dikendon berciciran. Hanya apabila 'base' kita sudah kuat maka kita akan lebih yakin , kukuh dan memiliki lebih banyak aset , bakat , kelebihan , modal dan segalanya untuk menawan negeri lain.
Kita sudah sangat bertuah kerana memiliki 'base' yang paling bernilai dan berharga di seluruh Malaysia iaitu Selangor. 'Base' ini juga merupakan batu penghalang paling utama untuk Najib menggerakkan dan melancarkan kesemua rancangan ekonomi dan politiknya dengan sepenuhnya. Base ini juga merupakan tempat yang paling utama dan strategik untuk Pakatan Rakyat menjadikannya sebagai kawasan pentadbiran yang paling efektif dan akhirnnya dalam meluaskan pengaruh kita kepada kawasan lain.
Ingat. Jika Najib berjaya menawan Selangor maka kemenangan ini akan memberi political and morale boast yang amat tinggi kepadanya dan juga kepada Barisan Nasional. Tidak mustahil hanya dengan kemenangan di Selangor mereka akan dengan mudah mendapat kembali kuasa dan kemenangan di negeri dan tempat lain pada masa hadapan.
Jika kita analisis dengan sebaik - baiknya. Analisis awal sudah memberitahu kita bahawa Kelantan sudah berada di tangan PAS. Pulau Pinang sudah berada di tangan DAP. Parti Keadilan Rakyat yang menjadi komponen parti utama dalam Pakatan Rakyat pula kini memegang Selangor iaitu sebuah negeri yang paling kaya. Namun antara kesemua negeri tersebut Selangor kini yang paling berdepan dengan kemungkinan akan jatuh kepada tangan musuh.
Fokus musuh kita sebenarnya di Selangor. Jika kita imbas kembali segala isu , strategi dan percaturan Barisan Nasional sebenarnya lebih fokus kepada Selangor. Keadaan ini juga menjelaskan kepada kita mengapa ada pasukan dan kempen menyelamatkan Selangor tetapi tidak berlaku di Pulau Pinang dan Kelantan. Walaupun banyak isu perkauman Melayu timbul di Pulau Pinang tetapi Barisan Nasional bukan bodoh sepenuhnya. Mereka sudah bersedia melepaskan Pulau Pinang kepada Pakatan Rakyat buat seketika tetapi isu Melayu yang dibangkitkan di Pulau Pinang ini mesti merebak kepada kawasan lain khususnya di Selangor.
Ada kalanya dalam peperangan kita perlu meletakkan diri kita berada di posisi lawan untuk melihat lebih mendalam. Jika kita Barisan Nasional pada hari ini negeri manakah yang paling dikehendaki antara kesemua negeri? Jawapannya semestinya negeri Selangor. Kali ini Barisan Nasional juga tidak begitu tamak. Mereka sudah tahu akan kehilangan Pulau Pinang pun masih tidak melakukan banyak benda untuk mendapat Pulau Pinang kembali. Mereka boleh tunggu untuk masa dan keadaan yang sesuai untuk merampas kembali Pulau Pinang.
Segala kelebihan mereka akan digunakan untuk menawan Selangor. Sebab itu negeri Selangor merupakan negeri yang menerima paling banyak serangan politik dan juga merupakan negeri yang paling bermasalah disebabkan Barisan Nasional banyak memberi perhatian dalam perkembangan politik di Selangor dan akan eksploitasi segala yang mereka boleh untuk menyerang Pakatan Rakyat di Selangor.
Jika kalian tidak percaya kiralah setiap kawasan dan pengundi di setiap kawasan Parlimen di Selangor. Hanya dengan kehilangan 15% pengundi Melayu dan 50% pengundi India walaupun dengan pertambahan pengundi Cina Selangor akan jatuh kepada tangan Barisan Nasional.
Mungkin ada yang berpendapat Pilihan Raya 13 tidak meliputi pilihan raya negeri namun kemenangan kerusi kawasan Parlimen Barisan Nasional di Selangor akan memberi semangat dan kekuatan mereka untuk menawan kawasan DUN yang mereka menang di setiap kawasan Parlimen.
Kita sudah lama tidak ada pasukan counter attack Barisan Nasional di Selangor melawan Pasukan Selamatkan Selangor UMNO yang diketuai Ezam dan rakan - rakannya. Kita perlu belajar daripada kesilapan Pak Lah yang terlalu memandang serangan kecil - kecilan dan akhirnya memakannya diri sendiri. Sudah lebih daripada setahun pasukan selamatkan Selangor UMNO bergerak walaupun kesannya tidaklah seberapa namun dari aspek politik kita tidak patut tinggalkan seinci pun kepada musuh kita bergerak.
Dicadangkan supaya Pilihan Raya 13 kawasan Permatang Pauh terus ditandingi oleh Datin Seri Wan Azizah dan pahlawan paling agung dalam Pakatan Rakyat iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim memilih sebuah kawasan parlimen yang selamat untuk bertanding di sini. Anwar memiliki auranya yang akan memberi political boast dan strength kepada kawasan parlimen lain di Selangor. Apatah lagi Selangor merupakan satu - satunya kawasan PKR ketika ini.
Anwar perlu mengikut jejak Lim Guan Eng mengetuai segala pahlawan terbaiknya dalam parti untuk bertempur di Pulau Pinang. Anwar pula perlu memberi kekuatan dan harapan baharu kepada negeri Selangor.
Khalid Ibrahim memang ada auranya dan kehebatan sebagai seorang MB di Selangor tetapi ada kalanya dalam situasi perang tertentu kita memerlukan political reinforcement. We don't need soldier but a great warrior which is Anwar himself.
Cao Cao pernah mengatakan 1 great talent is better than 100 000 army !
Jika PAS selamat di Kelantan dan DAP Selamat di Pulau Pinang maka walaupun Pakatan Rakyat tidak dapat memerintah DAP dan PAS masih ada lagi political base for their political expansion and survival. PKR jika hilang Selangor ke manakah PKR selepas ini? You need to guard your base strongly before you can fully achieve your ultimate ambition and vision.
Falsafah confucious yang terkenal mengajar kita supaya jaga keluarga dahulu sebelum jaga sebuah masyarakat dan akhirnnya sebuah negara.
Pahlawan perang pada zaman dahulu selalu berada di front line untuk memberi semangat dan motivasi kepada askar mereka. Sebab itu saudara Lim Guan Eng dari Melaka terbang ke Pulau Pinang dan juga saudara Lim Kit Siang seumur hidupnya bertempur di setiap tempat yang berbeza.
Sebab itu Najib sendiri sebagai Perdana Menteri memilih menjadi Pengerusi Barisan Nasional di Selangor. Sebab itu untuk meneutralkan faktor PM maka Ketua Pakatan Rakyat perlu bertapak di Selangor.
Kita tidak patut melihat kemenangan jangka pendek tanpa melihat kemenangan jangka panjang. Artikel ini tidak bermaksud saya mencadangkan untuk melambatkan proses meluaskan pengaruh atau menawan Putrajaya cuma matlamat itu hanya dapat dicapai sekirannya kawasan pegangan kita sudah terbina kubu pertahanan yang kuat.
Jika kita membaca atau mengetahui tentang perang 3 segi Romance of The Three Kingdom kita akan mengetahui setiap pahlawan yang bijak dan kuat seperti Cao Cao , Sun Ce dan Liu Bei mereka tidak akan menyerang membabi buta dan selalu memastikan kekuatan dan pertahanan yang kental di kawasan pegangan mereka terlebih dahulu. Jangan sesekali kita menjadi seperti Lu Bu yang maha hebat lagi maha perkasa tetapi menyerang membabi buta sehinnga kehilangan segala - galanya pada akhirnya.
Selemah - lemahnya PKR juga tetap merupakan jambatan dalam Pakatan Rakyat. Jika PKR pun sudah hilang their political land and base. Bagaimanakan jambatan ini mampu menjadi jambatan yang kuat?
Segala kekuatan dan kelebihan perlu kita fokuskan di Selangor terlebih dahulu. Saya juga meramalkan majoriti kerusi kebangkitan kuasa ketiga juga akan berada di Selangor kerana situasi politik Selangor yang lebih terbuka masyarakatnya akan menjadi sasaran kuasa ketiga.
Percayalah pada saya BN lebih dahagakan Selangor daripada 2/3 majoriti buat masa ini. Diramalkan banyak kawasan di Selangor kini berada di ambang bahaya dan ada juga di ambang kejatuhan. Walaupun pilihan raya DUN mungkin 2 tahun dari sekarang tetapi keputusan pilihan raya parlimen 13 di Selangor akan memberi kesan dan pengaruh yang amat besar dalam pilihan raya akan datang.
Saya tidak berniat hendak menakut - nakutkan Pakatan Rakyat tetapi ikhlas memberitahu this can consider as political emergency. Sudah mencapai satu tahap kecemasan. Rancangan dan tindakan perlu diambil dengan segera. Jangan memandang ringan dan enteng dengan segala rancangan halus BN.
Khir Toyo sudah dijadikan buah catur Barisan Nasional untuk memberi imej yang baik kepada BN di Selangor. Tinggal sahaja Noh Omar yang perlu diberi perhatian. Noh Omar sebenarnya berpuluh kali ganda lebih mudah ditangani berbanding Khir Toyo dan liabiliti Noh Omar kepada BN di Selangor adalah sokongan bukan Melayu kerana sifat Melayunya yang ekstrem. Keadaan ini juga akan menyebabkan Melayu yang lebih terbuka dan berpendidikan tidak akan menyokong Noh Omar sepenuhnya. Apatah lagi Noh Omar sendiri yang tidak berkuasa sepenuhnya dalam politik dalaman UMNO di Selangor.
Situasi ini merupakan kelebihan yang boleh kita eksploitasi kerana BN dan UMNO kekurangan pemimpin yang berbakat , berpengaruh dan beraura. Sebab itu mungkin ada perancangan memasukkan Ezam di Selangor bukan kerana UMNO suka Ezam tetapi mereka sudah ketandusan pemimpin berbakat di Selangor.
Berbeza pula dengan Pakatan Rakyat yang memiliki ramai pahlawan daripada PAS , PKR dan DAP yang kesemuannya kini berada di Selangor.
Saya harap loceng ini dapat memberi kesedaran ini supaya tidak terlambat nanti. Fokus dan memberi yang terbaik yang kita mungkin di Selangor terlebih dahulu sebelum bercita - cita untuk mencapai sesuatu yang lebih besar.
Jika Slogan BN Selamatkan Selangor maka kita patut counter Kekalkan Mandat Kuasa Rakyat Selangor di Selangor !
Please look at the bigger picture and long run in terms of political strategy !
No comments:
Post a Comment