Kerajaan diminta menyediakan mekanisme untuk menyelesaikan masalah pengangguran di kalangan siswazah sebelum menyenarai hitam mereka yang tidak membayar pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Wan Hasan Mohd Ramli (PAS-Dungun) berkata, kerajaan seharusnya memikirkan mekanisme menyediakan peluang pekerjaan bagi membolehkan mereka membayar balik PTPTN selepas bekerja.
"Setelah tamat belajar ada siswazah yang tidak mendapat kerja dalam tempoh yang panjang jadi apakah tidak boleh bagi kerajaan memikirkan makanisme membantu siswazah yang menganggur yang terbeban dengan hutang dan kos pentadbiran PTPTN," katanya sewaktu mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching dalam jawapannya berkata, bagi peminjam yang masih menganggur, kementerian memberi penangguhan pembayaran semula selama dua tahun dan mereka perlu tampil ke PTPTN untuk proses rundingan.
Wan Hasan dalam soalan asalnya meminta Menteri Pendidikan menyatakan bentuk bebanan dan implikasi yang ditanggung oleh peminjam PTPTN sekiranya gagal menjelaskan pinjaman.
Mary Yap berkata, peminjam yang gagal membayar balik pinjaman berhadapan dengan tindakan saman.
Beliau berkata, tindakan itu diambil terhadap peminjam tegar dengan mengambil kira semua kaedah penyelesaian.
Sementara itu, beliau berkata, antara implikasi yang akan ditanggung peminjam ialah langkah menyenarai hitam di Jabatan Imegrisen serta pelbagai langkah peringatan lain.

No comments:
Post a Comment