DATUK SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG
Setinggi-tinggi tahniah dan ucapan syabas kepada Negara Brunei Darussalam dan khususnya kepada Sultan Haji Hassanal Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien, dengan diiringi doa sepenuh harapan kepada Allah SWT agar terus dipelihara dan diberkati Negara, Raja dan rakyatnya, kerana perisytiharan pelaksanaan Syariat menerusi Kod Panel Syariah. Semua di antara kita menyedari bahawa pelaksanaan undang-undang jenayah Islam adalah paling mencabar dan menjadi sasaran fitnah musuh Islam yang datang daripada seluruh penjuru dunia.
Ucapan yang wajib diberi oleh setiap orang yang beriman dan budiman, yang ikhlas kepada Allah dan mahu menyelamatkan manusia serta menanti hari Akhirat yang diimani. Hukum itu adalah daripada Allah, Pencipta Alam Yang Maha Mengetahui, Maha Bijaksana dan Maha Adil. Bukannya ciptaan manusia iaitu makhluk yang tetap ada kelemahannya, termasuk ketua negara dan para penggubal undang-undang.
Tegasnya bahawa menggubal undang-undang yang lain daripada ketetapan Allah adalah syirik dosa besar di sisi Allah, kerana mencabar sifat ketuhanan Yang Maha Suci daripada segala kelemahan dan persamaan dengan makhluknya. Mengadakan undang-undang ciptaan manusia dalam perkara yang telah menjadi ketetapan Allah bermakna mencabar ketuhanan dan sifatnya Yang Maha Mengetahui, Maha Bijaksana, Maha Adil dan Maha Rahmat. Melanggari ketetapan Allah juga merosakkan peraturan alam yang telah ditetapkan oleh Allah Penciptanya secara saksama.
Wahai kalangan mereka yang mengaku pejuang hak asasi manusia dari seluruh pelusuk dunia! Sebenarnya setengah tindakan kamulah yang merosakkan manusia, namun berlagak bijaksana. Mereka sepatutnya merasa malu sekiranya mereka menyuluh diri mereka sendiri. Bandingkan undang-undang jenayah syariat Islam dengan hukuman yang kamu reka cipta itu : gantung mencekek leher, menggunakan tali, hukuman sebatan menyeksa yang masih diamal di negara kamu, sebatan yang menyeksakan sehingga mencabut kulit dan daging orang yang dihukum, belum lagi penyeksaan sehingga ada yang mati dalam tahanan ketika soal siasat terhadap orang yang dituduh, yang belum lagi ditentukan kesalahannya.
Kepada mereka, berpoligami dengan syarat wajib berlaku keluarga adil adalah kolot, ketinggalan zaman, tidak maju dan salah. Manakala berzina seperti binatang atau menyimpan wanita seberapa ramai tanpa tanggungjawab berkeluarga adalah bertamadun. Menutup aurat khususnya kaum wanita dikira mengongkong hak asasi manusia, tidak kontemporari, mundur, manakala mendedahkan jasad dengan pakaian yang lucah itulah sifat manusia yang sebenar, bahkan ada negara yang bertelanjang adalah hak asasi manusia. Menggunakan wanita menjadi bahan iklan barangan dengan pakaian yang mendedahkan jasad dikira bersopan. Bagi mereka menghalalkan riba menindas golongan terdesak adalah rukun ekonomi, manakala mengharamkannya adalah penghalang kemajuan.
Cukuplah bagi umat Islam setelah mendengar atau membaca segala tuntutan dan bantahan mereka yang menyalak itu, menolak dengan akal yang mulia dan cahaya Islam yang terang lagi bersuluh dengan membezakan di antara benar dan salah, hak dan batil. Hendaknya jangan ada kalangan umat Islam, orang yang masih tidur dalam cahaya Islam yang dianutinya, sehingga mengigau bersama mereka yang berada dalam kegelapan yang menyesatkan.
Ramai kalangan mereka beranggapan, apabila undang-undang Islam hanya Qisas dan Hudud dikuatkuasakan, maka ramailah orang yang menjadi mangsanya, sehingga banyak tangan yang dipotong, ramailah orang cacat anggota, dan akan dibunuh sewenang-wenang. Mereka mengira secara spontan dan jahil bahawa undang-undang Islam menjatuhkan hukuman dengan mudah, tanpa membaca syarat dan rukunnya yang sangat ketat dan payah sehingga menjadikan hakim Islam terlalu payah menjatuhkan hukuman. Namun undang-undang Islam adalah sangat menggerunkan, termasuk kepada orang tidak melakukan jenayah, apatah lagi kepada penjenayah dan bakal melakukannya.
Jangan pula menganggap orang yang bersalah dibebaskan sewenang-wenangnya kerana ada pula hukuman takzir mengikut kebijaksanaan pihak yang berkenaan dalam perkara yang tidak ada nas. Islam juga mendahulukan cegahan adalah lebih penting daripada mencari penjenayah, dan bertaubat sebelum ke mahkamah adalah lebih afdal.
Di negara barat yang mencipta undang-undang manusia, berlaku peningkatan salah laku jenayah dan salah laku sesama manusia bahkan dalam satu keluarga. Medianya sendiri melaporkan kadar jenayah yang parah makin meningkat, bahkan mangsanya yang tidak terfikir oleh manusia yang berakal. Peristiwa mengamuk di sekolah kanak-kanak sudah berulang beberapa kali berlakunya di negara yang disebut paling maju dan paling kaya itu.
Keberanian negara umat Islam paling kecil seperti Negara Brunei Darussalam sepatutnya memalukan negara umat Islam juga, yang mengaku paling besar dan paling maju, serta paling kuat Islamnya, tetapi cakapnya tidak serupa bikin. Laksana ayam yang bertelur hanya sebiji tetapi berkukuk riuh sekampung dan badannya pula bergelomang kekotoran.
Percayalah bahawa melaksanakan Islam akan tetap membawa berkat kerana ianya adalah janji daripada Allah SWT.
PRESIDEN PAS
* Surat ucapan tahniah dari Presiden PAS kepada Negara Brunei Darussalam telah diutuskan pada 26 Oktober 2013 bersamaan dengan 21 Dzul hijjah 1434 Hijriah.

No comments:
Post a Comment