Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai seorang pemimpin yang jujur sepanjang menerajui kerajaan negeri dan tidak pernah mengambil kesempatan untuk mengumpul kekayaan diri sepanjang menjawat jawatan itu.
Malah pentadbiran Abdul Khalid masih cemerlang berbanding pentadbiran kerajaan negeri di bawah BN, ujar beliau seperti dilapor Selangorkini.
Anwar menambah, tegurannya kepada Abdul Khalid bertujuan menambah baik pentadbiran kerajaan negeri supaya lebih mengutamakan golongan yang memerlukan.
“Teguran itu mungkin kerana kita terlanjur dan lupa bahawa di bawah pemerintahan Selangor terdapat pimpinan, kewangan serta pembaziran jauh lebih terkawal. Perbezaannya terlalu jauh kalau diteliti akaun pengurusan ekonomi zaman BN dengan Pakatan Rakyat (PR),” katanya.
Anwar berkata demikian dalam ucapan penggulungannya Kongres Nasional Khas 2013 di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor, dekat sini, semalam.
Turut hadir dalam kongres berkenaan adalah barisan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan 885 anggota perwakilan PKR seluruh negara.
Perwakilan yang hadir sebulat suara meluluskan beberapa pindaan kepada perlembagaan parti yang akan dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk disahkan.
Sebelum ini, Anwar memberi teguran kepada Abdul Khalid kerana kerajaan negeri gagal menggunakan rizab negeri bagi membantu golongan yang memerlukan di Selangor.
Anwar berkata, Abdul Khalid antara pemimpin PR yang berfikiran terbuka dan sentiasa mengambil teguran ke atas dirinya.
“Saya tegur sebagai seorang sahabat dengan memuji rekod yang baik, tetapi ada beberapa yang perlu diperbaiki,” katanya.

No comments:
Post a Comment