Dan diakui oleh 1Malaysia akan betapa hebatnya peranan cikgu-cikgu KEMAS ini..
Waktu teman kecik-kecik dulu..
Cikgu KEMAS adalah cikgu yang pertama hadir dalam hidup teman..
Teman sempat bersekolah Tadika KEMAS Kg Balun...
Dan sehingga sekarang teman akui, peranan cikgu KEMAS dalam mendidik kanak-kanak prasekolah sangat berkesan kerana di kampung-kampung hanya TADIKA KEMAS sahajalah yang mampu ditanggung oleh ibubapa yang menghantar anak-anak mereka.
Namun harus diingat!
Cikgu-cikgu KEMAS inilah juga medium utama UMNO menyusup masuk mendekati kaum wanita terutamanya kerana syarat utama untuk menjadi cikgu KEMAS adalah mesti WANITA UMNO!
Mereka inilah yang melaksanakan agenda meng'UMNO'kan wanita-wanita di kampung dan luar bandar... dan sehinggalah artikel ini ditulis.. ianya masih berkesan dan memainkan peranan penting. Muslimat PAS dengan PASTI mereka pun masih jauh ketinggalan berbanding dengan Wanita UMNO dan Kemas ini!
Itulah hakikat...
Oleh itu, tidak hairanlah jasa cikgu-cikgu KEMAS kini dibalas oleh Kerajaan Malaysia!
sunsnake 10012011Guru Tabika Kemas boleh lanjut pelajaran ke institusi pengajian tinggi
PUTRAJAYA 9 Jan. - Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) akan menjalinkan kerjasama dengan institut pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta dalam usaha mempertingkatkan kemahiran guru-guru Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Kemas tidak lama lagi.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, kerjasama itu bagi membolehkan tenaga pengajar Tabika Kemas yang sedia ada melanjutkan pengajian di peringkat diploma atau yang lebih tinggi di IPT terbabit. "Kita sedang meneliti beberapa IPT awam dan swasta yang program diplomanya telah mendapat pengiktirafan pihak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
"Buat masa ini, kita ada hantar guru-guru Tabika ke institut perguruan di bawah Kementerian Pelajaran dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk melanjutkan pengajian mereka ke peringkat diploma," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.
No comments:
Post a Comment