Monday, January 10, 2011

Lagi pandangan tentang perjumpaan malam krismas PAS & UMNO

Oleh Wan Nasuha bt Wan Hassan
Saya merujuk kepada surat-surat dari Goh Soon Sin dan Abas Azizan berkenaan perjumpaan yang dinyatakan di atas.
Kedua-dua surat tersebut mengandungi beberapa tuduhan (Goh) dan spekulasi (Abas). Saya ingin katakan di sini bahawa adalah tidak wajar untuk orang-orang bukan Melayu dan bukan Islam untuk mengungkit atau cuba menggambarkan apa-apa usaha untuk menyatukan suara politik orang Islam/Melayu sebagai satu perkembangan negatif. Saya perhatikan kerap topik itu diutarakan sebagai sesuatu yang boleh menggugat kedudukan orang bukan Islam. Itu amatlah tidak wajar dan satu pendirian yang tidak bersikap adil kepada orang Melayu/Islam amnya.
Pertama, politik tidak semestinya satu ‘zero-sum game’ yang mana kalau orang-orang Islam bersatu, maka secara automatisnya orang-orang bukan Islam akan rugi. Pandangan sedemikian, pada hemat saya, tiada asasnya. Permasalahan negara mungkin akan banyak selesai sekiranya orang Islam bersatu. Politik berlebihan (excessive politicking) di dalam arena politik negara mungkin dapat dikurangkan supaya masa dan tenaga semua pihak dapat ditumpukan kepada penaikan taraf sosio-ekonomi rakyat jelata tanpa mengira kaum atau ugama. Penambahan kestabilan negara juga pasti akan menguntungkan semua, tak kiralah orang Melayu atau Cina atau India atau Kadazan dan sebagainya.
Kedua, andainya benar orang bukan Islam menganggap penyatuan orang Islam sesuatu yang akan merugikan orang bukan Islam, maka ini bermakna segala tindak tanduk parti politik bukan Islam adalah bermatlamat untuk orang Islam terus berpecah belah. Mahukah MCA, DAP, Gerakan, MIC, SUPP dan lain-lainnya sekiranya orang Islam membuat kesimpulan sedemikian? Sekiranya tidak, ada baik sekiranya penyokong-penyokong mereka tidak cuba memberi stigma negatif kepada apa-apa prospek penyatuan orang Islam di negara ini.
Ketiga, parti-parti politik bukan Islam, baik dalam barisan pemerintah mahupun pembangkang, kerap mengambil pendirian yang seiring dan sejalan dalam isu-isu yang mereka fikirkan akan menguntungkan orang bukan Islam, secara terang-terang dan tanpa segan silu. Itu sesuatu yang mereka anggap wajar diterima oleh orang Islam. Oleh itu, sekiranya PAS dan UMNO pula duduk semeja secara terang-terang untuk berbincang isu-isu yang akan menguntungkan orang-orang Islam, parti-parti bukan Islam wajar menerimanya dengan fikiran terbuka dan tidak merasa tergugat dengan tindakan PAS dan UMNO itu.
Tuan Guru Nik Aziz telahpun mengesahkan perjumpaan tersebut berlangsung dan terang-terang telah dia telah katakan bahawa isi perbincangan adalah sesuatu yang rahsia yang beliau tidak mahu hebahkan. Kita harus hormati pendirian beliau.
Kita pun semua tahu Dato Seri Anwar Ibrahim sendiri pernah mengadakan pertemuan sulit dengan Dato Seri Najib Tun Razak pada suatu masa dahulu tanpa diketahui PAS dan DAP. Tidak pula kedengaran suara-suara yang mendesak Anwar untuk menerangkan apakah isi perbincangan beliau dengan Najib dalam pertemuan sulit itu.
Sebagai seorang penyokong kuat PAS dari mula, harus saya nyatakan perasaan bimbang dan tidak puas hati di kalangan keahlian dan penyokong PAS terhadap halatuju Pakatan Rakyat (PR), kemelut dalaman PKR dan tuduhan liwat terhadap Dato Seri Anwar.
PAS telah banyak melenyapkan tuntutan-tuntutan tradisonalnya sejak menganggotai PR. Akan tetapi parti seperti DAP tidak sedikit pun mengurangkan pendiriannya sejak jadi ahli PR. Ia masih kuat memperjuangkan ‘Malaysian’s Malaysia’, pilihanraya kerajaan tempatan dan lain-lain perkara yang susah untuk PAS anggap sebagai mustahak. PAS pula tidak boleh langsung bersuara tentang ‘negara Islam’ ataupun usaha menegakkan undang-undang Islam sejak menjadi ahli PR. Pokoknya, pengorbanan oleh PAS tidak dibalas dengan pengorbanan yang setimpal oleh DAP di dalam Pakatan Rakyat.
Kemelut dalaman PKR tidak perlulah saya huraikan dengan berjela-jela. Secara rasminya, memang PAS menghormati dan tidak pernah menyentuh tentang apa yang berlaku di dalam PKR. Bagaimanapun, sebagai seorang pemerhati biasa, biarlah saya katakan pemilihan jawatan parti untuk PKR yang telah dijalankan tahun lepas memang diketahui umum sebagai kucar kacir dan penuh kepincangan. Hingga sekarang masih kuat kedengaran luahan rasa tidak puas hati dari dalam PKR sendiri. Pada saya, ini semua berpunca dari kegagalan kepimpinan PKR sendiri.
Terkini, di dalam isu pelantikan setiausaha kerajaan negeri Selangor, hanya presiden PAS yang telah mengeluarkan kenyataan rasmi pendirian PAS berkenaan isu tersebut. Ketua umum PKR  dan presidennya mahupun timbalan presidennya, ketiga-tiganya hingga sekarang membisu enggan memberi kenyataan rasmi walaupun MB Selangor adalah dari parti mereka sendiri. Maka terkonteng-kontenglah bersendirian MB Selangor menangani isu itu. Dia pun kelihatan macam dah ‘surrender’ dalam isu ini. Adakah kepimpinan PKR takut dan gentar untuk mengambil risiko memurkakan pihak istana? Macam manakah ‘Ketuanan Rakyat’ boleh diperjuangkan sekiranya begitu sikap kepimpinan PKR?
Kegagalan kepimpinan PKR, pada saya, asal dan puncanya adalah tuduhan liwat yang terpaksa diharungi oleh Dato’ Seri Anwar. Kemungkinan besar tenaga intelek dan mental beliau terpaksa ditumpukan kepada kes liwat itu hingga tidak dapat diberi inputnya kepada isu-isu lain yang melanda PKR dan PR. Beliau sering diwar-warkan sebagai individu yang berjaya memantapkan talian parti-parti di dalam PR tetapi tidak pula pengaruh beliau digunakan untuk memujuk DAP supaya jangan terlalu lantang dengan tuntutan-tuntutan yang tidak dikongsi oleh orang Islam. Ini semua pada saya disebabkan oleh tuduhan liwat ke atas Dato’ Seri Anwar yang berlangsung sekarang.
Keresahan di dalam PAS ialah permasalahan di dalam PKR akan memberi impak negatif kepada PAS sebagai rakan juang di dalam PR. Di samping itu, orang PAS juga sering tertanya-tanya adakah adil atau munasabah pemimpin yang bermasalah dari parti yang banyak masalah dilantik menjadi perdana menteri sekiranya PR berjaya menubuhkan kerajaan.
Begitulah luahan hati saya buat renungan kita semua.

*pendapat yg diutarakan ini adalah pendapat peribadi penulis.  Tidak melibatkan pendapat UREKA.
———————————————
I refer to the letters by Goh Soon Sin and Abas Azizan on the 24th December 2010 meeting between the PAS and UMNO leadership.
Both letters contain all kinds of accusations (Goh) and speculations (Abas).
I would like to categorically state here that it is wrong for non-Malays and non-Muslims to portray any move or effort to politically unite Malays/Muslims as a negative development. It has been my observation that very frequently the prospect of a united Malay/Muslim political front is depicted as a threat to the position of non-Muslims. This is unreasonable and it is a belief that is unfair to Malays/Muslims in general.
First, politics is not necessarily a zero-sum game whereby Muslim unity will automatically mean a setback to non-Muslims. There is no basis for such a view, in my opinion. In fact, many of the myriad problems of the nation can be resolved were the Muslims to unite. Excessive politicking can be avoided so that more time and energy can be devoted towards improving the socio-economic status of the rakyat, regardless of race and religion. The enhanced political stability of the country surely will benefit all, no matter Malay or Chinese or Indian or Kadazan etc.
Second, if non-Muslims truly believe that Muslim political unity is detrimental to them, this can only mean that all strategic and tactical maneuverings of non-Muslim parties have but one overriding objective which is to keep Malays politically split. Do the MCA, DAP, Gerakan, MIC, SUPP and the others want Malays to arrive at that conclusion? If the answer is no, then surely it’s in everybody’s best interest to refrain from trying to negatively stigmatize any prospect of Muslim unity in this country.
Third, non-Muslim political parties, in the government and the opposition coalitions, very often adopt similar or common stands on issues deemed important by and for the benefit of the non-Muslim community. This they do openly and unabashedly. They consider it reasonable to expect Muslims to accept such commonality among the non-Muslim parties. That being the case, it is only reasonable when PAS and UMNO sit together openly to discuss common issues for the benefit of Muslims, for non-Muslims to accept such meetings with an open mind and not feel threatened by the joint PAS-UMNO action.
Tuan Guru Nik Aziz has confirmed that the said meeting actually had taken place and also unequivocally stated that he is not prepared to reveal the issues discussed. We should respect his stance on the matter.
It is common knowledge by now that Dato’ Seri Anwar Ibrahim himself has had secret meetings with Dato’ Seri Najib Tun Razak in the not too distant past, all conducted without the prior knowledge of PAS and DAP. I cannot recall anyone demanding that he disclose the subject of his discussions with Najib.
As a staunch PAS supporter right from the beginning, I have to state herein the anxieties and concern that PAS supporters and members have with Pakatan Rakyat (PR), the turmoil within PKR and the sodomy charges against Dato’ Seri Anwar.
PAS has had to compromise and drop some of the demands and objectives that the party traditionally held upon joining PR. DAP however since joining PR has not in the slightest toned down it’s ‘Malaysian’s Malaysia’ rhetoric and demands on issues such as local government elections which are hardly priorities for PAS. PAS meanwhile cannot even express any support for the idea of an Islamic state or the implementation of Islamic law since becoming part of PR. In short, in Pakatan Rakyat the compromising attitude and sacrifices of PAS have not been reciprocated in like manner by DAP.
I do not wish to elaborate at length on the internal problems of PKR. It is PAS’s official stand to respect and not to interfere in the internal affairs of PKR. However, as an ordinary observer, let me just say that the recent elections for party posts conducted by PKR has been known by all and sundry to be full of flaws and shortcomings. Till now, voices of dissatisfaction and unhappiness about the party elections can be heard coming from within PKR itself. To me, the cause of all these is the failure of leadership in PKR.
Currently, in the controversy regarding the appointment of the Selangor state secretary, only the PAS president has come forward to issue an official statement on the matter. In contrast, PKR’s de facto leader, president and deputy president, all three of them have remained mute and not issued any official party stance even though the Selangor MB is from their party. The Selangor MB is left alone to fend for himself in dealing with the issue. It is no surprise that he appears to be surrendering. Is the PKR leadership so frightened and cowardly to take a stand that might risk incurring royal displeasure? How can ‘Ketuanan Rakyat’ be achieved if such is the attitude of the PKR leadership?
The failure of leadership in PKR, to me, has its root causes in the sodomy charges that Dato’ Seri Anwar currently faces. It is more than likely that the bulk of his mental and intellectual energy has to be devoted to the ongoing case, so much so that he cannot give the proper input to issues that are besetting the party and PR. He has often been depicted as the one individual who has managed to put together the parties within PR. However, his reputed influence does not appear to have been used to coax DAP into toning down their very vocal demands in issues which are not shared by Muslims. This seems to me to be due to his current sodomy trial.
The anxieties within PAS are that the problems plaguing PKR will adversely impact PAS, its partner in PR. On top of that, PAS supporters often wonder if it is reasonable or fair for a problem-ridden leader of a problem-ridden party to be chosen as the prime minister were PR successful in its bid for government.
These are my honest views that I wish to share with everyone.

No comments:

Post a Comment