Sasterawan Negara menghasilkan karya berdasarkan fakta dan realiti sosial
penghinaan kepada mana-mana kaum malah merupakan realiti pada zaman berkenaan.
Penyandang Kursi Pengajian Bahasa Melayu, Malaysia-China di Foreign Studies University (BFSU) China, Beijing, Prof Awang Sariyan
berkata golongan kasta itu dibawa oleh penjajah Inggeris untuk manipulasi ekonomi mereka.
Beliau berkata Sasterawan Negara itu ialah seorang penulis yang menghasilkan karya berdasarkan fakta dan realiti sosial pada zaman-zaman yang dilalui dan disaksikannya sendiri.
“Novel Interlok adalah merupakan gambaran realiti sosial pada zaman berkenaan dan pengisahan yang melibatkan penghijrahan kaum
pekerja dari luar termasuk orang dari India memang terakam dalam karya-karya ilmiahnya,” kata Awang kepada Bernama menerusi e-
melnya di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas tentang desakan golongan tertentu yang mahukan novel Interlok diharamkan daripada diangkat sebagai salah
sebuah novel untuk komponen sastera dalam Bahasa Malaysia tingkatan lima bermula tahun ini.
Mereka mendakwa novel berkenaan mempunyai elemen-elemen yang menghina kaum India di negara ini.
Beliau berkata Abdullah tidak membohongi fakta sejarah dengan mengatakan bahawa dalam kapal itu bersesak-sesak golongan Brahmin
atau golongan Ksyatria dibawa oleh Inggeris untuk menjadi buruh kereta api atau buruh di ladang getah.
Menurutnya, konteks yang menggambarkan suasana dalam kapal itu pula menunjukkan nilai murni golongan tersebut yang memiliki
perasaan dan kesediaan hidup bersama tanpa berasa bimbang oleh sebab berlainan taraf atau kasta.
Sehubungan dengan itu, Awang meminta supaya semua pihak membuat renungan yang rasional dan ilmiah dalam membuat sesuatu
rumusan dan perlu menghayati teks sastera dalam konteks wacana sosiobudaya dan sejarah, bukan berdasarkan sentimen sempit yang
tidak ilmiah.
Katanya, perkara tersebut akan bertambah rumit lagi jika isu itu dikaitkan pula dengan perhitungan politik yang sempit.
No comments:
Post a Comment