Sumber polis berkata, kejadian berlaku ketika mangsa menghantar teman wanitanya untuk mendapatkan rawatan di sebuah klinik berhampiran kawasan itu.
Difahamkan mangsa yang menunggu teman wanitanya di luar klinik berkenaan bagaimanapun melihat seorang lelaki warga Myanmar bersama seorang lagi lelaki Sabah dalam keadaan mencurigakan.
“Lelaki Sabah terbabit memegang tiga telefon bimbit dan disyaki ada hubung kait dengan aktiviti jenayah samun. Susulan itu mangsa menghampiri suspek sebelum menunjukkan kad kuasa polis dan meminta kerjasama suspek untuk diperiksa.
“Bagaimanapun, suspek menjerit dan mencetuskan huru-hara dengan mendakwa mangsa polis palsu dan cuba merompaknya. Taktik terbabit sengaja dilakukan bagi membebaskan dirinya daripada diberkas,” katanya.
Menurutnya, pada masa sama, kira-kira 10 rakan suspek yang lengkap membawa batang besi, kayu dan pedang samurai muncul di tempat kejadian sebelum mengepung mangsa.
“Mereka menyerang mangsa beramai-ramai. Kejadian serangan nekad itu menyebabkan kepala mangsa cedera dan berlumuran darah.
Tiga anggota polis di dalam kereta peronda itu membantu mangsa dan membawanya semula ke tempat kejadian.
“Mangsa bagaimanapun berjaya mengecam seorang penyerangnya yang masih berlegar-legar di kawasan terbabit. Suspek yang memakai baju dan seluar putih menyedari kehadiran kereta peronda polis melarikan diri apabila cuba ditahan.
“Anggota polis mengejar suspek lebih 100 meter sebelum suspek diberkas ketika cuba menyembunyikan diri di dalam sebuah restoran di Jalan Nagasari, di sini,” katanya.
No comments:
Post a Comment