Baru belek-belek berita TMI fasal pak menteri yang dikaitkan dengan kes merogol amah enggan memberikan komen tentang "penafian" amah yang pernah bekerja dengannya, saya jumpa satu kiriman di blog MSO. Kiriman ini jika benar sudah pasti akan memanaskan kembali kes ini. Menurut penulis politik ini, beliau mempunyai dua sumber yang mempunyai kaitan dengan tuduhan yang dilemparkan kepada pak menteri tersebut.
Menurut MSO di blognya, sumber pertama tentang kes ini berdasarkan dakwaan seseorang yang rapat dengan anak pak menteri itu. Tulis MSO, "Kata sumber itu kawannya adalah kawan baik kepada Dino. Menurut Dino ada sesuatu yang tidak kena ke atas bapanya. Kononnya apa yang dilakukan menteri berkenaan terserempak dengan Dino. Perbuatan nakal menteri berkenaan katanya berlaku di balik pintu."
Sementara itu, sumber kedua yang didakwa MSO mempunyai maklumat tentang kes ini ialah seseorang yang dikatakan pernah bekerja dengan menteri itu. Kata MSO, "Manakala semalam satu sumber memberi nama orang yang dikatakan rapat degan menteri berkenaan. Orang ini pernah bekerja dengan menteri itu dan orang juga menguruskan orang gaji untuk menteri itu. Orang ini pada masa ini ada di Terangganu berkerja di sebuah syarikat pembalakan dan kenal rapat dengan MB Terangganu, Ahmad Said. Ahmad Said juga dikatakan tahu cerita ini."
WOW! Biar betul Pak MSO? Sahihkah sumber anda?
No comments:
Post a Comment