Kerajaan tidak bercadang untuk membina pusat pemindahan khas untuk mangsa banjir sebaliknya akan terus menggunakan premis sekolah seperti biasa sebelum ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, penggunaan premis sekolah sebagai pusat pemindahan adalah menjadi kebiasaan selain untuk memanfaatkan prasarana awam.
"Pusat khusus pemindahan adalah belum wajar kerana melibatkan implikasi kewangan yang besar," katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Bahkan, dalam penjelasan itu, Shahidan percaya pusat khas pemindahan itu akan digunakan untuk tujuan lain selepas musim banjir.
Jelasnya, kerajaan tidak perlu membina tempat baru sebaliknya perlu memperbaiki tempat yang sedia ada.
Terdahulu, Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusof mengemukakan soalan meminta Perdana Menteri menyatakan cadangan pembinaan pusat banjir yang tetap di kawasan berisiko tinggi berlaku banjir setiap tahun kerana penggunaan bangunan sekolah untuk dijadikan pusat pemindahan menyebabkan banyak kelengkapan sekolah rosak dan hilang.
Zailah dalam soalan tambahannya, berkata pusat pemindahan seperti surau, dan dewan orang ramai di kawasannya yang telah uzur tidak sesuai dijadikan pusat pemindahan yang terpaksa menampung kapasiti mangsa banjir yang besar.
"Apabila mangsa banjir ini melibatkan ibu bersalin, warga emas, orang tua yang uzur, tempat ini tidak selesa buat golongan ini.
"Apatah lagi, apabila tempat yang terhad dan sempit menyebabkan wanita dan lelaki bercampur,"katanya.
Beliau turut membidas kerajaan yang mahu membina pagar di sempadan sedangkan keperluan utama adalah tebatan banjir yang boleh dijadikan serampang dua mata.

No comments:
Post a Comment